BAB 40

4.3K 322 77
                                    

sambil baca tu, meriahkanlah chap ni dgn komen korang tu. Sedih ya tgk buku ni mcm sendu je haha 🤪
___________

     BEG tangan dicampak kasar ke atas katil. Rambut separas bahunya dikusutkan. Serabai. Itulah keadaan diri dia tika ini. Memang tak ubah seperti orang kurang siuman.

Kakinya dibawa pula ke meja solek. Pantulan diri diperhatikan sambil kepala digelengkan laju. Dan tanpa sedar, mutiara jernih mula laju mengalir membasahi pipinya. Bibir yang dicalit dengan gincu merah pantas ditonyoh semahu-mahunya. Habis comot wajahnya dengan sisa gincu dan air mata yang mula bercapok.

"Aku benci kau Marissa Jasmine!" jeritnya lantang. Tangannya laju saja menyepahkan alat-alat mekap yang disusun di atas meja solek. Habis kesemuanya bertaburan di atas lantai. Tak cukup lagi, dia mengambil vase kosong di tepi katil lalu dibalingnya mengena tepat permukaan cermin.

Prang!

Berderaian kaca di atas lantai. Meskipun begitu, Nana masih tidak berganjak menjauhi serpihan kaca yang sudah bersepah. Malah, serpihan kaca yang kecil itu dikutipnya. Dan tanpa berfikir panjang, hujung serpihan kaca yang tajam itu dihiris laju pada lengannya.

"Argh!"

Jeritan Nana memenuhi segenap ruang bilik sederhana besar itu. Lutut mula terasa longlai dan perlahan-lahan dia melorot jatuh di atas serpihan kaca. Tapak tangan yang luka dibiarkan saja. Darah yang mengalir laju di lengan dipandang tanpa perasaan.

"Kenapa korang perlu kahwin huh?" Tapak tangan digenggam dengan kuat. Tidak dihiraukan langsung rasa sakit yang mula menjalar. Sakit di tangannya ini tidak setanding dengan rasa sakit di hatinya saat ini!

"Harraz sepatutnya jadi milik aku, bukan milik kau Marissa!" tempik Nana. Berjujuran air matanya tanpa henti.

Sakit.

Kecewa.

Benci.

Dan yang paling ketara, perasaan dendamnya pada Marissa. Bibir diketap kuat sehinggakan ada cecair merah yang mula membasahi bibirnya. Akibat gigitan Nana yang terlalu kuat, bibirnya mula pecah dan berdarah.

Beg tangan ditarik. Tangan merayap mencari barang yang mahu dikeluarkan. Jumpa saja barang yang dicari, pantas ia dibawa keluar.

Tunak matanya merenung tajam kad jemputan kahwin yang kini berada di tangannya. Tertera di muka hadapan kad itu pasangan bernama Harraz Daniel dan Marissa Jasmine.

Kalau ikutkan hati, memang mahu dikoyak saja kad jemputan kahwin tersebut. Namun, hati cuba disabarkan sehabis baik.

"Kalau aku tak dapat miliki Harraz, takkan ada seorang perempuan pun yang boleh miliki dia! Termasuk kau sekali Marissa Jasmine!" sinis Nana berkata. Deruan nafasnya kedengaran berat. Dada mula sesak. Ah, pasti asmanya kembali menyerang!

Mata dikatup buat seketika. Perlahan-lahan Nana cuba mengawal nafasnya. Dada dipegang. Tika ini, yang kedengaran cumalah hembusan nafas yang semakin stabil. Dia tidak mahu bergantung lagi pada inhaler.

Dalam beberapa minit, Nana kembali membuka mata. Sisa air mata yang semakin kering pantas diseka. Tidak menunggu lama, laci meja dibuka dan sebilah pisau dan pewarna merah darah dibawa keluar.

Lalu, Nana sekali lagi menyeluk ke dalam beg tangannya dan sekeping gambar yang pernah ditunjukkan pada Shafqi tempoh hari dikeluarkan. Lidah menjilat rakus bibirnya yang masih berdarah.

"Hehehe," ilainya sambil menyengetkan kepala. Hujung pisau dicelup ke dalam pewarna merah tersebut.

"Mula-mula, aku akan pisahkan korang berdua dulu," kata Nana lalu pisaunya ditekan di antara kedudukan Harraz dan Marissa. Sambil menjilat bibirnya, Nana memotong kepingan gambar tersebut kepada dua bahagian.

1.0 | DENDAM CINTA [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now