Empat puluh enam

1.3K 197 839
                                    

"Kau buat apa kat sini?" Yeosang memeluk tubuh sambil melihat Doyeon yang datang membawa sebuah tupperware.

"Buat apa lagi? Nak ziarah bakal bapak mentua lah." jawab Doyeon tenang. Dia meletakkan bekas itu di meja bersebelahan katil Hongjoong.

"Pak cik, saya ada masakkan nasi lemak telur penyu untuk sarapan pak cik. Makan tahu nanti pak cik sihat cepat." kata Doyeon.

"Jangan makan, walid. Entah apa dia jampi serapah dalam nasi lemak tu kang kalau makan nanye je nanti muntah paku." sampuk Yeosang. Doyeon menjungkitkan bibir kiri disebabkan dirinya dituduh dengan tuduhan tidak berasas.

"Rish, kan dia dah bagi rezeki. Tak baik tolak." balas Hongjoong, dia menyandarkan badan ke kepala katil, tubuhnya masih berasa agak sakit kerana kemalangan beberapa hari lalu.

Punca kemalangan adalah dia diam-diam telah mengikuti acara lumba haram basikal lajak yang dianjurkan oleh Sunwoo dan Youngjae. Malangnya ketika dia sedang membawa basikal secara diluar had kelajuan yang ditetapkan JPJ, dia terlanggar pokok kelapa sawit kerana lupa di mana terletaknya brek basikal.

Yeosang meletakkan sebuah periuk di atas katil Hongjoong, terdapat tulisan "Hak milik Cempaka Seonghwa" di penutup periuk itu.

Di rumah mereka seringkali terjadi kes kehilangan bekas letak makanan, jadi Seonghwa telah menggunakan akal panjangnya untuk menghantar terus periuk tersebut tanpa mengharapkan bekas plastik itu lagi.

"Ni umi dah bagi makanan untuk walid, tak payah nak makan orang asing punya."

"Tapi..."

"Walid nak Farish report kat umi ke?" ugut Yeosang.

Hongjoong mencebik, dia mengambil periuk itu lalu mula memakan hidangan lontong yang dimasak oleh Seonghwa.

Yeosang menarik lengan baju Doyeon keluar dari wad pesakit.

"Ish, apa tarik-tarik ni?" marah Doyeon.

"Kau nak apa sebenarnya?" tanya Yeosang.

"Nak apanya?"

Yeosang memeluk tubuh, wajahnya menjadi serius.

"Kau boleh tak berhenti kacau aku? Aku pun dah muak lah tengok kau dengan perangai buaya betina kau ni. Kau takkan berjaya buat aku berpaling daripada Diana." katanya membuat Doyeon terdiam sebelum gadis itu menyeringai.

"Well well well, encik Farish. Jangan yakin sangat, suatu masa aku pasti kau akan jatuh dalam persona buaya aku. Masa tulah kau takkan nampak perempuan-perempuan lain selain aku. Tunggu waktunya, Farish." Doyeon mengenyitkan mata kanannya sebelum pergi dari situ.

Yeosang mengurut dahi.

Dia tak faham mengapa gadis itu masih tidak mahu menyerah sedangkan sudah terang yang Yeosang itu sudah ada hubungan dengan Hyunjun.

"Haih, wayar otak dia manalah yang terputus tu. Penatlah aku hidup dikelilingi buaya-buaya akhlakless."

"AKHIRNYA AKU DAH SEMBUH WOHOOO!" di rumah keluarga Han, Seungmin berlari berpusing-pusing kerana kegirangan. Selepas ini tak perlulah Seungmin mengharapkan Minho untuk menjaganya lagi. Isteri derhaka itu memang tak pernah ikhlas untuk menjaga dia ketika sakit.

"Tak payahlah lari-lari kang jatuh tergolek pastu terseliuh, dah aku lagi kena jaga siput babi besar macam kau ni." tegur Minho.

"Diamlah kau, dahlah hari tu tampal kool fever kat dahi aku menegak. Kau fikir aku ni hantu cina ke? Aku ni orang Korea bukan orang Cina tahu!"

"Jangan nak gaduh lagi. Halim, kau berambus pergi tempat kerja kau sekarang dah pukul 8 lebih dah ni. Mirah, kau tolong aku buat kerja rumah." arah Hyunjin. Seungmin yang sudah tiga hari tidak berjalan-jalan bersama Dayang pun terus berlari keluar dengan penuh perasaan teruja.

Han FamilyWhere stories live. Discover now