CYT 26

6.3K 250 38
                                    

PINTU bilik ditutup rapat. Aareen menghela nafas lega kerana akhirnya dapat juga dia berehat. Tadi, setelah majlis akad nikah selesai dilangsung dengan lancar terus saja majlis persandingan diadakan. Tidak sempat dia berehat pun. Baju pengantin berwarna putih sudahpun ditukar dengan baju pengantin berwarna purple. Untung saja Puan Lathifah dan Puan Asiyah bijak dalam memilih tema.

Langkah diatur mendekati katil yang sudah dihiasi cantik. Cadar yang turut berwarna purple disertakan dengan bunga-bunga kecil yang berwarna putih dan purple menaikkan lagi seri di atas katil itu.

Aareen tersenyum kecil.

Benarkah dia sudah bergelar isteri orang sekarang? Isteri kepada Haiyan? Lelaki yang dia suka sejak pertama kali bertemu.

Aareen mengambil tempat di hujung katil untuk diduduk. Senyuman tidak lekang dibibirnya. Hendak pula bila teringat akan kejadian ketika dia dan Haiyan di atas pelamin. Pelbagai gaya yang diarah oleh jurugambar untuk dia dan Haiyan lakukan. Dan sepanjang gaya-gaya mereka dirakam oleh jurugambar, jantungnya tidak berhenti bekerja keras mengepam darah. Dadanya tidak berhenti berdebar laju.

Masih terasa tangan kasar Haiyan di pinggangnya ketika lelaki itu diarahkan untuk memeluk dia. Pada masa itu juga jantung Aareen hampir terlompat keluar dari badan. Dia gementar.

Suasana bilik diperhati. Mulai hari ini, bilik ini bukan lagi bilik dia seorang saja. Bilik ini sudah menjadi milik Haiyan juga. Dia akan berkongsi bilik dengan lelaki yang baru saja menjadi ahli keluarganya. Bukan sahaja bilik, malah katil dan semua yang ada di dalam bilik ini.

Serta merta mulut Aareen ternganga.

"Start from today, aku dengan dia kena kongsi bilik. So, better aku mandi sekarang sebelum dia masuk sini. Aku tak ready nak tayang benda tak sepatutnya dekat mamat tu." Memikirkan soal itu, wajah Aareen membahang. Otak dia sudah mula membayang yang bukan-bukan.

Tanpa menunggu, shawl dan segala perhiasan di atas kepalanya segera ditanggalkan. Baju yang diperlukan di ambil dari dalam wardrobe dan tuala dicapai sebelum dia cepat memboloskan diri ke dalam tandas.

"Iyan."

Haiyan berpaling ke arah Raif setelah mendengar namanya dipanggil.

"Ya?"

"Jom kita duduk sana kejap. Abang ada something yang nak cakap dengan Iyan."

Pondok yang sering menjadi tempat utama keluarga Encik Azad berkumpul dituju mereka berdua. Raif melabuhkan punggung diatas pondok kayu itu. Matanya memandang suasana rumah yang diterangi dengan cahaya lampu memandangkan sudah masuk waktu Maghrib. Tetamu juga sudah berkurangan. Lega kerana majlis perkahwinan Aareen dan Haiyan berjalan lancar hari ini.

Tempat disisi Raif diduduki Haiyan.

"Abang nak cakap apa? Bunyi macam serius saja."

Raif mengangguk.

"Memang serius. Abang nak cakap tentang Reen."

Berubah wajah Haiyan. Dahi dikerutkan.

"Kenapa dengan Aareen? Ada something yang Iyan tak tahu tentang dia ke?" Dia bersoal hairan. Ada sedikit rasa curiga. Ada apa-apa yang disembunyikan dari pengetahuan dia?

Tergelak kecil Raif.

"Tak. Tak ada apa yang Iyan tak tahu tentang adik Abang tu. Cuma, Abang nak pesan dekat Iyan supaya Iyan jaga Reen tu elok-elok."

Lega! Haiyan mengeluh lega.

"Insha Allah. Iyan akan jaga dia."

Masing-masing mendiamkan diri sebelum Raif bersuara.

🌷𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐄𝐑𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑🌷Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang