CYT 40

8.8K 276 45
                                    

SEPANJANG sesi kursus pada hari ini berlangsung, Farah tidak henti-henti memerhati Haiyan daripada jauh. Hanya sesekali sahaja dia beri tumpuan ke depan. Selepas kejadian dia jatuh kolam semalam, wajah Haiyan tidak lumput dari mindanya. Terkejut bila rakan-rakan yang lain mengatakan lelaki itulah yang menyelamatkan dia dari lemas. Makin kembang mekar hatinya kini. Benarlah tekaan dia, Haiyan itu nampak saja dingin dan sombong. Sebenarnya lelaki itu baik saja.

Tamat kursus untuk hari ini, Haiyan berjalan keluar dari dewan. Tidak sabar-sabar dia mahu bercakap dengan Aareen. Dari pagi lagi dia menahan diri dan cuba untuk fokus pada taklimat tadi.

Belum sempat nama Aareen ditekan, wanita itu terlebih dahulu menghubunginya. Dan itu membuatkan dia begitu gembira. Aareen terlebih dahulu memanggilnya.

"Iyan. Tak nak pergi makan ke?" Soal Doktor Zakri yang berhenti disebelahnya.

"Nak on the phone kejap. Pergilah dulu."

Doktor Zakri mengangguk sebelum berlalu.

Panggilan dari Aareen segera dijawab. Senyuman Haiyan melebar gembira ketika suara Aareen memberi salam dan menyeru namanya kedengaran disana. Ya Allah! Dia rindukan wanita itu. Tak sabar nak habiskan kursus ini cepat-cepat.

"Waalaikumussalam. Ya, Liya? Saya baru ingat nak call awak." Sahutnya mesra.

"Iyan. Saya nak minta izin boleh tak?"

Haiyan mengerutkan dahi. "Minta izin untuk apa?"

Wanita itu menghela nafas perlahan. "Saya teringin nak makan asam pedas Melaka dekat Fiske Steakhouse jalan Taman Desa Keramat tu. Boleh tak?" Soal Aareen separuh merayu.

Sejak semalam dia tidak senang duduk. Tekaknya terasa mahukan asam pedas Melaka itu. Hendak tunggu lelaki itu balik, lambat lagi! Biarpun masih sebal dengan Haiyan dan masalah mereka belum selesai, keizinan dari Haiyan adalah keutamaannya. Dia nekad untuk berbincang dengan lelaki itu sebaik sahaja Haiyan pulang nanti. Buat masa ini, biar dia berlagak biasa.

"Jalan Desa Keramat? Liya, jauh tu. Lebih satu jam dari Kajang ke sana. Nak pergi dengan siapa? Tunggu saya balik tak boleh?" Haiyan terkejut. Tak mungkin dia biarkan isterinya ke sana seorang diri.

"Tak boleh. Saya nak makan hari ni juga lepas balik sekolah. Ala, saya pergi dengan Bella, Sab and Nad. Dia orang cakap boleh and dah janji dah dengan saya. Bolehlah, Iyan." Suara Aareen merayu-rayu seperti hendak menangis.

Haiyan garu pipinya. Pelik benar sikap Aareen ini. Tak pernah pun wanita itu minta yang bukan-bukan. Dia tahu Aareen bukan suka makan asam pedas itu.

"Tiba-tiba je. Kenapa?"

"Itu pun nak tanya ke, Iyan? Saya teringin nak makan. Semalam tak boleh tidur sampai saya stalk Instagram kedai asam pedas tu tahu tak. Macam sedap. Bolehlah, Iyan. Boleh ya?"

"Tunggu saya balik, boleh? Saya janji kita pergi sana." Dia cuba memujuk. Biarpun Aareen akan pergi dengan 3 orang sahabat wanita itu namun dia tetap risau.

Kedengaran Aareen mengeluh kuat. Mungkin tidak setuju.

"Sayang. Saya bukan tak nak izin awak pergi makan. Tapi kan jauh dari rumah kita."

"Okay macam ni. Saya ajak Abang Raif sekali. Boleh tak? Bolehlah, Iyan. Bolehlah."

Bila nama Raif disebut, Haiyan mati kata. Sudah tentu Aareen akan mengungkit kenapa dia tidak benarkan sedangkan bersama abang iparnya itu. Keluhan dilepaskan. Ketika dia jauh beginilah baru Aareen buat perangai macam-macam.

"Okay." Izinnya terpaksa.

"Thank you, Iyan! Bye! Saya letak du..."

"Sayang kejap. Eh tak akan call saya semata-mata sebab nak minta izin pergi makan asam pedas tu je?" Haiyan sedikit terasa. Tidak mahukah wanita itu berbual dengannya lama-lama?

🌷𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐄𝐑𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑🌷Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang