CYT 42

7.6K 255 33
                                    

FAIZ menggaru belakang lehernya. Sesekali dia tersenyum kepada Farah dihadapan dia dan Haiyan. Sekarang, dia sedang menemani Haiyan keluar makan bersama Farah. Terpaksa. Ikutkan memang tidak mahu namun bila ingat Haiyan itu suami orang, tak mungkin dia akan membiarkan sepupunya keluar makan bersama perempuan lain. Jadi, terpaksa juga.

Pelik.

Apa tujuan Farah mengajak Haiyan keluar makan? Sudah hampir 15 minit mereka berada di restoran ini, hanya beberapa patah saja yang mereka bualkan. Berbual kosong dan tiada apa yang menarik. Sebenarnya, dia begitu curiga dengan Farah.

Keningnya dikerutkan.

Dia ni suka Iyan ke?

Menyoal dia sendiri di dalam hati. Tambahan pula, Farah lebih kerap memerhati Haiyan. Kerap juga berbual dengan Haiyan. Dan dia dijadikan seperti CCTV yang memerhati pasangan di hadapan.

Pasangan?

Tidak, tidak. Dua makhluk Allah. Itu lebih sesuai.

Farah. Seorang gadis yang mempunyai kelakuan langsung tidak sama dengan cara pemakaian yang begitu manis bertutup. Jika benar Farah seorang yang tahu menjaga maruah diri, tidak mudah bagi gadis itu mempelawa Haiyan untuk keluar makan bersama. Hendak pula Haiyan itu suami orang. Dan, pandangan Farah kepada Haiyan langsung tidak menunjukkan Farah itu gadis yang pandai menjaga pandangan mata.

Itu adalah apa yang dia dapat lihat dari mata kasarnya.

Farah senyum kekok. Ketika menunggu Haiyan hadir, tidak disangka pula lelaki itu turut membawa Faiz sebagai peneman. Seketika dia mengeluh. Kerana dia hanya ingin keluar makan bersama Haiyan dan bukan turut adanya Faiz.

"Emm... so, dah lama kau orang berkhidmat dekat hospital tu?" Farah memulakan bicara semula setelah lama mereka bertiga senyap tanpa suara.

Haiyan mencuit lengan Faiz supaya mewakili dia untuk menjawab soalan itu. Sekali dengan riak wajah saat Faiz memandang dia pelik.

"Oh." Sempat Faiz mengerli Haiyan sekilas sebelum memandang Farah. Senyuman digariskan.

"Saya dengan Iyan tak sama. Saya bekerja dekat hospital tu ada lah dalam lebih kurang... empat atau lima tahun macam tu. Iyan pula nak masuk empat tahun tak silap. Kan Iyan, kan?"

Haiyan sekadar mengangguk dan tersenyum tipis ketika anak matanya bertembung bersama anak mata Farah. Tersedar, lekas dia pandang ke wajah Faiz.

Dia berdehem seketika bagi menghilang rasa debaran kecil di dalam dada ketika anak mata dia dan Farah bertembung. Dahi berkerut hairan. Kenapa rasa ini perlu hadir? Walaupun debaran tidak sekuat seperti dia berada bersama Aareen, namun tetap dia berasa aneh.

Farah mengangguk faham. Tersenyum kecil bila perasan Haiyan cepat saja mengelak dari bertembung mata dengannya. Dia menunduk seketika. Pipi pula membahang.

Perasaan apa ni?

Lama berbual, Faiz meminta diri untuk ke tandas. Dia mula bangun dan meninggalkan Haiyan bersama Farah di meja makan itu. Masa-masa beginilah perut buat hal!

Haiyan mengeluh. Faiz ni nak kena terajang agaknya. Sekarang tingga dia berdua saja dengan Farah. Sudahlah dia tidak selesa dengan keadaan dadanya sekarang ini.

"Iyan. Haritu I ada nampak you dengan seorang perempuan dekat klinik. Siapa? Wife you ke?" Soal Farah perlahan. Beberapa hari lepas dia ada ternampak Haiyan di klinik ibu dan anak. Lelaki itu memimpin tangan seorang perempuan yang seakan lebih muda darinya.

Lelaki itu mengangguk perlahan.

"She's pregnant. So, kita orang pergi sebab nak pastikan dah berapa minggu."

🌷𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐄𝐑𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑🌷Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang