BAB 29

3.5K 281 14
                                    

"Jom kahwin?"

Agak-agak kalau Marissa nak kumur mulut dia dengan clorox boleh tak? Sekejap duduk, sekejap berdiri. Tak cukup lagi, kuku digigitnya resah. Kan dah cakap, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Jadi, terimalah padahnya ya, Marissa?

Ingatan kembali berterbangan pada momen dimana dia melamar Harraz tadi dengan bibir diketap kuat.

"Serius? Kau tak main-main?" soal Harraz sedikit sangsi. Muka Marissa yang mula pucat itu ditatap. Bukan itu saja, wanita itu seakan gelisah selepas menuturkan bicaranya tadi.

"Be...betullah! Haritu awak sendiri yang cakap kalau saya dah bersedia, saya akan bagitahu awak bila. Sekarang ni, saya dah bersedia. Jadi Harraz Daniel, jom kahwin!" Tanpa teragak-agak lagi, Marissa dengan penuh yakin menutur kata. Kening dijongket memandang Harraz yang seakan tergamam itu.

"Kenapa? Awak taknak kahwin dengan saya?" Melihat Harraz yang membisu itu, akhirnya Marissa membuat andaian sendiri. Wajah yang konon-konon kecewa dilakarkan. Padahal dalam hati tengah merayu supaya Harraz menolak lamaran acah-acahnya itu.

"Bukan... Aku cuma terkejut. Kau tahu kan detik ini yang paling aku tunggu-tunggu sekali?" Laju Harraz menggeleng. Tangan Marissa dicapai. Satu senyuman bahagia terukir di bibir Harraz. Sungguh, dia tak sangka Marissa akan bersetuju. Tidak ada yang mampu Harraz lafazkan melainkan kata syukur.

Sentuhan Harraz mengalirkan rasa halus yang semakin menempel di hati. Dinding jantung diketuk lagi. Gugup.

Tubuh dihempaskan ke atas katil. Mata dipejam rapat dengan satu tarikan nafas yang dalam. Menyesal? Dah terlambat. Kata putus sudah pun diberi.

"Aku buat semua ni demi kau, Lisa. Harraz bakal jatuh ke dalam tangan aku. Aku akan seksa dia macam mana kau diseksa dulu," gumam Marissa penuh perasaan. Lantas, tubuhnya bangkit lalu tangan mencapai gambar Lisa bersamanya. Diusap perlahan gambar itu. Rindu semakin memuncak. Kalaulah dulu dia melarang Lisa daripada bercinta dengan Harraz, pasti detik hitam dulu tidak akan berlaku. Dan dia juga tidak akan kehilangan Lisa.

"Kalau kau terima Qada dan Qadar Tuhan, dendam tidak akan menguasai diri kau. Bahkan, tidak akan ada hati yang bakal terluka. Tapi kerana dendam dan ego, satu jiwa bakal remuk. Sekeping hati bakal berderai." Satu suara halus menyentakkan Marissa. Dia mencari-cari dari mana datangnya suara tadi. Lidah seakan kelu. Bibir bagaikan dijahit rapat. Suara pula tersekat di kerongkong. Tanpa bunyi, tanpa bicara, Marissa terasa dipukul dengan bisikan tadi.

"Janji de...dengan aku yang kau tak a...akan balas semua ni, Ris..."

Mata terkatup sekali lagi. Hati mula berbelah bahagi. Ya, Marissa tahu dia dah mungkir janji pada arwah Lisa. Dengan langkah yang perlahan, Marissa menapak ke tingkap biliknya. Angin malam yang menampar lembut pipinya, membuatkan dia terleka dan terlupa seketika akan memori tadi.

"Marissa," panggil satu suara halus di halwa telinga Marissa.

"Li...Lisa?" Marissa seakan tidak percaya dengan apa yang sedang dia lihat tika ini. Tubuh arwah Lisa yang berpakaian serba putih itu dipandang tidak berkelip. Badan Marissa statik dan terpaku. Tidak ada mana-mana anggota badannya pun yang bergerak. Mata fokus pada arwah Lisa yang kelihatan sedih memandangnya. Kenapa? Kenapa gadis itu sedih?

"Kenapa kau buat Harraz macam tu, Ris? Kau...kau dah mungkir janji dengan aku," Lisa bersuara lirih.

"Lisa... Aku...aku cuma nak Harraz rasa apa yang kau tanggung selama ni, Lisa... Aku buat semua ni demi kau..." Marissa cuba merapati arwah Lisa. Namun, semakin dia dekat, semakin jauh arwah Lisa mengundur ke belakang. Sebak mula bertandang. Kepala digelengkan melihat arwah Lisa yang kecewa memandangnya.

1.0 | DENDAM CINTA [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now