BAB 37

3.4K 280 34
                                    

"MARRY ME?"

Cukup dengan dua patah perkataan itu, jantung Marissa kembali berdetak laju. Dada yang mula kacau-bilau dipegang. Tidak percaya dengan apa yang baru dia dengar tadi. Serius, Harraz kembali melamarnya? Tidak serikkah lelaki itu?

"Awak jangan bergurau la, Harraz. Dulu ya, saya mengaku saya setuju nak berkahwin dengan awak atas kepentingan diri saya sendiri. Tapi sekarang ni, awak pun dah tahu semuanya kan? Jadi, kenapa awak masih nak teruskan dengan niat tu? Sepatutnya, awak tengah kecewa dengan saya. Bukan ajak saya kahwin!" bantah Marissa. Tangannya kembali ditarik.

Bukan marah, tapi Marissa sendiri keliru dengan diri dia. Memang dia sudah agak, isu perkahwinan itu akan dibangkitkan semula oleh Harraz. Kala ini, Marissa terkontang kanting memikirkan jawapan apa yang perlu dia beri. Tolak atau terima saja? Haih, rungsing betul!

"Soal kahwin, aku tak pernah main-main Marissa." Harraz menggeleng kecil. Dia akan cuba sebaik mungkin untuk meyakinkan wanita itu bahawa dia benar-benar serius untuk menjadikan Marissa sebagai isterinya yang sah.

"Awak sedar tak apa yang awak cakap ni, Harraz? Dekat depan mata awak sekarang ni Marissa Jasmine bukan Orkid Dhialisa! Awak cintakan Orkid, bukan Marissa!" sanggah Marissa bersungguh-sungguh.

"Bukan Marissa dan Orkid adalah orang yang sama? Cuma nama saja yang berbeza. Jadi tak salah pun rasanya sama ada Marissa atau Orkid yang aku cinta. Tak kesahlah nama yang mana satu sekali pun, apa yang aku tahu, aku dah jatuh cinta dengan tuan punya badan."

Terdiam Marissa buat seketika. Dia punyalah serius, Harraz pula selamba berkata begitu kepadanya? Geram!

"No! Nama saya Marissa Jasmine!"

"Yalah, nanti masa akad, aku lafazkan nama sebenar kau. Aku terima nikahnya Marissa Jasmine binti..."

Pap!

Tak sempat Harraz nak habiskan lafaz kabulnya, Marissa terus memukul bahu lelaki itu dengan beg tangannya sekuat hati. Mata mencerlung tajam memandang Harraz. Orang tengah serius, lelaki itu boleh berseloroh pula! Tak kelakar okey!

Uish, boleh tahan sengal juga bahu Harraz. Kena hempuk dengan beg tangan, mana maunya tak sakit? Marissa ni kira ganas juga. Tapi tak mengapa, Harraz tetap suka. Aum!

"Sakitlah, sayang..." adu Harraz mahu mengada-ngada. Bahunya digosok dan muka pula mula monyok. Konon-konon merajuk la tu?

"Padan muka! Siapa suruh awak main-main?" garang Marissa menyoal. Air di atas meja disedutnya bagi menghilangkan bara di hati.

"Ala, melawak aje." Harraz mencebir bibir tanda sedih.

"Hello! Awak punya melawak tu tak kelakar ya, Mr Harraz!" mata terus menjeling tajam Harraz. Nasib baik dia tak hempuk beg tangannya di kepala lelaki itu. Biar otak biulnya kembali normal.

"Okey-okey. Aku minta maaf. Aku cuma bergurau saja tapi..." Harraz tidak menyambung kata. Dibiarkan wanita itu menunggu sambungan ayat daripadanya.

"Tapi apa? Hish, cuba cakap tu bagi habis!"

Harraz diam sejenak. Melihat Marissa yang seperti mahu menyinga itu, makin galak dia menyakat wanita itu. Diam membatu tanpa sebarang suara.

"Harraz!" Marissa memetir separa kuat. Geram melihat Harraz yang cuma buat pekak.

"Tapi aku serius ajak kau kahwin. Aku ikhlas nak jadikan kau sebagai isteri aku, Marissa." Harraz kembali bersuara. Namun kali ini nadanya kedengaran serius. Dia memanah tepat renungannya ke dalam anak mata Marissa.

Drastiknya wajah Marissa terus berubah menjadi cuak dan gugup tanpa disangka.

"Gila!" desis Marissa perlahan.

1.0 | DENDAM CINTA [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now