CYT 37

6.9K 274 46
                                    

TOPI berlencanakan sayap itu Raif letak disebelahnya. Sementara menunggu untuk pulang, dia bercadang untuk berehat di cafe KLIA ini terlebih dahulu bersama Fattah. Mereka baru sampai dari Korea. Seminggu penerbangan, mereka bakal bercuti selama 4 hari sebelum kembali terbang ke Vietnam pula.

Sambil menunggu Fattah membeli air, iPhone dikeluarkan dari kocek seluar. Nama adik kesayangannya dicari. Sudah lama tidak berhubung dengan adik kesayangannya itu.

"Abang!"

IPhone dijauhkan dari telinga sebaik saja terdengar jeritan dari Aareen dicorong telefon. Telinga yang terasa memerit digosok. Adiknya kalau menjerit memang boleh pekak dia dibuatnya.

"Reen janganlah menjerit. Sakit telinga abang la."

Aareen tertawa dihujung talian. "Sorry. Abang sihat?"

"Alhamdulillah sihat. Reen macam mana? Dah pregnant ke?" Sengaja dia mengusik Aareen.

"Abang! Apa ni?! Suka tau usik orang." Marah Aareen sedikit kuat. Untung saja bukan bercakap secara berdepan. Tak ada lah Raif nampak wajahnya yang sudah berona merah.

Raif tertawa senang. Rindu betul mahu mengusik adiknya itu seperti sebelum Aareen ada suami. Tinggal serumah. Bergurau dan mengusik. Terlalu banyak kenangan dia bersama Aareen. Dia harap Aareen akan selalu bahagia disisi Haiyan. Selain dia, Haiyan juga boleh menyayangi Aareen lebih dari dia.

"Macam mana sejak jadi cikgu ni? Best tak?"

Rasanya sudah seminggu adiknya mula bertugas disekolah sebagai guru.

"Ya allah, abang. Best sangat-sangat. Reen sekarang still mengajar budak-budak tahun satu. Semua comel-comel. Suka betul Reen ajar dia orang. Pandai-pandai belaka." Mulalah Aareen bercerita tidak cukup patah. Sebaris ayat yang ditanya, berbaris-baris adiknya itu jawab.

"Alhamdulillah kalau macam tu. Kerja rajin-rajin ya. Iyan mana?" Teringat akan adik iparnya itu.

"Tengah mandi. Abang dekat mana tu? Macam bising je?"

"Dekat cafe. Abang baru sampai dari Korea dengan Fattah ni. Tengah tunggu dia belikan air." Serentak, langkah Fattah mula berjalan ke arah meja mereka sebaik saja nama rakannya itu disebut.

"Okaylah, Reen. Nanti abang call lagi. Kirim salam dengan Iyan. Assalamualaikum."

"Insha Allah. Waalaikumussalam, abang."

Panggilan dimatikan dan iPhone diletakkan disebelah. Hot Latte yang dibeli Fattah dicicip perlahan.

"Kau on call dengan siapa? Awek ke?" Soal Fattah. Dari jauh dia nampak Raif yang gelak ketawa bersama telefon ditelinga.

"Tak ada maknanya awek. Adik aku la."

Fattah tersedak tiba-tiba. Aareen. Terimbau kembali pertemuan tidak sengaja antara dia dan wanita itu disekolah anak angkatnya, Alisya. Berharap Aareen tidak membuka cerita itu kepada Raif. Lagipula, tidak penting untuk Raif tahu.

"Raif. Aku nak tanya something ni."

Raif pandang Fattah pelik. "Tanya je la."

"Aareen dengan Iyan tu kahwin sebab suka sama suka ke?"

Berkerut dahi Raif ketika ini. Semakin pelik bila Fattah bertanya soal adik dan adik iparnya. Tiba-tiba saja.

"Ya la, suka sama suka. Kenapa?"

"Tak ada la. Aku tengok Iyan tu macam tak mesra sangat dengan adik kau. Aku cakap ni based on apa yang aku perasan dekat kampung kau hari tu la. Aku ingatkan adik kau dengan Iyan tu kahwin sebab family."

🌷𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐄𝐑𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑🌷Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang