Bab 39

685 83 19
                                    

"DUE  date is postponed until next week. I ada appointment lain kena hadir lusa ni. So, there's no other reason for you to not finished your work. Okay? The period of time I gave you is long enough " umum Madam Hanis kepada semua pelajarnya. Ayra yang berada di atas masih ralit mencatat beberapa perkara di dalam buku notanya. Mata meliar mengesan satu-satu wajah teman sekumpulannya kemudian sambung menulis. Lengannya tiba-tiba ditampar dari tepi. Kepala dikalihkan pada Widya di sebelahnya.

"Apa?"

"Baliklah. Rajin betul" gadis itu sudah menggalas beg hitamnya. Tudung yang sudah herot dibetulkan. Ayra angkat bahu, kemudian setelah selesai menulis dia menutup buku notanya lalu dimasukkan ke dalam beg. Botol air di tepi kaki kerusi juga dicapai.

Baru saja hendak bangun dari kerusi dia menangkap anak mata Madam Hanis yang sekali-sekala mengerling ke arahnya dan fail hitam ditangan wanita itu secara bersilih ganti. Dahinya berkerut sebentar. Apabila wanita itu mengangkat wajahnya, Ayra cepat-cepat menghulur senyum dan tunduk pamit. Kekok. Madam Hanis tidak membalas, malah sekadar mengangguk.

"Yaya!" Mendengarkan nama Widya diseru, Ayra turut sama berpaling. Emma, sepupu Widya yang meminta pertolongannya hari itu berlari-lari anak ke arah mereka.

"Nenek dah sedar. Jom, gerak" serentak itu, lengan Widya ditarik Emma. Hampir terjelopok jatuh gadis itu dibuatnya. Beg Widya pula terjatuh dari bahu dan isi dalamnya bersepah dilantai. Emma menekup mulutnya, terkaku. Ayra ketawa seraya mendekati Widya dan membantu mengutip barangan gadis itu.

Selesai mengutip barang, sekali lagi tangan Widya ditarik. Tergesa-gesa Emma ingin berlalu. Mulutnya tak berhenti berleter, bagaikan ibu yang memarahi anaknya. Walhal, siapa yang tarik siapa sampai jatuh?

"Bye, Ayra. See you!" Tergeleng-geleng kepalanya melihat dua sepupu itu. Baru setapak ingin melangkah, dia terasa seperti terpijak akan sesuatu. Kepala ditundukkan ke bawah, terpandangkan sekeping kad kecil lalu tangan direngangkan mengambil kad itu. Tertera nama penuh Widya di situ.

NASOM Tuanku Ladina
Pakar psikologi kanak-kanak,
Widya Amani Ahmad Daud.

"Girl, are you going to stay there forever?" Tersentak tatkala suara Madam Hanis menyingga halwa telinganya. Tertunduk-tunduk dia meminta maaf dan segera keluar dari dewan kuliah itu.

Kad ditangan sekali lagi dipandang. Berkerut dahinya membaca nama dan jawatan gadis itu. Widya, pakar psikologi kanak-kanak? Di usia muda? Bukankah mereka baru sahaja memulakan pengajian degree?

Pon!

Sekali lagi dia tersentak. Cepat-cepat tangan naik memegang dada. Memang hari ini semua orang nak bagi dia heart attack ke? Nafas ditarik dalam lalu dihembus. Farhan yang melambai dari dalam kereta dipandang dengan rengusan. Kalau ada sakit jantung ni, memang dia dah rebah dekat lantai ni juga!

Kad Widya tadi disimpan di dalam beg. Rasa ingin tahun mula menebal. Banyak benda yang tak tahu tentang gadis itu. Benda yang dirasakan seolah-olah besar dan penting malah terasa dekat dengan jiwanya.

•••

"Dua kali lima?"

"10"

"Lima kali...?" Aiman senyum mengusik. Saja nak bagi Aniq dosa.

"Kau" Aniq membalas selamba. Apa? Ingat dia blur sangat sampai nak termasuk dalam perangkap Aiman?

Aiman mencebik. Alahai, ingat fokus sangat sampai tak ingat akhirat. Baru nak kacau. Kaki dihentak-hentak ke lantai marmar ruang tamu mewah abang ipar dan kakaknya. Mula-mula, memang teruja nak datang. Bila dah sampai, lesap terus rasa itu. Bosan betul rumah ni. Tak terlalu besar dan tak terlalu kecil, sederhana. Tapi, tetap rasa macam duduk dalam gua. Sunyi dan tiada benda menarik. Kalau bukan dengan bantuan podcast lagu abang Farhan, mungkin dia sudah hantuk kepala ke dinding akibat bosan yang melanda. Aniq pula, fokus betul!

𝐊𝐄𝐄𝐏 𝐇𝐄𝐑 ©Where stories live. Discover now