Empat puluh empat

1.3K 204 487
                                    

"Kak, agak-agaklah nak tunjuk sweet sekalipun. Takkan sampai kau nak rantai laki kau sendiri dengan kau." tegur Kamal Kai. Minho menoleh ke arahnya dengan muka datar.

"Mal, tangan aku sebelah je tahu kena gari sebelah lagi rasanya masih mampu nak baling botol kicap kat kepala kau." balas Minho.

"Wuish, garangnya. Tapi kenapa kau dengan laki kau sampai bergari macam ni?" tanya Kamal Kai lagi. Minho menjeling Seungmin yang sedang sibuk menghembus hingus ke sapu tangan sebelum memandang Kamal Kai semula.

"Sebab dialah, mengada sangat dengan mak mentua aku. Dah mak mentua aku pergi gari dia kat aku." jawabnya. Kamal Kai mengangguk-angguk faham.

"Oh, by the way kau cari apa kak? Dari tadi berpusing-pusing satu kedai."

"Kau ada tukul besi tak?"

"ASTAGHFIRULLAH KAU NAK BUNUH SIAPA, KAK?!"

Seungmin menyedut hingusnya lalu bersuara.

"Dia nak bunuh ayam bapak kau."

"JANGAN! JANGAN BUNUH CHICKY NANTI BAPAK AKU NANGIS SELAMA LIMA HARI LIMA MALAM BERTEMPAT DI RUMAH AKU!" jerit Kamal Kai, Minho mencubit pinggang Seungmin.

"Kau jangan nak buat fitnahlah!" wanita itu memarahi suaminya, suka-suka sahaja Seungmin menuduhnya hendak membunuh ayam orang.

"Mal, aku nak pecahkan manga ni je." jawab Minho selepas itu. Kamal Kai terkebil-kebil.

"Lah, kak. Kan ada kunci buat apa nak pecahkan?"

"Biasalah dia kan takde otak." jawab Seungmin. Minho yang sudah geram dengan suaminya memilih untuk menarik rambut Seungmin.

"ADUH ADUH APA NI TARIK RAMBUT AKU?!"

"IKUT SEDAP KAU KE CAKAP AKU TAKDE OTAK! MACAMLAH KAU TU ADA OTAK!"

Seungmin menggunakan tangan kirinya yang tidak tergari untuk menarik rambut Minho. Jeritan daripada suami isteri itu telah membuat ramai orang memandang mereka aneh.

"Pak cik, diorang tu memang macam tu ke?" tanya Kamal Kai kepada Yongbok yang dari tadi duduk di sebelahnya sambil menonton video asmr menggunakan telefon Kamal Kai.

"Haah, nak. Pak cik pun dah penat sebenarnya nak buat ritual kat diorang, pak cik rasa diorang bukan kena sampuk setan tapi diorang sendiri yang setannya."

Ketika itulah Changbin dan rakan-rakannya masuk ke dalam kedai untuk membeli aiskrim milo, namun mereka terkedu apabila melihat Seungmin dan Minho sudah berguling-guling di lantai sambil saling menarik rambut.

"Aduh, diorang buat hal lagi." gumam Changbin, dia mundur dan menyorok di tepi rak bawang. Malu untuk menunjukkan muka di saat mak cik dan pak ciknya menjadi tontonan umum.

"Astaghfirullah, mak cik pak cik! Jangan bergusti kat sini, kat hujung taman sana ada tempat tuisyen gusti ha berlawan lah kat situ." ujar Chanhee.

"Masalah ekonomi rumahtangga apakah yang sedang berlaku kat sini ni?" tanya San, terkejut.

"Woi woi, sudahlah gaduh tu! Lari pelanggan aku nanti! Nak gaduh tu gaduhlah dalam bilik!" marah Kamal Kai, akhirnya pasangan tak berapa sejoli itu berhenti bergaduh walaupun rambut masing-masing sudah menyamai seperti penyapu lama Kamal Kai.

"Mak cik, dah kenapa mak cik gari pak cik ni? Takut pak cik jumpa dengan cikgu Aina ke?" tanya Hyungseo tanpa berfikir. Minho menatapnya dengan mata terjegil sehingga lelaki itu takut.

"Er t-takpelah, jangan jawab soalan s-saya tu."

Changbin keluar dari tempat persembunyian apabila pergaduhan tadi sudah selesai.

Han FamilyWhere stories live. Discover now