Part 28

597 65 3
                                    

"Macam mana suasana kat sana? Best tak? Mesti best kan?"

Pada malam hari, Gempa dan Halilintar melakukan panggilan video melalui telefon.

"Mesti lah best. Tapi kat sini cuaca dia sangat sejuk bila tengah malam."

Kepala Gempa terangguk perlahan.

"Kenapa call? Selalu aku je yang call kau dulu. Rindu eh?" usik Halilintar. Dia tersenyum senget apabila melihat tingkah Gempa yang mulai gelabah.

Gempa mendecit. "Ma..mana ada. Bila pula aku rindu kau? Bonda yang suruh aku call kau, se..sebab dia tak sempat nak tanya kabar kau. Busy."

Halilintar tahan gelaknya daripada terhambur. Lucu melihat wajah Gempa.

"Yeke? Tapi aku baru aje lepas call dengan bonda. Hm? So apa alasan kau sekarang?" sakatnya. Keningnya dijongket nakal.

Melihat wajah Gempa mulai merah, buatkan Halilintar ketawa. Dasar tsundere betullah bakal isterinya ini, ehem.. Geram nak gigit.

Sabar sat, tampor kan!

"Memang rindu pun.." bisik Gempa perlahan.

Dahi Halilintar berkerut, kerana tidak mendengari kata-kata Gempa.

"Kau cakap apa Gem? Aku tak dengar."

Laju kepala Gempa menggeleng.

"Tak ada."

"Okay. Hm, nampaknya kau dah pandai guna telefon. Baguslah, jaga telefon yang aku kasi tu. Seperti hati aku tau?"

"Okay."

Hening. Tiada percakapan setelah itu di antara mereka berdua.

Gempa menatap skrin telefonnya yang terpapar wajah Halilintar. Bibir bawahnya digigit dan dia jatuhkan pandangan mata apabila renungan mata orang di seberang sana amatlah menghunusnya. Segan kerana ditenung.

"I miss you."

Gempa terkesima. Dia tidak mengatakan apa-apa.

"Gem, kau..."

"Hali, esok kan kau ada kelas mesti kena tido awal. Pergi lah tido."

Kini Halilintar pula yang diam. Dia tahu yang Gempa mahu tukar topik. Namun dia abaikan. Dia ukir satu senyum. Sebenarnya dia teringin sangat mahu mendengar balasan daripada Gempa. Sepertinya dia sahaja yang mengharap lebih.

"Baiklah. Hm, sebelum tu aku nak nyanyikan sebuah lagu. Kau nak dengar tak?"

Kepala Gempa terangguk perlahan.

"Okey."

Halilintar tersenyum. Dia berdeham sejenak.

Oh angin bisikan padanya ku cinta dia. Takkan ada yang lain.

Ku harap dirinya dapat mendengarnya.
Apa yang kurasa tentang dirinya.

Gempa terdiam seakan terpaku dengan suara Halilintar.

Oh sayang kau dengar?
Apa yang ku rasakan?
Hanya satu dirimu.

Tak akan terganti.
Kau selalu di hati.
Ku percayakan cintaku padamu..

Mata Gempa terkebil-kebil, mencuba menghadam makna lirik lagu yang mahu disampaikan oleh Halilintar.

Angin malam yang berhembus.
Ku dibawah Sinar Rembulan.
Jalan ku terputus.
Canggung untuk ku hentikan.

Jatuh bukanlah beban.
Halangan tak ku hiraukan.
Selagi masih ada harapan.
Dan selalu akan ku nantikan.

Halilintar berjeda sejenak, mengambil nafas sebelum menyambung kembali. Anak matanya tunak merenung wajah orang terkasih di skrin telefon.

Cintamu adalah motivasi untuk ku melangkah.
Menunggu dan terus menunggu.
Walaupun itu sangat lama.

Jalani kesendirian.
Hidup dalam penantian.
Hatimu masih ku genggam.
Dengan penuh keyakinan.

Ku harap kau dengarkan.
Disini Ku Selalu menunggu cinta.
Penantian lama ku jalani.

Mata Gempa terkedip cepat, dia terkesima tatkala mendapat tangkap maksud lagu tersebut. Maksud yang amat mendalam.

Apakah lagu itu tertuju padanya? Jika betul...

Ku butuhhkan kepastian.
Jawablah dengan kejujuran hati.
Tak ingin lagi kau lukai.

"Halilintar.."

Oh angin bisikan padanya ku cinta dia. Takkan ada yang lain.

Ku harap dirinya dapat mendengarnya.
Apa yang kurasa tentang dirinya.

"Stop.."

Mungkin rana kita beda.
Yakin sapa rasa cinta.
Sujud dalam doa.

Kini engkau baik saja.
Menjaga hati hingga bersanding janji cinta.

Suci putih nanti.
Hati rasi rumi takkan lari.
Jalan aku pandang.

Harap tlah ku genggam.
Duduk dengan tenang.
Tetap ku berjuang.

Entah kenapa Gempa seperti ingin sahaja menangis, lagu yang Halilintar nyanyikan itu seperti memukulnya. Mengena betul.

Oh sayang kau dengar?
Apa yang ku rasakan?
Hanya satu dirimu.

Tak akan terganti.
Kau selalu di hati.
Ku percayakan cintaku padamu.

Tes..

"Please stop.."

Ku harap dirinya dapat mendengarnya.
Apa yang kurasa tentang dirinya.

Tak akan terganti. Kau selalu di hati.
Ku percayakan cintaku padamu.

"Kenapa kau menangis Gem, apa sebab aku?" Halilintar bertanya setelah mengakhiri nyanyiannya. Dia memandang cemas kearah Gempa.

Dengan cepat Gempa mengesat pipinya, dia senyap tidak menjawab Halilintar.

Hening.

Halilintar mengeluh. "Kenapa? Apakah kau rasa bersalah sebab buat aku menunggu lama?"

"Stop Halilintar.."

"Kenapa Gem?"

"Berikan aku masa."

"Sampai bila Gem? Dah berapa banyak aku kasi kau masa Gem, tapi jawapan kau sama je.."

Tanpa dipinta, air mata Gempa jatuh. Dia sebak tatkala mendengar suara Halilintar yang seakan terluka dengan dirinya.

Baru sahaja Gempa mahu buka suara, Halilintar memintas terlebih dahulu.

"Hm, tak apa lah Gempa. Aku tutup dulu, esok ada kelas. Jaga diri kat sana, jangan bagi orang buli kau. Apa pun.."

Gempa membalas pandangan Halilintar. Lelaki beriris merah itu tersenyum.

"Aku tetap tunggu kau Gempa, sampailah kalimat tu keluar dari mulut kau sendiri. Okaylah, night and sweetdream sayang."

Panggilan video itu dimatikan oleh satu pihak, tanpa sempat Gempa membalas.

Gempa memejam kelopak matanya erat-erat.

"Maaf.. Sebab belum ada rasa untuk kau Halilintar.."











Tbc....

Kalau aku buat bad ending macam mana? 😏

Diorang tak bersama and then tamat MUAHAHAHAHA...

Vote 38 for next chapt! 😌

Chau!💨

Rejected | I Can't Stop Me (HaliGem) [C]√Where stories live. Discover now