Lima puluh empat

1.2K 215 600
                                    

Sorry lah bukan tanak reply komen korang tapi otak aku ghaib masa nak reply.

Aku suka korang boom comment macam chap lepas tapi aku tak tahu nak reply kemarahan korang tu macam mana sebab aku sendiri geram dengan Lola. Lagi satu aku tengah tak tentu arah ni sebab esok pagi aku first day masuk kerja. 😂😂😂

Changmin mengerutkan dahi apabila Yeosang berjalan masuk ke dalam sekolah seperti tidak berdaya. Changmin tahu Yeosang tidak suka tersengih-sengih seperti kembarnya yang lain tapi reaksi wajahnya kali ini bukan yang sering Changmin lihat.

"Rish, pehal ni?" tanya Changmin. Yeosang memandang Changmin.

"Asal kau macam ni?" tanya Changmin lagi.

"Takde apa-apa." jawab Yeosang.

"Oh okey." balas Changmin. Seorang gadis tinggi lampai menghampiri mereka dengan senyuman lebar.

"Assalamualaikum, para buah hati pengarang jantung Adriana." sapa Doyeon. Changmin memutarkan mata sebelum menjawab salam.

"Kau nak apa?" tanya Changmin.

"Nak cinta kau acia..."

"Nak aku hantar Chucky memalam kat rumah kau ke?" Doyeon tersengih dan menggeleng, dia menoleh ke arah Yeosang pula.

"Farish, asal muka kusam tak bermaya ni? Bagai tiada seri di wajahmu seperti selalu." tanya Doyeon namun diabaikan oleh Yeosang. Tetapi buaya betina ini enggan menyerah kalah, dalam otaknya sudah tersusun rapi seribu satu kata-kata buaya.

"Ya habibi, petang jom lepak kat mekdi. Kita dating, nak?" ajak Doyeon. Changmin memeluk tubuh.

"Kau ni kan, tak habis-habis nak menguratー"

"Jom."

"E-Eh?" Doyeon dan Changmin terkebil-kebil apabila Yeosang pertama kali mahu menerima ajakan daripada Doyeon. Gadis itu sendiri sampai menampar pipinya untuk memastikan dia tidak bermimpi.

"Seriuslah?" tanya Doyeon, terkejut. Yeosang melirik gadis lain yang ada di kantin bersama seorang lelaki, dia memandang Doyeon semula dan mengangguk.

"Pukul empat petang ni."

Yeosang pergi selepas berkata sedemikian, Changmin dan Doyeon memerhatikannya dengan mulut sedikit melopong.

"Kau main santet eh?" tuduh Changmin.

"Eh cakap bagi positif sikit eh, mungkin aku ni lawa sangat sampai dia cair dengan aku."

"Haah, lawa macam mengkarung."

"Oh thanks, muka kau pula macam cicak tokek."

Jisung fokus melakukan kerjanya, dia enggan berhenti dan tanpa ia sedar waktu rehat sudah lama tiba. Hongjoong mendekati rakannya.

"Li, jom mamak jom." ajaknya. Jisung tidak membalas kerana terlalu fokus.

"Liー" Sangyeon menepuk bahu Hongjoong.

"Shh, better kita jangan kacau dia sekarang."

"Kenapa?" tanya Hongjoong, Sangyeon mengusap wajah dengan kasar. Dia yakin Hongjoong tahu masalah yang dialami Jisung tetapi sudah terlupa! Siapa sahaja yang tidak kenal dengan penyakit bahaya si Dollah Hongjoong ini?

"Sini kau." dia menarik Hongjoong menjauh dari tempat Jisung.

"Dia kan tengah ada masalah dengan bini dia, dia tengah stress tu." bisik Sangyeon.

"Lah, bila masa diorang gaduh?" tanya Hongjoong.

"Haih... Jom kita pergi makan je lah, Dollah. Kalau aku bagitahu pun otak kau bukan mampu ingat."

Han FamilyWhere stories live. Discover now