Bab 29

744 94 8
                                    

"AWAK yang pakai bawal biru!"

Ayra berpusing mencari siapakah gerangan bertudung biru itu.

"Eh, pandang belakang buat apa? Awaklah. Yang duduk baris ketujuh tu" Ayra tersentak sebelum kembali berpusing lalu melihat tudungnya.

Ya Allah, dialah yang pakai yang tudung biru tu!

"Come, ke depan. Introduce your name, age" Ayra bangun melangkah kehadapan. Sempat matanya bertemu dengan lelaki yang berwajah bengis tadi. Kali ini lelaki itu diam memandangnya.

Sampai dihadapan, terus tangan digenggam dibelakang badan. Bercakap dihadapan puluhan pelajar amat mendebarkan. Peluh keluar dari celah tangan walaupun sudah hakikatnya dewan ini sejuk dengan penghawa dingin.

"My name is Ayra Hijanna. You call me Ayra or Hijanna. Mana mana yang selesa, tak kisah. 23 years old "

"Good. I love your accents! So, anyone have a question?"

"May I?" Suara garau milik seorang lelaki bergema di segenap dewan kuliah. Maklumlah, sunyikan.

"Yes, you may"

"Masa matriks you sana memang dia orang tak ada ajar cara beradab dengan stranger ke? Atau memang mereka galakkan untuk terus 'berceramah' pada orang?" Sinis sahaja suara itu di pendengarannya.

Dia mendengus kasar. Hanya jelingan sahaja diberikan.

"Okay stop it Raidan. I am also didnt teach you that way. Tolong beradab dalam kelas mak awak" perkataan mak itu ditekan sedikit. Ayra memandang Professor Faridah dengan pandangan tidak percaya.

Mak bukan main lembut, anak macam ... nauzubillah.

"Sorry, he was just being himself. He's polite person with me and his family" bahunya ditepuk oleh professor itu. Ayra mengangguk dan berlalu naik ke tempat duduknya. Sempat memberi jelingan tajam pada lelaki itu.

Raidan sekadar menjungkit kening sebelah keningnya. Serentak itu namanya dipanggil. Cepat cepat lelaki itu berpaling kepada 'ibunya' dihadapan. Bibirnya memuncung.

"Come on!"

Raidan pasrah. Ayra ketawa puas hati. Dia kembali ke tempat duduknya. Widya menyapa dia  dengan muka menahan ketawa dan tangan yang tak lepas dari menekup mulut.

"Rasa nak tampar tengok dia"

"Awak duduk sini pun rasa nak tampar, saya duduk sana rasa terajang" ujar Ayra menongkat dagu menghadap Raidan di hadapan.

"Assalamualaikum, My name is Raidan. 23 years old and "habis memperkenalkan diri, lelaki itu terus naik ke tempat duduknya tanpa menunggu bicara dari Professor Faridah sendiri.

Biadap. Satu perkataan yang mampu di tafsirkan buat lelaki bernama Raidan itu.

Hari pertama dimulai dengan sesi suai kelas, perngenalan awal universiti, pentadbir dan pihak atasan serta sedikit taklimat awal permulaan tahun baru pengajian.

Hari yang baharu.

•••

"Tadi kan, saya jumpa seorang mamat kerek ni tau! Dia dah langgar orang, lepastu pergi marah pula orang yang dia langgar tu. Ingat dia sado, handsome... he can take control of everyone lah? No, not me!" Lengan naik berpeluk tubuh. Masuk sahaja dalam kereta terus dia mula kan sesi meroyan di hadapan Farhan.

Suaminya itu, sekadar tersenyum sambil memandu. Entah dengar entah tidak tu. Senyum je, psycho pula tengok.

"Awak dengar tak?"

𝐊𝐄𝐄𝐏 𝐇𝐄𝐑 ©Where stories live. Discover now