CYT 51

10.3K 327 30
                                    

MELIHAT keadaan sepupunya, Naufal mengeluh kuat. Sungguh dia berasa simpati dengan apa yang menimpa rumah tangga Aareen. Dia juga pening memikirkan Lisa yang tiba-tiba seakan menghilangkan diri selepas bertemu dengan dia. Walauapapun, dia tetap membantu Lisa dalam mencari bukti setiap perilaku kejam Fattah terhadap bekas tunang abang sepupunya itu.

Beberapa hari lepas dia mendapat panggilan dari ibunya. Setiap satu persatu masalah rumah tangga Aareen diceritakan. Pada mulanya dia tidak percaya Haiyan berlaku curang dibelakang Aareen. Namun bila ibunya mengatakan Raif melihat gambar Haiyan bersama seorang perempuan yang diberikan oleh Fattah, dia makin kuat mengatakan Fattah mula merosakkan rumah tangga Aareen.

Dia bukanlah dari keluarga yang kaya raya mahu mengupah sesiapa menyiasat Fattah. Dengan usaha yang ada, dia tetap saja menyiasat dan memerhati Fattah secara bersendirian. Buat masa ini, masih belum ada apa-apa bukti yang mengatakan Fattah terlibat dalam memerangkap Lisa untuk tidur bersama seorang lelaki.

"Reen." Nama wanita itu diseru.

Sejak dia sampai, Aareen keluar dari bilik dan duduk didepan dia tanpa sebarang kata. Aareen hanya mendiamkan diri dan termenung. Dengan keadaan wanita itu yang mengandung makin menambahkan rasa kasihan dalam hati.

Aareen membisu. Sejak kedatangan Haiyan yang selalu dia tunggu akhirnya tiba kelmarin dan juga pemergian Haiyan yang langsung dia tidak mahukan, dia semakin membisu. Buntu bagaimana ingin terus bersama dengan lelaki itu. Sebelum ini dia amat menghormati Raif tetapi apa yang Raif lakukan membuat dia tawar hati dengan abangnya itu.

Naufal mengeluh perlahan. Dalam diam, dia bimbang jika Aareen semakin tertekan dengan kedatangan dia ke sini.

"Reen, aku minta maaf sebab datang sini." Dia jeda seketika. "Aku tahu kau tak suka aku datang. Tapi sebagai cousin kau, aku ambil berat pasal kau Reen."

Sama. Masih tiada patah kata yang keluar dari mulut Aareen. Wanita itu hanya memandang ke pintu rumah.

"Reen. Haritu, Kak Lisa ada jumpa aku."

Serentak, mata Aareen terhala pada Naufal. Dahi yang tegang mula berkerut. Lisa? Bekas tunang abang dia? Sudah lama dia tidak mendengar khabar dari Lisa. Kali terakhir dia berhubung adalah sebelum hari majlis perkahwinan dia bersama Haiyan.

"Kenapa Kak Lisa jumpa kau?" 

"Kak Lisa cerita semuanya pada aku Reen apa yang jadi malam Abang Raif nampak dia dengan lelaki lain." Naufal mula bercerita.

Dari duduk bersandar, Aareen mula menegakkan badan. Berdebar dia ingin tahu cerita selanjutnya. Dia juga kurang percaya Lisa sanggup buat perkata terkutuk seperti itu. Namun untuk menidakkan, ianya tiada bukti.

"Apa yang jadi?"

"Semua tu tak betul, Reen. Kak Lisa difitnah. Sebelum kejadian tu, Kak Lisa ada berjumpa salah seorang dari client dia. Lepas jumpa, Kak Lisa berjalan dekat kereta dia and tiba-tiba dia pitam. Dan, dia sedar je keadaan diri dia atas katil dan tak terurus. Dia terkejut bila nampak seorang lelaki tidur sebelah dia dan masa tu juga Abang Raif sampai."

Mulut Aareen sedikit ternganga mendengar cerita dari Naufal. Dia tergamam. Maksudnya, memang benar Lisa tidak bersalah dan telah difitnah semata-mata? Jadi, apa yang Raif nampak adalah satu perangkat?

"Kau tak tipu kan Fal?"

Naufal menggeleng. "Aku tak tipu. Tak akan lah Kak Lisa nak tipu. Dia siap menangis depan aku, Reen. And... kau tahu tak siapa yang call Abang Raif malam tu?"

Dahi Aareen makin berkerut. "Siapa?"

"Abang Fattah. Dia yang call Abang Raif dan bagitahu Abang Raif yang Kak Lisa masuk hotel dengan seorang lelaki."

🌷𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐄𝐑𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑🌷Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang