Part 12

540 83 12
                                    

Sandstorm termenung, tangannya berhenti daripada menulis. Pen yang menyelit dicelah jari jemarinya diputar.

Kata-kata ayahnya sebelum makan malam tadi, masih tergiang-ngiang di benak fikirannya.

"Kenapa daddy cakap macam tu? Apa maksud dia?"

Dahinya berkerut memikirkan hal tersebut, benda itu sedikit sebanyak menganggunya.

Kreak..

Lamunan Sandstorm terpadam apabila terdengar pintu biliknya terbuka. Pantas dia menoleh.

Ibunya. Raut wajahnya berubah tatkala melihat kedatangan Gempa ke biliknya.

Gempa tersenyum canggung kerana dipandang sedemikian rupa. Tatapan benci.

Dia kuatkan hati, perlahan dia berjalan menerpa ke arah sang anak lelaki tunggalnya yang duduk di meja belajar.

"Maaf mengganggu kamu belajar, mom cuma nak kasi kamu susu dengan buah je. Momma letak sini eh?"

Gempa meletak segelas susu dan semangkuk buah-buahan di atas meja.

Sandstorm hanya memerhatikan ibunya dengan lirikan mata yang tajam.

"Hemm, mom keluar dulu. Semangat buat kerja sekolahnya. Gudnite sayang."

Gempa tersenyum pada Sandstorm. Di saat dia mahu berpaling, Sandstorm buka suara. Kata-kata yang keluar daripada mulut remaja itu mampu membuat hatinya ditusuk dengan pisau.

"Kau tak perlu susah-susah buat benda ni lah. Kau ingat kau buat semua ni, aku akan cair and terima kau sebagai ibu aku? Jangan harap!"

Senyum Gempa pundar, diganti dengan pandangan teduh. Perasaannya seperti disiat-siat dengan perkataan Sandstorm itu. Dia cuba tersenyum namun tidak boleh.

"Ke..kenapa? Mom cuma nak rapat dengan anak mom sendiri. Kamu tau tak apa perasaan mom bila dibenci oleh anak sendiri? Sakit.."

Sandstorm senyum sinis.

"Sakit ke?"

Pertanyaan sinis itu, makin membuat hati Gempa sakit. Tangannya terkepal, menahan rasa amarah. Dia tatap mata Sandstorm.

"Kamu memang tak ada hati ya? Keras macam batu!" nada suara Gempa sedikit menaik.

Sandstorm bingkas bangun, dia berdiri mengadap Gempa.

Dia merenung Gempa tajam, begitu juga dibalas sengit oleh Gempa.

Kini dia sedikit berani menentang pandangan dingin sang anak.

"Ya, aku memang tak ada hati. Bagi aku kau tetap orang asing. Kasi tau aku, macam mana lagi nak benci kau. Hm, rasanya tak perlu kut. Sebab apa pun kau buat, tetap aku benci."

Pang!

Api kesabaran Gempa tidak dapat ditahan, terlepas juga tangannya naik ke pipi Sandstorm sejurus menitiskan air mata.

Sakit. Kata-kata Sandstorm selalu menyakitkan hatinya. Kali ini amat sakit.

"Dasar jalang, berani betul kau.."

"Sandstorm!"

Ucapan Sandstorm terhenti apabila ada yang menjerit namanya. Dia terdiam dengan kedatangan Halilintar, namun dia senyum sinis.

"Kenapa? Marah Sand panggil lelaki ni jalang? Mestilah marahkan, sebab lelaki jalang ni kan isteri daddy. Jalang.."

"Shut up Sandstorm! Stop it! Ya, saya memang jalang! Jalang daddy kamu kan? Kamu nak benci saya, benci lah sepuas kamu! Saya menyesal pernah melahirkan dan membesarkan anak seperti kamu. Saya amat kecewa dengan kamu Sandstorm."

Gempa mengucapkan kata-kata itu dengan derai air mata, setelah itu dia beredar pergi meninggalkan dua beranak yang terpaku terutama sekali Sandstorm.

Bahkan bahasa Gempa mulai lain, sudah tidak membahasakan dirinya mom. Sepertinya lelaki itu sudah terlanjut kecewa dengannya.

Dia berdecit, menghalang rasa yang mahu singgah.

"Tch, merajuk lah tu. Dasar jalang, minta perhatian. Daddy pergi lah pujuk, si jalang.."

Sandstorm mengetap bibir, tidak jadi mahu menghabiskan ayatnya tatkala mendapat panahan penuh amarah milik ayahnya.

Halilintar merenungnya tajam dengan iris merah miliknya.

Tatapan mata Halilintar terlihat marah dan juga.. Kecewa.

"Kamu memang dah melampau Sandstorm. Daddy tak pernah didik kamu untuk jadi manusia yang tiada pendidikan. Mom dah kecewa dengan kamu, apatah lagi daddy?"

Halilintar berjeda, dia menarik nafas. Meredakan emosinya untuk tetap tenang, walaupun rasa marah terhadap Sandstorm.

"Daddy tak akan maafkan kamu selagi mom tak berikan kamu kata maaf. Renungkan kesalahan kamu. Jika suatu hari nanti kamu menyesal, jangan salahkan orang lain melainkan diri kamu sendiri Sandstorm."

Halilintar membuang muka kearah lain, setelah itu dia berlalu pergi daripada bilik anak tunggalnya.

Kepala Sandstorm jatuh tertunduk, kedua tangannya terkepal. Bibir diketap.

Dia memejam mata rapat-rapat, tidak terasa birai matanya berair.

Kini kedua orang tuanya membencinya dan kecewa akan dirinya ini.

Amat sempurna Sandstorm. Bukankah itu yang kau mahukan?












Tbc...

Hehehe kolot betul chapt ni kan? Mungkin sebab lama tak up, jadi hampa sedikit :).

45 vote for next chapt ❤ 😌

I'm Sorry Mom.. (HaliGem) [SU]Where stories live. Discover now