BAB 26

3.7K 279 3
                                    

"PENATNYA!" tercungap-cungap Marissa menyedut udara. Renek peluh mula mengalir perlahan menuruni dahi putihnya. Lantas, tuala yang terlilit di leher ditarik lalu Marissa mengelap keringat yang mengalir.

Langkah kaki diatur menuju ke bangku yang disediakan di taman itu. Udara segar pagi itu disedut dalam-dalam. Beginilah rutin hari minggu dia. Selepas subuh, Marissa akan keluar berjoging dengan Aini. Tapi tidak untuk pagi ini. Aini tidak mengikut serta kerana wanita itu masih terbongkang tidur. Letih katanya. Jadi, terpaksalah Marissa berjoging seorang diri.

"Agak-agak dia tengah buat apa eh sekarang ni? Hmm, entah-entah belum bangun lagi," omel Marissa. Telefon ditangannya dipadang. Nak call atau mesej?

Jari jemari mula menari di papan kekunci. Fokus Marissa menaip pesanan tersebut kepada Harraz. Seketika, perbuatannya itu terhenti. Mata meluaskan pandangan pada padang yang masih basah itu. Bibir pula bergerak-gerak kiri kanan.

"Taknaklah, nanti dia ingat aku ni terhegeh-hegeh dekat dia pula," getus Marissa lalu jarinya laju saja memadam pesanan yang belum sempat dihantar. Telefon ditutup dan diletakkan di atas bangku.

Sedang Marissa termenung melihat budak-budak kecil yang sedang berlari itu, terasa ada gegaran pada tempat duduknya. Apabila dilihat, telefonnya bergetar menandakan ada panggilan. Perlahan-lahan bibirnya naik mengoyak senyuman. Baru aje teringat pada Harraz, tup-tup lelaki itu terlebih dahulu menelefonnya.

"Hello?" Marissa terlebih dahulu bersuara.

"Good morning, sayang..." suara serak-serak basah Harraz menyapa di halwa telinga Marissa. Auch, seksinya suara!

"Sayang tengah buat apa tu?" Marissa menahan senyum. Harraz ni pagi-pagi lagi dah panggil dia sayang. Hati Marissa ni kalau terdengar aje panggilan itu, mulalah nak tergedik-gedik.

"Saya ada dekat taman ni... Baru lepas joging. Awak buat apa? Baru bangun tidur eh?" soal Marissa. Jari runcingnya dimainkan di atas bangku tersebut.

"Yalah, sayang... Hari cuti bangun lambat sikitlah... But, kalau ada bini, lagi lambat aku bangun..." Harraz di corong telefon sudah menyengih gatal. Perkataan bini itu ditekankan agar Marissa dapat menangkap maksudnya.

"Dahtu? Carilah isteri!" Marissa memutarkan bebola matanya ke atas. Nak bini konon!

Sesekali, Marissa menepuk lengannya yang dihinggap nyamuk. Jari mula menggaruk lengannya yang gatal.

"Kalau orang yang di sana tu dah on, yang di sini lagilah on sentiasa," sakat Harraz seraya dia gelak kecil dengan suara serak basahnya. Pasti tona wajah Marissa sedang memerah malu tika ini.

"Gatal! Kalau tak sabar sangat nak kahwin, pergilah cari perempuan lain. Awak tunggu saya buat apa?" cebik Marissa. Dia kemudian bangun dan mula berjalan perlahan. Matahari pun dah nak naik. Baik dia balik sekarang. Perut pun dah lapar meminta makanan.

"Because, I just want to spend the rest of my life with you. I choose you. And I'll choose you over and over. Without pause, without a doubt. I'll keep choosing you, sayang..." Harraz membisik perlahan. Ingin sekali dia menyebut sepasang nama ini, Marissa Jasmine. Sampai bila wanita itu mahu sorok akan identiti dirinya?

Lidah Marissa kelu. Walaupun kata-kata itu hanya diucapkan dari corong telefon, namun Marissa dapat merasakan keikhlasan Harraz ketika mengungkapkan bait-bait ayat tersebut.

"Sayang? Pengsan ke?" kedengaran tawa mengusik di hujung ayat Harraz. Yalah, dari tadi dia menunggu balasan daripada Marissa. Tapi hampeh, gadis itu memilih untuk senyap. Memang Harraz kerap memanggil Marissa sayang. Ini semua disebabkan lelaki itu tak selesa untuk memanggil Marissa sebagai Orkid. Bukan dia saja-saja, tapi ada sebabnya yang tersendiri.

1.0 | DENDAM CINTA [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now