Bab 44

771 91 38
                                    

FARHAN merengkok kesejukan.
Betul-betul dia kena tidur luar malam ini. Mana tidaknya, buku yang dia rosakkan, sign copy limited edition, penulis kegemaran perempuan tu dan ada wish good luck in life lagi. Kalau dia jadi Ayra pun, dia buat benda sama rasanya.

Haih, tulah kau. Cari gaduh lagi dengan perempuan mengandung
plus baran.

Badan diselesakan diatas sofa, kepala diangkat menjeling ke pintu biliknya. Gelap, mungkin Ayra sudah tidur. Selimut yang jatuh di tepi sofa diangkat semula, menutup seluruh tubuhnya. Sebelah tangan dilabuhkan di atas dahi, merenung siling putih di atasnya. Mata dipejamkan, cuba untuk terlelap.

Lima minit kemudian, kedengaran pintu dibilik atas terbuka. Farhan tarik sengih, badan dipusingkan menghadap dada sofa. Disorokkan wajahnya yang jelas tersenyum. Derap kaki seseorang mula mendekatinya. Rindu lettew!

"Farhan..."

"Pstt..." Dahinya berkerut sedikit. Garaunya suara tu. Tak mungkin suara Ayra. Perompak? Sopan betul panggil-panggil. Siap tahu nama lagi!

Penumbuk dikepal, siap untuk menyerang. Selawat tiga kali,
terus dia melompat turun dari sofa dan menindih sesiapa sahaja yang berdiri disebelah sofanya ketika itu. Penumbuk diangkat ke udara, bersedia untuk melepasnya.

"Oi, ini akulah..." Tangan yang hendak melepaskan tumbukan tadi terhenti. Mata turun memandang gerangan yang berada di bawahnya.

"Idris? Apa kau buat sini!" Farhan bangun dari tubuh lelaki itu. Kolar baju Idris ditarik dan ikut berdiri bersamanya.

"Kau kena tolong aku" tercungap-cungap lelaki itu bernafas, Farhan panjangkan leher menjenguk bilik tidur mereka. Pintu tertutup rapi, Ayra selamat.

"Kau tak ada cara communication lain ke kalau nak aku tolong pun? Buatnya bini aku tengah tak bertudung ke, apa ke? Haih" otak masih lambat memproses, kenapa lelaki ni tiba-tiba muncul di rumahnya, tercungap-cungap bernafas, meminta tolong dan dia perasan akan kesan lebam dihujung bibir itu.

Mungkin ada hikmah dia kena halau tidur luar malam ni, kalau tak mesti Idris sudah masuk bilik mereka untuk mencarinya. Kalau Ayra yang tangkap, memang habislah dia jawabnya.

"Dengar dulu...bini aku kena culik"

"Ha? Dengan siapa?"

"Aku tak tahu, tapi dia ada tercicir ni"

Kalung perak berukir ular ditengahnya. Dibawah ukiran timbul itu terukir pula huruf 𝐈. Berkerut dahinya cuba memproses makna abjad itu. Mata mengerling ke arah Idris yang bercekak pinggang mencari nafas.

"Anak-anak kau macam mana?"

"Diorang ada dekat rumah mentua aku. Aku keluar dengan anak-anak aku cari makanan untuk bini aku. Dia mengidam. Aku sampai rumah, tengok ada dua orang lelaki angkat bini aku tengah pengsan bawa masuk kereta. Aku cuba lawan, tapi terlepas juga. Tolong aku Farhan... isteri aku" terduduk dia merayu. Kaki Farhan dipegang meminta pertolongan.

Hendak dijadikan cerita, terdapat beberapa perselisihan kefahaman diantara dia dan Amani. Terbongkar rahsia saat dia cuba melamar Ayra dahulu, puas meminta maaf namun hati wanita itu tidak mahu menerima. Masakan tidak, suami sendiri senyap-senyap melamar perempuan lain. Sedangkan si isteri sedang sarat mengandung membawa benih lelaki itu. Rasa menyesal dan serba salah tidak dapat diusir. Macam-macam cara Idris cuba, layankan kehendak isterinya, kasih sayang, perhatian dan waktu dikhususkan hanya buat Amani. 

Malam ini, dia masih lagi cuba untuk memujuk isterinya. Belikan makanan yang diidami wanita itu. Setelah dia pulang, lain pula yang jadinya.

"Aku suami yang teruk. Aku tak jaga isteri aku" Idris bersuara sebak. Andaikan dia tidak sempat menyelamatkan isterinya, dialah lelaki paling terseksa. Wanita baik dan taat seperti Amani adalah rugi untuk dilepaskan. Malah cinta buat isterinya juga akan kekal memakan diri yang tidak tahu erti menghargai ini.

𝐊𝐄𝐄𝐏 𝐇𝐄𝐑 ©Where stories live. Discover now