BAB 28

3.4K 293 26
                                    

"ASSALAMUALAIKUM!"

Aini yang sedang berehat di ruang tamu tersentak mendengar salam dari luar. Kedengaran seperti suara seorang lelaki. Dahi dikerutkan. Takkan Taufik pula yang datang?

"Assalamualaikum!" Kali ini, intonasi lelaki tersebut ditinggikan. Dia sangkakan penghuni di dalam rumah itu tidak mendengar salam yang diberi.

"Waalaikumussalam, sekejap-sekejap!" sahut Aini dari dalam. Lantas, kakinya dilajukan menuju ke pintu utama. Sebaik saja pintu dibuka, riak wajah terkejut menghiasi mukanya. Mata tak berkelip melihat figura yang sedang berdiri di hadapannya kini.

"Har...Harraz?"

Harraz senyum nipis. Dia dah boleh jangkakan reaksi Aini itu.

"Kau sihat, Aini?" Harraz cuba berbahasa. Sudah lama dia tidak berborak dengan wanita itu. Kali terakhir pun sebelum mereka pulang dari UK beberapa tahun lepas.

"Si...sihat. Kau pula macam mana?" Walaupun kedengaran agak kekok nadanya, tapi Aini cuba sehabis baik agar nada yang dilontarkan tidak kedengaran terlalu janggal. Nanti apa pula kata lelaki itu.

"Aku macam apa yang kau tengok sekarang nilah," gurau Harraz cuba menceriakan suasana. Tergelak kecil juga Aini dibuatnya.

"Lupa pula tujuan aku datang ni, erm Ris ada? Aku nak jumpa dengan dia boleh tak, Aini?" Harraz menegakkan badan. Lama dia menanti jawapan daripada Aini.

"Ris ada dekat dalam bilik dia. Wait, korang gaduh ke? Bukan apa, dari malam tadi dia tak turun-turun. Bila aku ketuk pintu bilik Ris, dia buat tak tahu je," balas Aini seraya kepala digelengkan tidak faham dengan situasi yang berlaku tika ini.

"Aku tak tahu, Aini. Pagi semalam memang elok je kitorang berbual. Tapi malam tadi, aku cuba call dia. Ris langsung tak jawab. Sebab tu aku datang sini. Aku nak tahu kenapa dia buat macam tu. Kalau aku ada buat salah, aku nak minta maaf dekat dia. Kau tahu kan aku sayang Ris?" Keluhan berat dilepaskan. Harraz sampai tak boleh melelapkan matanya malam tadi dek fikirkan Marissa yang senyap tanpa sebarang bicara.

Pelik Aini dengan Marissa ni. Apa masalah wanita itu sebenarnya? Tengoklah, Harraz sampai datang ke rumah ini semata-mata hendak melihat kondisi gadis itu. Dahlah orang panggil tak menyahut. Lepastu, Harraz call pun wanita itu tidak angkat? Marissa ni suka benar buat orang risau!

"Kau tunggu sekejap eh, aku pergi panggil dia. Err, tapi kau tak kesah kan tunggu dekat luar ni? Maklumlah, perempuan je yang duduk dalam rumah ni," ujar Aini serba salah. Nak ajak masuk nanti, tak manis pula. Biar ajelah Harraz berdiri dekat luar ni. Bukan lama mana pun.

"It's okay, aku boleh tunggu dekat luar aje," balas Harraz. Aini menganggukkan kepalanya lalu langkah kaki dilajukan memijak tangga.

Sampai saja di hadapan pintu bilik Marissa, daun pintu diketuk.

"Ris! Buka pintu ni sekejap," panggil Aini dengan kuat. Ini kalau lama lagi dia nak kena ketuk pintu bilik si Mariss ni, mahu lebam juga jari-jemari dia. Dahlah tak lama lagi dia nak berkahwin. Tak pasal-pasal buruk pula jarinya masa Taufik nak menyarungkan cincin nanti. Ceh, tiber!

Tak betah menunggu, Aini terus mencari kunci spare bilik Marissa. Daripada dia tercongok macam patung, baik dia buka aje pintu bilik Marissa menggunkan kunci spare.

"Hoi! Aku punyalah panggil kau macam orang tak betul, rupa-rupanya kau duduk atas katil ni sambil tengok movie eh? Kau ni memang tau!" Satu cubitan dihadiahkan di peha Marissa yang sedang bersila atas katil.

"Sakitlah! Ish, kau nak apa? Jangan kacau aku. Harini, aku nak berkurung dalam bilik seharian!" Jeling Marissa. Tangan Aini ditepis lalu Macbook dibawa ke atas peha. Mengganggu orang sajalah Aini ni!

1.0 | DENDAM CINTA [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now