Bab 46

817 93 7
                                    

"JAGA diri elok-elok"

"Ye tahu, saya tak buas mana pun"

"You sure?" Farhan jungkit kening. Ayra guling biji mata, dia lasak sikit je, bukan sampai guling-guling, lipat-lipat pun!

Tangan Farhan disisi dia capai kemudian mengucupnya perlahan. Sekudus ciuman berlabuh di dahinya, Ayra langut kepala menghadap Farhan yang tersenyum ke arahnya. Senget.

"Apa?"

"Cium situ je?"

"Awak pernah makan penumbuk tak? Saya nak kasi diskaun harga masyuk" Menyampah!

Lelaki itu melepaskan tawa besar. Lengan kekar Farhan ditarik keluar dari pintu rumah. Gelak-gelak juga, sekarang nak masuk pukul sepuluh. Mentang-mentang dia bos, hari itu bukan main 'ingat senang ke nak jadi bos?' duh, tengok siapa yang bersenang-senang sekarang.

"Bye assalamualaikum. Love you" perut kempisnya Farhan kucup perlahan. Sebelum dia menyeringai tidak senang, apa main perut orang ni! Agak-agaklah kalau nak klaim benih dia dalam ni pun. Ini masih perutnya, nokhtah.

"Waalaikumsalam, ish. Ini masih perut saya okay. Jangan suka-suka usik"

"Biarlah. What's yours is mine"

Tergeleng-geleng kepalanya melayan karenah Farhan yang, makin pelik. Lagi pelik dari karenah dia. Rasanya.

Kereta hybrid berkuasa tinggi hitam pekat itu meluncur laju meninggalkan kawasan perkarangan rumah. Ayra sandar belakang badan ditepi pintu, fikirannya mulai terbang jauh dan terawang-awang dilangit. Bahkan, mungkin sudah lebih tinggi dari langit. Siapa tahukan?

Dia ada lebih kurang, tujuh jam sebelum kelas petangnya pada jam tiga nanti. Baki masa yang sangat panjang dan cukup untuk dia menyiapkan satu lagi tugasan Professor Adam yang dikehendaki jam empat nanti.  Lantaran dengan itu, banyak juga masa yang boleh digunakan untuk membuat sedikit kajian dan ulang kaji untuk pembentangan minggu hadapan. 

Tak mahu berlengah masa, dia pusing tubuh mengatur langkah buat masuk ke dalam. Namun langkahnya pantas terhenti tatkala mata menangkap dua adiknya yang saling bergelak ketawa di dapur. Berkerut dahinya cuba menghadam situasi di depan matanya ini.

"Dah baik ke apa ni?" Masing-masing berpaling ke arahnya. Ayra peluk tubuh seraya menghampiri adik-adiknya. Jelas wajah kekok terbias di situ. Malu lah tu!

"Ehem, bolehlah"

Ayra carik senyuman di bibir. Kepala digelengkan seraya berjalan melintasi kembar itu naik ke tingkat atas. Sesampai dibilik, matanya terlebih dahulu menangkap telefon Farhan yang elok terletak diatas katil. Kening bercantum seraya tunduk mengambil Iphone tersebut. Dibelek-belek seketika sebelum dibuka dengan mengesanan cap jarinya. Farhan punya salah satu cara tunjuk kasih sayang, daftar fingerprint each other.

Tak ada apa yang menarik kecuali satu album galeri yang penuh muka dia sahaja. Semua candid. Ada yang dia tengah makan, gelak-gelak, memuncung, betulkan tudung dan macam-macam lagi candid gambarnya.

"Haih...buruk betul"

Telefon itu kemudiannya, dicampak semula ke tengah katil. MacBook berwarna ditarik keluar dari dalam beg. Ipad juga diletakkan ke atas meja, beberapa buku rujukan diambil dari rak buku sebelah meja yang dikongsi bersama Farhan. Sempat memberi pesanan ringkas pada Raisya untuk memaklumkan pada Farhan bahawa telefon lelaki itu masih di rumah.

Tak menang tangan dibuatnya, sesekali menyelak buku, menulis
nota dan menaip. Tangan turun menyeluk ke dalam beg untuk mengambil buku cacatanya. Tubuh kian mengeras apabila tangannya menyentuh sebuah fail. Lama berkira-kira, lalu ditarik juga fail itu keluar dari dalam beg.

𝐊𝐄𝐄𝐏 𝐇𝐄𝐑 ©Where stories live. Discover now