VII

73 10 0
                                    

"Memang sah! Dekat bawah tu ada sesuatu. Sebab tu masa aku dengan Zed buka pintu tu, ada bau yang tak selesa" kata Ruby

"Aku masih tak dapat tangkap. Kenapa? Apa motif sebenar dia?"

"Ayah nak anak ayah ni gembira je..." satu barisan ayat terkeluar dari mulut Ivory

"Kau kenapa?"

"Ayat tu lah yang dia cakap masa dia cerita semua tu dekat aku. Korang tak rasa pelik ke dengan anak-beranak tu?" Ivory memandang 3 gadis yang sedang duduk di hadapannya

"Arh bagi aku satu sekolah tu pelik"

"Aku rasa.. anak di ada penyakit mental..."

"Pulakk dahhhh"

"Iye weyh, masa aku keluar dengan dia tu. Dia pelik tau. Kejap mood dia okay, kejap mood dia swing. Macam keadaan mood dia tu, ikut keadaan keliling. Macam, kau faham tak apa yang aku cuba nak terangkan ni?"

"Bipolar" jawab Ruby pendek

"Bipolar?" Tanya mereka serentak

"Ye, aku rasa dia ada sakit mental bipolar. Bipolar ni sejenis penyakit mental yang menyebabkan pesakit tu mengalami perubahan emosi, tingkah laku dan pemikiran. Penyakit bipolar ni boleh bawa kepada kematian kalau tak dapat rawatan yang baik dan jika pesakit yang kerap dengan pemikiran yang negatif. Kiranya, penyakit ni berbahaya lah. Biasanya orang yang ada penyakit bipolar ni, datang daripada keluarga sendiri. Sama ada jatuh daripada ibu bapa ataupun datang dari masalah keluarga macam hubungan keluarga, ketidakfahaman dalam ahli keluarga"

"Dan kemungkinan, kes kehilangan pelajar tu semua ada melibatkan diri dia. Mungkin mereka pernah berkawan, tapi disebabkan perselisihan faham di antara mereka, I don't know bapa dia lah yang membalaskan dendam demi kebahagiaan anaknya. Dia tak mahu anak dia sedih berpanjangan disebabkan mangsa-mangsa tu" tambah Ruby lagi

"Jadi maksud kau, pengetua buat semua tu hanya kerana nak anak dia bahagia? Itu saja?" Tanya Zed

"Ye, dan Ivory boleh dikatakan dalam keadaan persefahaman yang baik lah dengan si Amirul tu. Sebab tu tadi dia ada cakap—"

"Saya tak pernah dilayan sebaik layanan awak tadi.." Ivory menyambung

"Ye, jadi tahap percentage kau untuk jadi mangsa yang seterusnya rendah"

"Uish, seramlah! Tapi nasib baik abang Aqil ajar kita dengan baik"

Mereka berempat memandang abang Aqil yang sedang memandang sekeliling. Tidak mahu dirinya dilihat yang sedang merah seperti buah tomato. Mereka tersenyum melihat gelagat lelaki dewasa di hadapan mereka

"Apa pandang-pandang? Abang tau abang ni hesmes HAHAHA"

"Ikut trend sangat abang kita sorang ni HAHAHA"

Bilik itu penuh dengan gelak tawa gurauan mereka

"Sudah sudah. Esok kita dah boleh selesaikan misi ni. Lama-lama nak buat apa kan. Jadi kamu berempat perlu sediakan barang-barang. Kita akan rungkaikan rahsia sebenar yang tersimpan di lorong rahsia bawah tanah tu"

"Baik abang Aqil!"

"Aku dengan Zed pergi kemas barang, Ivory boleh standby untuk misi esok dan Ruby kau pergi tempat belakang hutan tu. Tengok ada atau tak jalan untuk masuk ke lorong bawah tanah tu"

"Yes ma'am!"

Setelah selesai memberi tugas, mereka mula bergerak memulakan tugasan masing-masing. Moonraker dan Zed bergerak ke bilik di mana barang-barang dan peralatan yang digunakan untuk menjalankan misi disimpan

𝑹𝒂𝒉𝒔𝒊𝒂 4 𝑮𝒂𝒅𝒊𝒔 | 𝐚𝐜𝐭𝐢𝐨𝐧 [𝐈]Where stories live. Discover now