TEASER 6 : Dunia Gelap Gelita

1.9K 13 5
                                    


PINTU terbuka. Doktor lelaki lingkungan 40-an melangkah masuk bersama senyuman di bibir. Makin doktor itu mendekat, makin laju degup jantung Nia. Sepenuh perhatian ditumpukan apabila doktor duduk.

Hati berdebar-debar. Jemari saling bermain sesama sendiri.

​"Seperti yang saya jangka, puan bukan keracunan makanan tapi..." Bicara terhenti. Sengaja mahu bagi saspen pada pesakitnya.
"Tahniah, puan mengandung."

​Nafas Nia terhenti. Dunianya gelap. Hancur!

​"Kandungan puan masih baru. Dua line yang naik pun masih kabur, tapi sebagai doktor saya yakin pun dah mengandung. Jadi...puan...puan?"

​Tidak berkata apa, Nia bangun meninggalkan doktor yang rancak bercakap. Dia terduduk di bangku. Air mata gugur tanpa sempat ditahan. Dia tidak kuat menerima berita ni.

Bagaimana dia mahu kuat?

Dia mengandung! Mengandung.

Ada nyawa lain dalam rahimnya. Anak yang tidak diketahui siapa bapanya. Yang pasti itu anak dari jantan tak guna yang sudah meragut kesucian dirinya. Wajah ditutup dengan tangan.

Apa yang perlu dibuat? Dia buntu.

Kenapa dia yang perlu melalui ujian ni? Kenapa bukan orang lain?

​"Nia Amira Hasbi."

​Nia menuju ke kaunter.

​"RM 200, ini ubat yang perlu dimakan ada..."

​Kad pengenalan diambil, duit diletakkan lalu Nia meninggalkan kaunter tanpa mengambil ubat. Panggilan staf klinik tidak diendahkan. Dia tidak perlukan ubat.

​Kakinya berjalan tanpa hala tujuan. Sama seperti dirinya yang sudah hilang hala tujuan hidup.

​'Kau mengandung anak perogol tu Nia. Kalau family kau tahu, mesti kau kena bunuh. Baik kau mati je daripada kena tanggung malu.'

​'Aku dirogol, itu bukan kehendak aku.'

​'Kau ingat mereka nak percaya kau? Dah mengandung baru kau nak cakap kau kena rogol? Kenapa kau tak cakap awal-awal? Kau bodoh!'

​'Aku tak bodoh. A..aku takut.'

​'Sebab kau takut semuanya dah terlambat. Kalau kau beritahu awal-awal semuanya tak akan jadi. Sekarang ni apa kau nak buat dengan anak kau tu? Kau nak bela anak perogol?'

​'A..aku tak tahu.'

​'Baik kau kahwin cepat-cepat dengan Ammar, biar dia jadi pak sanggup.'

​Nia berhenti berjalan. "Tak...tak...aku tak akan buat macam tu. Ammar baik."

​"Cik?"

​Dipandang takut-takut lelaki yang menegurnya.

​"Cik okey ke?" Pelik melihat gadis itu bercakap seorang diri.

​Tidak menjawab Nia membuka langkah. Elok lalu ditepi lelaki itu, dia rebah. Dunianya gelap.

. ​"Cik...cik? Ya Allah..." Bahu gadis yang tidak sedarkan diri itu ditepuk beberapa kali. Masih tiada tindak balas.

​"Kenapa ni abang?"

​"Sayang..." Hanif memandang Adila yang muncul. Mukanya gelisah. "Abang tegur dia okey ke tak, tiba-tiba dia pengsan."

​Adila duduk lalu menterbalikan gadis yang pengsan. Sebaik melihat wajah itu, tangannya menggigil.

Wajah ini...mustahil dia boleh lupa.

Inilah wajah yang ada dalam fikirannya siang dan malam. Dan sejak kejadian itu dia berdoa supaya mereka dipertemukan kembali. Ada hutang yang perlu dibayar.

​"Sayang, kita bawak dia pergi klinik."

​"Jangan!" Adila mengeleng.

*Hi, jangan lupa tambah cerita ni dalam playlist reading anda dan jangan lupa vote⭐️

DUA KALI SAYANG  Where stories live. Discover now