CYT 44

7.1K 266 54
                                    

PAGI ini, Aareen bangkit dari tidur dan berlagak seperti tiada apa yang berlaku semalam. Walaupun dia masih terkilan dan kecewa dengan Haiyan, dikuatkan juga hatinya agar tidak menunjukkan sikap mudah merajuk di depan lelaki itu. Sudah dia bertekad pada dirinya semalam bahawa dia tidak akan merajuk lagi dengan lelaki itu. Itu yang lelaki itu mahukan.

Hilang rajuk seorang wanita, hilang juga sisi manja pada orang dia sayangi. Merajuk kerana ingin bermanja dengan lelaki yang disayangi dan bukan semata-mata ingin merajuk!

Mungkin Haiyan tidak faham. Tidak mengapalah. Biar dia mengalah. Kasihan lelaki itu terpaksa memujuk dia bila dia merajuk.

Sarapan dihidangkan seperti biasa. Sementara menunggu lelaki itu turun ke bawah, sempat dia termenung memikirkan rumah tangga mereka yang masih belum bertemu dengan kebahagiaan yang sebenar-benarnya.

Perut diusap kasih. Ada nyawa yang sedang membesar disitu. Dia ingatkan, sebaik saja mengandung, mereka akan bahagia. Namun dia silap. Berbagai ujian lagi yang perlu dilalui. Dia merajuk sikit pun Haiyan sudah penat mahu memujuk. Mungkin benar. Salah dia juga kerana terlalu makan hati. Mulai sekarang dia kena didik hatinya supaya tidak terlalu terkilan, kecewa dan sedih. Hatinya perlu dicekalkan.

Haiyan turun ke tingkat bawah, ruang dapur dituju. Kelihatan Aareen yang sedang mengelamun sambil mengusap-usap perut yang masih belum terbentuk itu. Keluhan dilepaskan bila teringat kata-katanya semalam kepada wanita itu. Masuk ke dalam bilik semalam, Aareen sudah pun tidur membelakanginya. Tidak bermaksud ingin menyakiti hati wanita itu. Tetapi dia sudah tidak sanggup jika Aareen merajuk lagi. Dia sudah penat untuk memujuk namun sedikit Aareen tidak kesah sehinggalah memakan masa berminggu-minggu untuk mereka berbaik semula.

Tersedar ada yang merenung dirinya, Aareen segera menoleh lalu bangkit. Air milo panas di dalam teko dituang ke dalam cawan lelaki itu. Roti bakar juga disapu sedikit jem. Dan... senyuman digariskan dengan manis agar tidak terlihat rajuknya. Biarlah dia merajuk dan pujuk diri sendiri. Itu lebih baik.

"Hari ni saya nak pergi supermarket lepas habis waktu sekolah. Nak beli barang dapur." Minta izin? Tidak. Dia memberitahu.

Haiyan berhenti dari mencicip milo panas itu. Wajah Aareen bersama senyuman manis itu dipandang. Pelik bila isterinya tidak bermasam muka dan langsung tidak menunjukkan yang wanita itu sedang merajuk. Berlagak seperti hubungan mereka sudah baik selepas apa yang jadi semalam.

"Tunggu saya balik dari hospital, boleh? Kita pergi sama-sama." Lagipula, wanita itu sedang mengandung. Tak mungkin dia biarkan Aareen seorang diri.

Aareen hela nafas perlahan.

"Boleh tak kalau awak biarkan saya? Awak tak nak saya merajuk tapi awak manjakan saya, Iyan. Awak tahu tak bila awak manjakan saya, hati saya ni mudah merajuk dengan awak? So, biar saya pergi sendiri. Pergi beli barang dapur je pun." Biarlah lelaki itu didik dia untuk berdikari. Sekejap lagi kalau setiap benda mahu lelaki itu temani dia, mulalah Haiyan kata dia ini manja, suka bergantung pada lelaki itu dan tidak pandai berdikari. Jadi, biarkan dia!

Tersentap. Haiyan pandang wajah Aareen yang mula hilang senyuman dibibir itu. Dengan bicara wanita itu tadi, dia tahu Aareen benar-benar makan hati dengan kata-kata dia semalam.

Tangan Aareen cuba dicapai namun cepat isterinya mengelak berpura-pura mahu mengambil cawan.

"Liya. Awak kan mengandung. Saya risau."

"Biar saya jaga diri sendiri, Iyan. Saya tak nak menyusahkan awak. Cukuplah selama ni saya susahkan awak buat awak penat pujuk saya masa saya merajuk. Saya tak nak suami saya penat pula bila saya asyik menyusahkan awak." Sinis kata-kata keluar dari Aareen kepada suaminya.

🌷𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐄𝐑𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑🌷Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang