BAB 31

3.8K 292 11
                                    

     MATA masih menatap lama dua keping gambar itu. Wajah Harraz dan Damian ditenung bersilih ganti. Memang iras muka mereka. Kalau tak perasan tahi lalat yang berada di tepi bibir Damian, pasti orang akan sangkakan lelaki itu adalah Harraz.

Tinggal Marissa seorang saja duduk di atas bangku itu. Selesai saja tugasnya, Iqbal terus saja pulang. Namun, sempat lagi dia meminta maaf kepada Marissa atas kecuaiannya sendiri. Tapi nak buat macam mana lagi? Kalau Marissa ada kuasa untuk memutarkan masa, memang dah lama dia putar dan kembali pada waktu dia menyuruh Iqbal siasat akan lelaki bernama Harraz. Apakan daya, nasi sudah menjadi bubur. Nak menyesal pun dah tak ada guna.

Nak salahkan Iqbal pun tak boleh juga. Marissa pun ada silap dia sendiri. Itulah, siapa suruh tak ambil tahu pasal teman lelaki Lisa dulu? Sekarang, tengok apa dah jadi!

"Harraz... Maafkan saya..." lirih dan penuh sesal Marissa membisik. Kepala digeleng-geleng cuba menafikan kenyataan itu. Tak cukup lagi, kepala pula menekur batu-bata di atas tanah. Tanpa dipinta, air matanya tumpah buat entah keberapa kali. Sebu sungguh sangkar dada Marissa tika ini.

"Kau akan menyesal dengan apa yang kau buat sekarang ni, Ris."

"Aku menyesal? Tak mungkin, Aini. Dia yang sepatutnya menyesal! Semuanya disebabkan sikap dia. Sikap yang akan makan diri dia semula!"

Mati kata. Ya, Marissa mati kata. Terasa dunia yang sedang berputar berhenti seketika. Terasa isi dunia sedang tersenyum mengejek ke arahnya.

Kerana apa?

Sudah tentu kerana kata-kata yang memakan tuan semula. Setiap butir bicara yang dibuang, pantas dikutip dan disuap ke mulut semula.

Sikap yang akan makan diri dia semula.

Sikap yang akan makan diri dia semula.

Berulang tayang ejekan dia dulu memenuhi ruang fikiran.

Kalau sebelum ini kata-kata itu ditujukan buat Harraz, namun tidak untuk hari ini.

Kerana semua lemparan itu kembali berpatah balik dan menembak terus ke dalam diri seorang Marissa. Lebih tepat lagi, ludahnya kembali dijilat semula.

Cut!

Lakonan yang sudah tamat di pertengahan jalan. Tanpa sedar, sebuah cerita yang kononnya ingin ditamatkan, akhirnya terhenti separuh jalan.

Lebih perit lagi, baru saja tengahari tadi Harraz dan Marissa membincangkan hal mereka. Apatah lagi ianya sudah melibatkan keluarga belah lelaki. Kononya minggu depan dia akan bertemu dengan bakal mama dan papa mertuanya.

Bukan main bersorak riang lagi hatinya apabila teringat akan Harraz yang sudah jatuh ke dalam genggaman. Sangkanya, tembok dendam yang dibina akan kekal hingga ke garisan penamat. Namun, perancangan Tuhan itu lebih baik. Segalanya terbongkar sebelum Marissa sempat melunaskan rancangannya.

Kebenaran itu muncul.

Tapi, lidah sudah terlajak kata.

Tembok dendam perlahan-lahan mula terhakis.

Dan paling dahsyat sekali, penyesalan mula bertakhta dalam diri.

Maaf?

Kalau Harraz tahu niat asalnya hanyalah untuk membalas dendam, mahu ke lelaki itu memaafkannya?

Lagi satu, layakkah dia menerima sebuah kemaafan? Atau dibiarkan saja diri terus hanyut dengan rasa berdosa ini?

Bagaimana pula dengan janji yang sudah ditabur kepada lelaki itu? Perlu ke dia berterus-terang dan membatalkan saja niatnya itu?

1.0 | DENDAM CINTA [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now