Bab 38

655 82 11
                                    

"IBU! Ibu dengar tak Ayra cerita ni?" Ayra merengek kecil. Rindu pada si ibu kian menebal, ditabahkan juga hati buat menelefon wanita itu walau hanya menerusi panggilan video. Sedih tidak dapat bertemu secara berdepan, jadual dia dan Farhan sejak dua menjak ini sangat padat.

"Ye, ibu dengar. Dah kalau parents dia tetap dengan keputusan juga, nak buat macam mana? Kalau dah jodoh, perasan tu akan hadir juga" Ayra mencebik menerima balasan ibunya. Konon nak mengadu minta support, kamceng dengan mak sendiri...tapi, biasalah mak-mak. Mimpilah nak gossip sama. Perasan akan perubahan wajah ibunya, Ayra terus bersuara.

"Ibu kenapa? Asyik termenung je. Ibu ada problem ke? Sharelah" berusahah mengasak ibunya memberi luahan. Puan Marina menggeleng bersama senyum tipis. Ayra menarik muka tidak berpuas hati.

"Tipu! Sharelah..."

"Nenek" kening sebelahnya terjungkit serta-merta.

"Kenapa dengan nenek?"

"Dia sakit balik"

"Ha?!" Badan yang tadinya kendur kian menegak. Terkejut dengan berita yang disampaikan. Satu keluarga sudah maklum dengan kanser paru-paru yang dihidapai neneknya. Pelbagai cara diusahakan, namun tetap menemukan jalan buntu. Tiada perubahan. Bila ditawarkan dengan rawatan imonuterapi, langsung ditolak. Katanya tidak mahu terlalu bergantung pada rawatan mahal semata-mata dan usaha sekadar yang mampu. Selebihnya, dia redha akan ketentuan tuhan.

"Ibu..." Ayra diam menunggu ibunya menyambung bicara. Skrin telefon ditatap senyap, merenung ke segenap wajah putih bersih itu. Sesekali dia perasan akan Farhan yang menjeling dari jauh dengan wajah keliru.

"Ibu nak balik kampung. Boleh?"

"Eh, mestilah boleh. Nak Ayra teman?" Punggung diinjak sedikit memberi ruang buat Farhan yang ingin melabuhkan punggung di sebelahnya. Tangan di bawah menepuk-nepuk peha lelaki itu agak menjauh. Sofa sebesar alam masih nak berhimpit. Lepas ni, guna kerusi roda je.

"Eh, tak apalah. Ayra kan ada kelas, tolong hantar ibu dekat LRT nanti ibu pergi sendiri. Macam mana?"

"LRT? Farhan ajelah yang hantar. Nanti banyak tambang nak tampung bu. Taxi or grab sekarang bukan boleh percaya sangat. Lagipun, berapa jam je. Farhan hantar eh?" Farhan mempelawa. Wajah bertudung Puan Marina mereka tatap diam. Wanita itu termenung seketika memikirkan jawapan. Dia tak mahu menyusahkan anak dan menantunya. Tapi, kata Farhan ada benarnya.

"Okay lah. Tapi, ibu tak bawa kembar tahu. Diorang ada exam, ibu takut tak terulang kaji diorang kat sana" balasan Puan Marina buat mereka tersenyum tipis. Anggukan diberi tanda faham.

"Ajaklah diorang tidur sini. Ayra selalu balik kelas alone kat rumah. Farhan kerja. Boleh eh?"

"Tak kacau kamu berdua ke?"

"In this house, the silent is too loud. Ada monyet dua ekor tu bolehlah kasi meriah sikit, alah ibu ni" Ayra senyum senget. Adalah juga peneman bila Farhan hantar dia ke rumah lepas kelas, dari dia duduk termenung aje.

"Ish, eloklah panggil adik macam tu! Yelah, nanti ibu bagitahu diorang. Farhan bila free dalam minggu ni?"

"Dia kan boss. Cuti jelah bila-bila" Farhan menjegil isterinya sekilas. Ayat macam nak kata dia ni jadi bos kerja goyang kaki je. Amboi!

"Hmm, kalau ibu nak cepat esok pun Farhan okay"

"See, I told you" Ayra jungkit kening memandang Farhan dengan sengihan tak bersalah. Bahu lelaki itu ditampar-tampar tanpa sebab.

"Ingat senang ke jadi bos?" Farhan berbisik perlahan.

"Hei, ingat senang ke jadi bos? Kamu tak ingat tahun lepas ayah kamu struggle macam mana sampai bankrupted? Ini bukan drama jadi CEO kerja goyang kaki sayang, nak balance family lima orang pun boleh terumbang-ambing. Nak handle company beratus perkerja, projek dan marketing apatah lagi? It's a great job your husband really doing fine with it" panjang lebar Puan Marina membalas. Ayra mencebik. Sudahlah, mengalah nak bergurau dengan ibu sendiri.

"See, I told her" bahunya disenggol Farhan. Seronoklah, ibu mentua back up dia!

Melihatkan wajah mendung itu, Farhan ketawa. Tangannya naik pada bahu gadis itu lalu ditarik merapat ke bahunya. Membisikkan sesuatu di telinga kiri isterinya. Terbuntang mata Ayra mendengarkan bicara Farhan itu. Makin galak tangan kurus itu mencubit-cubit seluruh tubuhnya.

'Muka awak buruk kalau mencebik. Macam platipus. Hahahaha'

"Kalau kamu berdua nak bergula depan ibu, tolong matikan call. Ibu sendu ni. Nak harap ayah kamu balik, ibu masuk kubur nanti dia baru nak start kereta" terbahak-bahak mereka ketawa mendengarkan balasan sendu dari Puan Marina di dalam skrin. Boleh tahan juga mulut ibunya ini. Ayra menekup mukanya melepaskan tawa, hodoh nak kasi Farhan tengok!

"Ibu...t...tak...boleh..ber..henti gelak! Tolong bu!" Farhan bersuara tersekat-sekat berselang tawa yang masih belum reda. Begitu juga Ayra yang sudah rebah ke lantai menahan tangan di perut. Lawak ibu dia biasa aje, tapi dengar Farhan gelak dia tergelak juga. Kalau dengan tiara ni, dua-dua dah K.O atas lantai.

"Hesy, dah dah. Lamanya gelak, lawak sangat ke? Ibu mengantuk. Bye assalamualaikum. Bagi ibu cucu cepat sikit. Farhan, esok lepas dhuha kita gerak. Faham?"

"Faham, ibu" Farhan tahan senyum.

Talian dimatikan begitu sahaja. Telefon diletak ke tepi. Rambut panjangnya yang sudah kusut dibetulkan semula. Terasa bahunya dicucuk-cucuk, Ayra berpaling.

"Apa?"

"Dengar tak ibu cakap apa tadi?" Farhan tayang senyum nakal. Ayra menarik mukanya, dah mula dah.
Tak apa, pura-pura innocent.

"Esok lepas dhuha gerak? Why?"

"Bukan yang itulah, sayang"

"What? Bye? Assalamualaikum? Ibu mengantuk?" Tuhan, jauhkan dia dari sisi Farhan yang satu ini. Sungguh cringe dan menggelikan!

"Ibu nak cucu cepat sikit" bisik lelaki itu ditelinganya. Lantas bahu Farhan ditolak menjauh. Ayra pasang riak bosan seraya melepaskan keluhan.

"Itu ajekan dalam otak awak? Pergi fikir pasal bahan binaan sana" lengan lelaki itu dibahunya, ditolak. Berdiri kemudian naik ke tingkat atas lalu merebahkan badan ke atas katil dibilik mereka. Getah rambut dibuka lalu dicampak ke lantai.

Cantik betul perangai!

"Macam mana nak fikir pasal bahan binaan kalau otak saya hanya penuh dengan cara nak bina cinta dengan awak?" Perlahan-lahan lelaki itu mengensot mendekatinya. Ayra tayang riak selamba. Tak terkesan langsung. Tolonglah, pickupline jenis apa itu?

"I have a better one"

"Awak tahu tak apa...beza awak dengan assignment saya?" Ayra baring mengiring bersama sebelah tangan yang menongkat kepala. Senyum dicarik sambil membalas renungan nakal lelaki itu.

"Kalau dengan saya, awak dapat cinta. Dengan assignment, awak dapat sakit kepala. Easy" confident. I like! Ayra berbisik sendiri.

"Salah"

"Habis tu?"

"Jawapan dia...tak ada beza. Dua-dua saya malas nak layan" serentak itu, gebar ditarik menutup seluruh tubuh dari hujung rambut sampai hujung kaki. Dibiarkan Farhan yang termanggu sendirian. Dalam hati, dia sudah ketawa jahat.

"Malas nak layan eh? Okay. Tengoklah siapa cari siapa esok. I dare you to not touch me for a day. Starting tomorrow, 12pm. Midnight" Farhan rebahkan badannya di sebelah Ayra. Mulut masih lancang mencabar.

"Easy"

"Alright. Deal?"

"Deal with a wide open heart!" Ayra menjerit dari dalam selimut. Farhan ketawa, dengan segala kesempatan yang dia ada, ditarik juga Ayra mendekat padanya. Takut nanti dia yang tak tahan rindu. Gila tak sentuh seharian? Kebaikan, boleh jaga wudhu' untuk banyak waktu. Keburukan, tak boleh salam? No way!

Namun apakan daya, dia yang mulakan game ni. Jadi, tanggung sendirilah jawabnya. Sahlah hanya dia seorang yang akan menggila nanti. Nak harap Ayra rasa demikian? Masuk kubur nanti, baru dia nak start nangis.

TBC.

Chapter ni pendek (kut) dan agak hambar? Hahaha.

𝐊𝐄𝐄𝐏 𝐇𝐄𝐑 ©Where stories live. Discover now