CYT 54

9.6K 307 42
                                    

KETIKA mendengar penerangan dan penjelasan daripada seorang doktor yang merawat serta memantau keadaan Lisa, jantung milik Raif bagai direntap kuat dari badannya. Dia tidak mampu untuk mengeluarkan kata-kata apabila setiap satu persatu penerangan doktor tersebut masuk ke pendengaran dan dihadam dengan baik. Bagaikan terngiang-ngiang ditelinga.

Setelah melihat pintu wad Lisa dibuka dari dalam Raif menerpa ke arah doktor yang baru keluar dari situ. Riak wajah Raif sekarang ini benar-benar kerisauan dengan keadaan Lisa yang bernafas laju seperti tadi. Akalnya cuba menidakkan kemungkinan Lisa akan pergi buat selamanya. 

"Doktor macam mana dengan Lisa?" Bergetar suaranya ketika itu. 

Doktor yang bernama Nurain di name tag itu tersenyum sedikit hampa. Dia pasti setiap yang mendengar berita pertama daripadanya ini akan gembira tetapi kembali bersedih dengan berita yang kedua pula. 

"Alhamdulillah. Cik Lisa lepas dari level critical. Apa yang terjadi sebentar tadi adalah salah satu tindak balas daripada dia. Encik tak perlu risau. Sekarang Cik Lisa tak perlukan lagi oksigen tu dan kembali bernafas seperti biasa dan dia dah pun sedarkan diri."

Satu keluhan lega terlepas dari bibir Raif tanpa kata. Dada yang sempit sebelum ini begitu lapang sekarang. Wajah diraup lembut sambil mengucapkan kata syukur yang tidak terhenti. Syukurlah apa yang difikirkan tadi langsung tidak sama dengan yang terjadi. Dia cukup takut jika terjadi apa-apa pada Lisa tadi. 

"Tapi..."

Senyuman Raif yang baru terbit sirna kembali. Dahi berkerut menanti bicara doktor itu semula. 

"Seperti yang kita tahu Cik Lisa mengalami hentakkan yang kuat pada bahagian kepalanya dan menyebabkan darah membeku. Jadi... hasil pemeriksaan kami sebentar tadi Cik Lisa mengalami hilang ingatan. Semasa disedarkan diri, soalan pertama yang dia tanyakan pada saya adalah apa yang dah terjadi pada dia. Bila saya soal dia berkenaan dengan ahli keluarga juga..." Doktor Nurain menggelengkan kepala. "...dia tak ingat sesiapa pun."

Raif kaku ditempat dia berdiri. Baru saja dia dapat menghembus nafas lega setelah mendengar khabar Lisa melepasi tahap kritikal. Namun sekarang dada kembali sempit dan sesak dengan berita kedua ini. Mata dipejam penuh kekecewaan. Keluarga sendiri pun Lisa tidak ingat, mustahil untuk dia tetap berada didalam ingatan gadis itu. Kerana dia sudah banyak menyakiti Lisa. 

"Sampai bila doktor? Bila ingatan dia akan pulih?"

"Ianya bergantung kepada pesakit itu sendiri. But, Insha Allah ingatan dia akan segera pulih jika orang sekeliling always beri dorongan dan bantu untuk dia ingat semula apa yang dia lupa. Emm... can I know who are you to her? Sebab since dia dekat sini only you yang saya perasan always teman dia dekat sini." 

Raif berjeda seketika. "Saya... bekas tunang dia." 

Doktor Nurain mengangguk faham. Beberapa nasihat diberikan kepada Raif sebelum dia meminta diri untuk beredar meninggalkan lelaki itu yang masih lagi berdiri disitu. Raif menarik nafas dalam dan dihembus perlahan. Bila dapat tahu semua itu, jadi tidak berani dia mahu melangkah masuk ke dalam wad Lisa. 

Perlahan-lahan tangan menolak daun pintu dan kepala terlebih dahulu dijengul memandang Lisa diatas katil. Pelbagai soalan bermain dibenak fikiran. Adakah dia masih ada di dalam ingatan gadis itu? Atau dia turut menjadi sebahagian daripada orang yang dilupai Lisa?

Dengan sedikit keberanian, dia mula masuk ke dalam.  

Mendengar daun pintu ditolak, segera Lisa berpaling ke arah situ. Dahi sedikit berkerut bila mata disapa seraut wajah yang sedang menjengul dari luar. 

🌷𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐄𝐑𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑🌷Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang