BAB 46

3.7K 254 39
                                    

     MATA tak berkelip melihat rumah banglo yang tersergam indah di hadapannya kini. Marissa menutup pintu kereta. Harraz yang sedang menunggu dia sambil menghulurkan tangan didekati. Huluran tangan kekar itu disambutnya. 

"Rumah siapa ni, abang?" Kepala mendongak menatap Harraz yang tersenyum.

"Syurga Firdaus kita, our house." Ubun-ubun Marissa dikucup lama.

"Seriously? Rumah kita?" Harraz dipandang tidak percaya. Mata semakin bercahaya apabila melihat anggukan daripada suaminya.

"Atau lebih tepat lagi, rumah ni adalah rumah sayang. Abang dah tukar nama rumah ni atas nama sayang. This house is yours," kata Harraz lalu kunci rumah banglo tersebut diletakkan di atas tapak tangan Marissa.

Sontak, Marissa panggung kepalanya. Kornea menghantar isyarat yang jelas kelihatan dia tidak percaya dengan omongan Harraz tadi. Telapak tangan terasa sejuk setelah menerima kunci tersebut.

"Ru... Rumah Ris?"

"Ya, sayang. Ni rumah Ris. Hak milik Ris." Bahu Marissa dipeluk dari tepi. Dia tahu isterinya masih tidak percaya dengan bicaranya itu. Lihat sajalah wajah yang sedang terkebil-kebil memandang dia. Lantas, jari mencuit hidung mancung si isteri.

"Kenapa abang bagi rumah ni dekat Ris? Sepatutnya rumah ni hak abang. Atas nama abang, bukan Ris. Ris tak boleh terima rumah ni, abang..." Kepala digelengkan perlahan. Kunci rumah kembali diserahkan kepada suaminya. Bukan Marissa tak mahu terima, tapi pemberian Harraz ini terlalu besar buatnya. Dia tahu Harraz mampu, tapi Marissa tetap tak boleh terima. Rumah ini sepatutnya atas nama suaminya.

"Sayang..." Tangan Marissa digapai.

"Ini rumah sayang. Abang beli rumah ni memang untuk isteri abang. Abang memang dah berniat jika satu hari nanti abang kahwin, abang nak hadiahkan isteri abang sebuah rumah. Dan orang tu ialah sayang. Ris anggaplah rumah ni sebagai hadiah perkahwinan kita." Harraz menjelaskan dengan terperinci. Tangan dilekapkan pada pipi isterinya.

"Sayang ambil kunci ni."

"Tapi..."

"Tak ada tapi-tapi lagi. Rumah ni dah sah jadi milik sayang." Harraz mengulum senyum. Rambut Marissa dibelai lembut.

Serba salah Marissa jadinya. Dengan teragak-agak, dia mengambil semula kunci yang Harraz hulur. Bibir naik mengoyak senyuman manis.

"Thank you, abang. Ris janji, Ris akan jaga rumah ni dengan baik." Lantas, tubuh Harraz dipeluk. Kepalanya disembamkan di dada suaminya.

Perlahan-lahan tangan Harraz naik mengusap belakang badan isterinya. Bibir dijatuhkan mencium rambut Marissa.

"Sayang jaga rumah ni baik-baik okey? If one day abang dah tak ada, at least hati abang tenang sebab dah tinggalkan rumah ni untuk sayang dan anak-anak kita duduk nanti. Sayang duduk dekat rumah ni tau. Jaga Syurga Firdaus kita sebaik mungkin. Okey, sayang?"

"Ish abang ni! Ris tak suka abang cakap macam tu. Rumah ni, kita jaga sama-sama. Abang dan Ris. So, abang tak boleh tinggalkan Ris. Okey, Mr Hubby?" Marissa memuncungkan mulutnya. Dia tak suka mendengar bicara Harraz tadi.

Harraz gelak. "Yalah sayang..."

Lantas, mereka masuk ke dalam rumah banglo dua tingkat itu. Berdebar-debar saat Marissa memasukkan kunci. Buka saja daun pintu, dia terpana melihat ruang di dalam.

Bertemakan putih keemasan, ruang itu sememangnya kelihatan sangat mewah dan cantik. Sofa kulit dan perabot juga disusun kemas. Semua harta benda yang ada di banglo ini bewarna putih dan gold. Sungguh, ia sangat tepat dengan citarasa Marissa.

1.0 | DENDAM CINTA [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now