Lima puluh dua

1.3K 205 1K
                                    

Yongbok duduk di sebelah Jeongin, dia mengambil tangan kanan Jeongin lalu digenggamnya perlahan.

"Cinta." panggil Yongbok.

"Apa?" sahut Jeongin yang fokus bermain Candy Crush di tablet milik Chan. Yongbok menghembus nafas.

"Cinta tak nak tolong Li pujuk Munah ke?"

"Takde kerja aku, dia dah pandai berbuaya pandai-pandai lah pujuk bini." jawab Jeongin.

"Tapi abang takut kalau Munah dah tawar hati dengan Rosli. Boleh cinta pujuk Munah? Abang tak nak keluarga kita jadi suram macam ni." pinta Yongbok. Jeongin berhenti bermain Candy Crush, dia menoleh ke Yongbok yang sedang menatapnya dengan penuh harapan.

"Please, my love?" pinta Yongbok.

"Haih, nantilah aku cakap dengan Munah tu."

Hyunjin sedang dalam perjalanan menuju ke markas perkumpulan Bawang Rangers alias rumah Seonghwa. Tiba-tiba dia terlanggar bahu seseorang.

"Sorryー" Hyunjin terdiam apabila menyedari bahawa orang itu adalah wanita yang telah membuat hubungan dia dan Jisung retak.

"Hai, Maimunah." sapa wanita itu dengan senyuman yang sinis, menurut Hyunjin. Hyunjin memutarkan mata dan ingin menyambung berjalan namun wanita itu menahan lengannya.

"Ish, kau nak apa?" tanya Hyunjin dengan nada menyampah.

"Sombong." ujar wanita itu diringi dengan gelak halus. Hyunjin mengetap gigi, teringin rasanya dia menarik rambut wanita di hadapannya ini.

"Aku cuma nak sapa kau." kata wanita itu, dia mendekati Hyunjin.

"Mana tahu kita ni bakal bermadu, kan?" bisiknya tepat di telinga Hyunjin. Tubuh wanita itu ditolak kasar sebelum ditatap dengan tajam.

"Simpanlah angan-angan sampah kau tu, abang Li tak ingin dengan sisa orang." ujar Hyunjin. Wanita itu menyeringai.

"Jangan sampai satu hari nanti kau jilat balik kata-kata kau tu, Munah." katanya.

"Kauー"

Wanita itu menahan lengan Hyunjin ketika Hyunjin ingin menampar wajahnya.

"Laki kau sendiri dah bosan dengan kau, Munah. Dia dah tak sayangkan kau lagi."

"Acik Munah? Acik Lola?" wanita itu segera melepaskan lengan Hyunjin ketika Yeosang menyapa mereka.

"Kenapa, Farish?" tanyanya dengan senyuman. Hyunjin mendengus dan pergi dari situ.

Yeosang menatap Hyunjin sebelum beralih ke wanita itu.

"Apa yang acik bual dengan acik Munah?" tanya Yeosang.

"Oh, tak ada apa-apa. Hal perempuan je." balasnya dengan nada tenang. Yeosang diam namun dia mengangguk perlahan.

"Umairah sayang, say aaa..."

"Aaa..."

Jisung mengigit straw dengan kuat. Niat awalnya dia cuma ingin mengajak adik dan adik iparnya makan di restoran mamak untuk melupakan masalahnya sekejap. Namun sekarang dia malah dihadiahkan dengan adegan romantis antara Minho dan Seungmin.

"Woi, setan! Tak payah nak fake sangat! Aku tahu korang nak buat aku jealous!" marah Jisung. Seungmin mengelap mulut Minho yang comot sambil melirik Jisung.

"Mana ada fake, suka-suka je tuduh. Kan sayang kan?"

"Betul tu, kan dari dulu Mirah dengan abang Halim dah sweet macam ni." sokong Minho, dia mengenyitkan mata ke Seungmin. Seungmin membalas dengan membuat flying kiss.

Han FamilyWhere stories live. Discover now