CYT 38

6.9K 279 15
                                    

AAREEN disebelah dikerli beberapa kali sambil cuba untuk fokus pada pemanduan. Mereka dalam perjalanan pulang ke rumah setelah semalaman bermalam di rumah orang tuanya. Isterinya yang berubah menjadi sedikit pendiam selepas mereka pulang dari IOI City Mall menimbulkan tanda tanya. Atau lebih tepat selepas dia bertemu dengan rakannya sebelum berangkat ke rumah orang tuanya. 

Sewaktu di rumah orang tuanya juga dia perasan riak wajah Aareen yang sengaja berpura-pura senyum dan ketawa. Wanita itu juga jarang bercakap dengannya. Bukankah wanita itu begitu gembira saat dia meluahkan rasa sayangnya sewaktu di dalam kereta? Kenapa tiba-tiba berubah begitu?

Suasana di dalam kereta senyap sunyi tanpa suara Haiyan mahupun Aareen. Haiyan tidak mahu bersuara selagi tidak sampai di rumah. Dia mahu bertanya terus kepada wanita itu setelah sampai di rumah mereka nanti. Kelajuan kereta ditingkatkan sedikit supaya semakin cepat mereka sampai di rumah dan cepat jugalah dia tahu kenapa Aareen begitu. 

Sampai mereka di rumah, tanpa kata Aareen berlalu keluar dari kereta dan menonong berjalan ke pintu rumah. Salam diberi setelah pintu dibuka luas. Langsung dia tidak mengendahkan Haiyan yang masih berada di dalam kereta. Lelaki itu hanya memandangnya pelik. 

Haiyan mengeluh. "Kenapa pula ni?" Fikiran menerawang memikirkan apa kesalahan yang sudah dia lakukan kepada wanita tersebut. 

Tidak ingin buang masa, dia melangkah keluar dari kereta lalu berjalan cepat masuk ke dalam rumah. Kelibat isterinya dicari. Tingkat atas dipandang lantas langkah laju mendaki anak tangga. Bilik mereka dituju. 

"Liya." Aareen di depan wardrobe di panggil.

"Hm?" Wanita itu hanya menggumam sambil tangan membuka shawl

"Kenapa ni? Dari rumah Papa lagi awak macam ni. Ada yang tak kena ke?"

Aareen menoleh. Senyuman manis digariskan walaupun sukar untuk dia tersenyum saat ini. Hatinya terluka. Sangat terluka. Bertambah luka bila melihat wajah yang langsung tiada riak bersalah. 

"Nothing. I'm okay." Tubuh dipusing. Mahu bertenang dengan membersihkan diri. Sambil itu boleh menangis terus. 

Namun pantas Haiyan meraih bahu Aareen memaksa wanita itu berdepan dengan dia semula. Dia harus mencari jawapan sebab kenapa isterinya itu tiba-tiba berubah. Ketika Aareen senyum, dia tahu itu bukan senyuman isterinya yang sebenar. Senyuman itu sengaja dibuat-buat. 

"Not. You're not. What is wrong? Tell me. Saya perasan awak dah tak banyak cakap lepas kita balik dari jumpa kawan saya. Kenapa ni? Ada masalah ke?" Dia bersoal risau. Ya, risau dengan sikap Aareen. Bimbang jika wanita itu merajuk dengannya tanpa dia sedar apa yang dia sudah lakukan. 

Aareen senyum lagi. Tangan Haiyan dibahunya dipegang dan dileraikan. Wajah lelaki itu dipegang. "Saya okay dan tak ada masalah. Sekarang saya nak mandi."

Sekali lagi dia berpusing, akan tetapi tidak semena-mena lengannya diraih dan sekelip mata masuk ke dalam dakapan Haiyan. Terasa erat lelaki itu mendakapnya. Tangan Haiyan diletakkan dibelakang kepalanya. 

"Please jangan macam ni. Jangan buat saya risau. Just tell me kalau saya ada buat salah and jangan diam macam ni. I'm scared to see you like this. Please, sayang." Bisik Haiyan perlahan ditepi telinga Aareen. Wanita itu makin dibenamkan ke tubuhnya. Sungguh dia takut melihat Aareen yang begini. 

Aareen terdiam dan kaku. Pelukan Haiyan langsung tidak dibalas. Hanya mata yang berkedip-kedip kerana dia memikirkan sesuatu. Kelakuan Haiyan sekarang semakin membuatkan hatinya bagai dirobek-robek. Hatinya berbelah bagi. 

"I-Iyan. I said i'm okay. Jangan risau."

"I know you well, love. Awak tak akan macam ni kalau tak ada sebab. Awak bukan seorang yang pendiam macam ni." 

🌷𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐄𝐑𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑🌷Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang