SHC 67

843 106 78
                                    

" Dapat tak call samchon (bapa saudara) dekat kampung ? "
Tanya Puan Ahn kepada suaminya .

Masing-masing dah memberikan fokus kepada Encik Ahn.

" Dapat, cuma halmeoni tak berapa sihat. Jadi kita semua kena cari masa untuk balik kampung melawat halmeoni..."
Ujar Encik Ahn kepada mereka semua.

" Yeonha mana ? Appa takde nampak pula muka dia sehari hari ni. Takkan tak keluar bilik langsung."
Tanya dia lagi akan anak perempuan nya seorang lagi.

" Yeonha balik rumah Jungkook. Takpelah. Nanti kita bincang lain kali dengan dia."
Balas Seokjin sambil menggigit epal .

" Omma, samchon tu adik omma ke adik appa ? "
Tanya Lia ingin tahu lebih lanjut. Kira mereka ni masih ada nenek lagilah.

" Adik belah appa. Halmeoni kamu tu duduk kampung, dia berniaga sayur dekat pasar. Omma dengan appa berhajat nak pergi melawat dia hujung bulan nanti. Bila difikirkan, kita kena cari masa yang lainlah... ".

" Bestkan ada kampung. Lia tak pernah ada kampung ".

" Nanti kita pakat lah ramai-ramai balik melawat halmeoni. Dah lama kan kita tak balik kampung. "
Celah Seokjin lalu bangun mendekati Puan Ahn.

***

" Kau tak payah nak pusingkan ceritalah. Kau sengajakan buat macam tu ? Kau ni memang takde hati perut lah Jungkook ! "

"Sekarang ni macam mana ? Kau nak buat apa Jungkook ? Kalau daddy tahu pasal benda ni masak kau tahu tak ?! "

Jiyoon menarik kerusi duduk menghadap Jungkook. Sakit kepalanya bila dapat tahu Jungkook buat perangai dekat Yeonha.

Takde angin takde ribut terus jadi kacau bilau macam ni.
Memang tak patut jadi benda macam ni sebenarnya.

" Nak buat apa lagi ? Benda dah nak jadi ".
Ujar Jungkook selamba. Nada nya bersahaja . Dia dalam dilema.

" Yah ! Kau sedar tak kau dah buat salah dekat Yeonha . Kau boleh cakap benda dah nak jadi. Noona tahulah kau buat semua ni sebab terpaksa kan ?! Kenapa ? Han Boreum ke yang hasut kau jadi macam ni ?! "

" Sejak perempuan tu muncul dalam hidup kau, aku nampak kau macam orang tak betul Jungkook. Ke kau suka dekat dia ? Kalau kau dah suka dekat dia, kau lepaskan lah Yeonha !"

" Daripada kau simpan, kau sakitkan hati dia, apa kau dapat ? Apa yang kau dapat ! "

Terjengil biji mata Jungkook sebaik sahaja nama Han Boreum dipetik.

" Macam mana noona tahu pasal Boreum ? "

" Jangan ingat noona diam, noona tak tahu apa-apa lah Jungkook. Pasal Yeonha dengan Han Boreum noona dah tahu semua. Sejak bila rapat dengan perempuan lain ni ? Dah berubah hati ke apa ? "

Kali ni Jungkook diam . Dia tidak tahu nak jawab apa dengan soalan begitu.
Dia tak mahu kaitkan nama Han Boreum dalam masalah dia dan Yeonha.

" Dia takde kena mengenalah dengan kami berdua. Ini keputusan Kook sendiri. Kook yang tak nak Yeonha terus bersama dengan Kook. Dia takkan bahagia dengan Kook. "

" Jadi perempuan tu bahagialah dapat runtuhkan rumahtangga korang ? Aku syak sekarang, dia sedang bertepuk tangan... "

" Noona ni tak faham ke apa, Kook cakap dia takde kena mengena lah. Tak payahlah nak sabitkan dia dalam hal kami. Takde sebab dia nak runtuhkan rumahtangga kami. Dia tu baik. Cuma Kook je rasa semua ni macam tak betul. Kami tak boleh pergi jauh ".

" Aku takde masa lah nak bergurau soal hati ni. Kau tak yakin ke dengan aku Yeonha ? Kau tak yakin yang kita boleh pergi jauh lagi ? "

Masih terngiang-ngiang kata-kata itu dari benak fikiran Jungkook . Dia sendiri yang mengungkap kata-kata itu dan ia kini macam makan diri sendiri je.

[C] SUAMI HIGH CLASS •JK ☑️Where stories live. Discover now