BAB 57

2.6K 277 21
                                    


 

   SEDAR tak sedar, dah masuk empat bulan usia perkahwinan mereka. Cepat sungguh masa berlalu. Rasa macam semalam mereka baru bernikah. Sepanjang empat bulan bersama ni, pelbagai dugaan yang mereka tempuhi. Tipulah kalau Marissa kata mereka tidak bergaduh. Seperti pasangan lain, mereka juga tidak terlepas daripada diuji dengan masalah rumah tangga.

Setiap perkahwinan yang dibina, pasti ada onak dan duri. Tetap ada pasang surutnya. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Apa yang Marissa belajar selama lima bulan mendirikan masjid ini, tolak ansur dalam hubungan suami isteri ni sangat penting. Lagi satu, dalam sesuatu hubungan, ego kena tolak ke tepi.

Kerana ego, sesebuah rumah tangga boleh dilanda kehancuran. Besar dan banyak mana pun cinta serta kasih sayang pasangan suami isteri itu, ia tetap boleh kalah hanya kerana ego. Bukan itu saja, persefahaman antara pasangan juga penting. Setakat gaduh-gaduh manja, itu perkara biasa. Orang kata, itulah titik permulaan untuk kita kenal dan mendalami perwatakan pasangan kita.

Kalau hidup hari-hari dilanda bahagia pun bosan juga kan? Ibarat tiada warna dalam kehidupan. Sebenarnya, ujian rumah tangga ni lah yang merapatkan sesuatu hubungan. Dari situ, kita akan dapat belajar banyak perkara. Kalau dulu hidup bujang, bolehlah kita nak buat apa saja yang kita suka. Tapi sekarang dah berubah. Kerana, ada hati lain yang perlu dijaga. Anggap sajalah setiap pergaduhan itu adalah bibit-bibit cinta yang mula bersemi di dalam jiwa. Dan itulah realiti kehidupan alam berumah tangga. Tak selamanya manis-manis belaka.

"Abang..." panggil Marissa lemah gemalai. Tika ini, mereka sedang duduk di ruang tamu. Dia teman Harraz tengok bola. Walaupun dia tak minat akan permainan tersebut, tapi demi suami tercinta dia teman ajelah Harraz dekat sini.

"Yes, sweetheart?" Mata masih tertumpu di kaca televisyen. Sebelah tangan mengelus lembut rambut panjang Marissa.

"Err... Dah empat bulan kita kahwin kan?" Marissa mendongak sekejap sebelum dia menjatuhkan kembali kepalanya.

Harraz angguk kecil. Sesekali, dia mencium haruman wangi daripada rambut Marissa.

"But, sepanjang empat bulan ni... Ris tak banyak tahu pun pasal keluarga abang. Yang Ris tahu, abang ada tiga orang adik-beradik. Farah tu Ris dah tahu. Cuma kembar abang, Harraz Damian. Ris tak banyak tahu pasal dia." Marissa peluk lengan berurat Harraz. Dia melentokkan kepala di dada suaminya.

Mengejung tubuh Harraz. Soalan isterinya berputar-putar di ruang fikiran. Harraz Damian. Abang kembarnya. Kenapa malam ini tiba-tiba saja Marissa bertanyakan tentang abangnya itu?

"Tak ada benda yang menarik pun tentang dia. Tak payah tahulah sayang." Mendatar Harraz berkata.

"Lah... Kenapa pula? Abang cerita jelah. Ris pun nak tahu juga pasal dia. Abang Damien tu abang ipar Ris juga. So, tak salah kalau Ris tanya..." Marissa memujuk. Pelik betul dia dengan Harraz ni. Omongan lelaki itu tadi seolah-olah Harraz tak nak dia tahu siapa Damian. Musykil Marissa dibuatnya.

Harraz merengus kasar. Tak suka bila topik ini dibuka. Terasa berasap-asap telinganya mendengar nama Damian.

"Kan abang dah cakap, tak ada apa pun yang menarik pasal Damian tu. Cukuplah sayang tahu dia tu kembar abang." Harraz bingkas bangun. Dia dah tak ada mood nak tengok bola.

"Abang ni kenapa?" soal Marissa, mula panas hati. Dia berpaling memandang suaminya yang baru memijak anak tangga pertama.

"Kenapa apanya?" Harraz juga begitu. Sama-sama tak berpuas hati.

"Ris cuma tanya pasal abang Damian aje kan? Yang abang nak marah-marah ni kenapa?" Marissa turut bangkit. Dia menentang pandangannya ke arah suaminya itu.

1.0 | DENDAM CINTA [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now