CYT 30

8.5K 280 60
                                    

SUSUNAN makanan yang terhidang dipandang tanpa perasaan. Malah, perhatiannya tetap pada Aareen yang sekejap keluar dan masuk semula ke dapur menghidang lauk yang siap dimasak. Wajah isterinya itu tiada riak dan sepanjang dia berada di meja makan, sedikit pun suara dari Aareen tidak kedengaran. Sudah tiga hari berlalu. Aareen mungkin masih terasa hati dengan apa yang terjadi. Di mana dia telah menengking gadis itu sebaik saja Aareen masuk ke dalam bilik rahsianya.

Usai menghidang, dengan rasa terpaksa Aareen melabuhkan duduk. Ikutkan hatinya mahu saja dia terus berkurung di dalam bilik.

Mengada?

Biar sajalah lelaki itu mahu mengata dia begitu. Yang benar hatinya sangat terkilan kerana Haiyan telah menengkingnya. Tidak sampai beberapa bulan berkahwin, lelaki itu sudah menengking dia dengan begitu.

"Awak tak makan?" Melihat pinggan kosong dihadapan Aareen membuatkan Haiyan bertanya.

Aareen sekadar menggeleng. Seleranya hilang sejak tiga hari lepas lagi. Sudah tiga hari dia tidak jamah nasi, hari ini baru lelaki itu ambil kesah?

Tanpa menghiraukan Aareen, pinggan kosong itu diambil dan nasi dicedokkan. Pinggan itu diletak kembali dihadapan isterinya. Wanita itu hanya memandang kosong.

"Makan."

Dengan terpaksa, Aareen menurut. Lagipula, suara tegas lelaki itu menjadikan dia kecut perut sedikit.

Masing-masing diam menikmati hidangan. Mata Haiyan tidak lepas dari memerhati tingkah Aareen yang banyak menguis dari makan. Isterinya itu juga hanya menunduk dan tidak memandang dia.

Hampir sebulan berpindah ke sini bersama Aareen, dalam masa tiga hari ini saja rumahnya sunyi. Sunyi daripada suara Aareen dan gurauan dari Aareen. Selepas saja Aareen menjadi isterinya dan mereka tinggal dibawah satu bumbung, itu membuatkan dia mengenali gadis itu dengan lebih dalam. Isterinya itu seorang gadis yang ceria dan suka berceloteh. Kadang-kadang, biarpun dia tidak bercakap, Aareen tidak pernah endah dengan semua itu dan tetap bercerita panjang biarpun dia tidak berapa melayan.

Melihat Aareen yang seperti tiada selera untuk makan, dia turut berasa begitu. Pinggan dijauhkan sedikit darinya dan tepat sekali pandangannya pada Aareen.

"Dah tiga hari awak macam ni." Keluhan dilepaskan.

Aareen masih dalam keadaan menunduk dan menanti bicara lelaki itu yang seterusnya.

"Awak marahkan saya?"

Aareen tetap diam.

Boleh pula lelaki itu bertanya begitu?

Sudah tentu dia marahkan lelaki itu. Namun marah yang mampu terluah di dalam dirinya. Tidak mampu untuk hemburkan kepada lelaki itu kerana dia hormat akan lelaki yang bergelar suami kepadanya.

Haiyan kembali membisu. Buntu bagaimana mahu memujuk isterinya. Sebelum ini, mana pernah dia memujuk sesiapa. Dia tiada kepakaran dalam memujuk. Terutama sekali bila melibatkan perempuan.

Aareen ketap bibir. Entah kenapa tiba-tiba saja dia terasa mahu menangis. Dia dapat rasakan Haiyan seperti tidak kesah dengan keadaannya yang sekarang. Lelaki itu seperti malas mahu melayan kerenah dia. Dia tidak terlampau marah kepada Haiyan. Tetapi dia jadi begini kerana mahu mendengar kata pujukan dari lelaki itu. Mungkin hati dia akan sedikit lembut dan tenang.

Mahu saja Haiyan meminta maaf, namun terasa berat bibirnya ini bergerak memohon maaf. Lidahnya terasa kelu.

Aareen angkat wajah.

"Awak dah habis makan? Saya nak kemas."

Perasan nasi di dalam pinggan Haiyan turut tidak berusik. Jika lelaki itu tidak kesah tentang dia, dia juga ingin berbuat perkara sama. Dia sedar Haiyan seakan mahu tidak mahu saja memujuk dirinya. Benarlah kata Umi, suaminya ini berhati beku.

🌷𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐄𝐑𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑🌷Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang