BAB 27

3.3K 270 13
                                    

     TELEFON di bawa ke telinga. Kaki berjalan mundar-mandir di luar rumah. Sekejap dia duduk, sekejap lagi dia berdiri. Sehinggakan si gadis yang sedang membaca novel itu terganggu tumpuannya dek serabut melihat Harraz yang tak reti duduk diam.

"Abang Harraz ni kenapa? Farah tengok abang macam tak senang duduk aje? Ada masalah? Cuba cerita dengan Farah," tegur si gadis bernama Farah. Novel yang terbuka kembali ditutup lalu diletakkan di atas lantai gazebo.

"Gaduh dengan awek eh?" sambung Farah lagi apabila Harraz tidak menjawab soalannya. Jari dibawa ke dagu. Dari sudut pandangan mata Farah, dia syak Abang Harraznya ini pasti sedang menunggu si pujaan hati menjawab panggilan. Yalah, dari tadi telefon milik Harraz tidak berenggang daripada tangan.

"Farah rasa kenapa dia tak jawab call abang?" Harraz mengambil tempat di sebelah Farah. Hatinya risau memikirkan Marissa yang tidak menjawab panggilannya. Sudah berpuluh mesej dan call dihantar. Namun, satu pun tidak berjawab.

"Abang ada gaduh dengan dia ke?" Farah mula bersoal siasat. Mencari punca mengapa si buah hati Harraz tidak menjawab pesanan yang dihantar.

Laju Harraz menggeleng. Seingat dia, tak ada pula mereka berbalah. Bahkan, pagi tadi elok saja gadis itu melayan dia. Tak ada ura-ura pergaduhan yang timbul pun. Hati tak tenang, otak pula mula gelisah.

"Abang pasti? Mana tahu abang ada buat salah dengan dia, tapi abang tak perasan? Cuba abang fikir balik," ujar Farah kembali. Dia memandang Harraz. Harraz juga turut sama menjatuhkan pandangan terhadapnya. Sekali lagi kepala lelaki itu menggeleng. Harraz betul-betul pasti yang dia tidak ada berbuat salah kepada Marissa.

"Hmm, pelik ni... Takkanlah dia nak merajuk tanpa sebab? Abang sebenarnya ada sakitkan hati dia kan? Tapi abang taknak mengaku dengan Farah? Baik cakap!" Farah membesarkan matanya. Raut wajah Harraz dipandang atas bawah. Mustahillah buah hati lelaki itu mahu merajuk tanpa sebab? Tak ke pelik tu?

"Ya Allah, Farah... Betul! Abang tak ada sakitkan hati dia! Pagi tadi kami elok je berbual. Tiba malam ni, dia tak jawab call abang pula," balas Harraz dan meraup wajahnya. Kalau ikutkan hati, mahu saja dia ke rumah Marissa dan bertanya sendiri masalah gadis itu terhadapnya. Kerlipan bintang di langit dipandang lama. Tidak ada wajah lain yang terpancar di langit hitam itu melainkan Marissa. Ah, Harraz benar-benar buntu tika ini.

"Kalau macam tu kan abang... Apa kata esok abang ajak di keluar? Lepastu abang tanyalah kenapa dia tak jawab call and mesej abang. Huh, takkan itupun Farah nak kena ajar? Abang ni memang tau, dari dulu sampai sekarang tak pandai langsung nak tackle hati perempuan! Geram betul!" getus Farah geram. Dia kembali menyambung pembacaannya yang tergendala tadi. Susah juga eh bercinta ni?

Harraz menepuk dahi seraya menayang sengih sumbingnya. Kenapalah dia tak terfikir macam itu tadi? Yalah, otak dah berserabut. Nak fikir pun otak dah jem. Tak dapat berfungsi dengan baik. Ini semua gara-gara si gadis bernama Marissa. Nasib baiklah Farah ada memberi buah fikiran kepadanya.

"Farah teman abang boleh?" Bahu gadis itu dicuitnya. Muka dimemek meminta simpati.

Farah memutarkan matanya. Novel di tangan kembali ditutup. Kacau sajalah Harraz ni! Dia baru nak berfeeling membaca novel.

"Malaslah, abang... Farah nak duduk rumah aje esok. Abang pergi jelah dengan dia. Alahai, macam tak biasa pula," ulas Farah lalu menggelengkan kepalanya. Dahlah esok hari Ahad. Hari yang sepatutnya dia begoyang kaki dan tidur sepanjang hari.

"Jomlah Farah teman abang..." pujuk Harraz lagi. Kali ini bahu gadis itu pula dipeluknya. Ceh, ingat dia buat macam tu, Farah akan terpujuklah?

"Hish abang ni kan! Yalah, yalah Farah ikut... Ni Farah nak tanya, siapa nama buah hati abang tu? Taknak kenalkan dekat Farah?" Tersengih suka gadis itu melihat raut wajah Harraz yang mula gelabah.

1.0 | DENDAM CINTA [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now