BAB 58

2.9K 343 32
                                    


 

   MARISSA terpanar untuk sesaat. Senyumannya mati. Sorotan mata jatuh pada kertas kecil yang sudah direnyuk. Ia berada di dalam genggaman suaminya. Sungguh kuat Harraz menggenggam sehingga urat-urat jemari suaminya mula timbul. Marissa teguk liur yang terasa berpasir. Suara seakan disekat keluar dari kerongkongnya. Gusar.

"Answer me, Marissa Jasmine! I'm asking you!" Harraz masih mengawal lontaran suaranya. Walaupun begitu, ia tetap keras dan tegas di cuping telinga Marissa. Resah bertandang.

"Ris tak tahu," balas Marissa. Jawapan yang menghangatkan hati Harraz. Isterinya dipandang tajam. Setapak dia melangkah mendekati Marissa yang kian berundur menjauhi dia.

"Stay there." Arahan yang berbaur sebuah amaran.

"Abang tanya sekali lagi, apa ni?" soal Harraz, sedikit mengendur. Tangannya diangkat menunjuk kertas yang sudah direnyukkan entah keberapa kali.

"Ris... Ris tak tahu..." Jawapan yang sama. Masih mahu menyembunyikan perkara itu. Wajah menekur lantai.

Semakin lama, rahang semakin diketap kuat. Harraz menjatuhkan tangannya dan dibiarkan kertas renyok itu bergolek ke kaki Marissa.

"Tak tahu?"

Perlahan-lahan Marissa menggeleng kecil.

"Macam mana Ris kata yang Ris tak tahu sedangkan kertas tu ada dalam beg ni?" soal Harraz, keras namun nadanya masih direndahkan. Dia tidak mahu menengking Marissa. Beg tangan isterinya ditunjuk.

Marissa angkat kepala. Anak mata berlari-lari merenung wajah suaminya. Jelas riak kecewa terpamer. Nafas ditarik dalam.

"Okey... Ris mengaku memang kertas tu Ris yang jumpa dekat luar rumah. Ris simpan sebab tak nak abang tahu Ris kena ugut."

Terdengar keluhan berat daripada Harraz. Dia kembali duduk di birai katil.

"Bila masa Ris terima kertas tu?" Perlahan Harraz bertanya. Tunak dia memandang Marissa yang berdiri tegak di depannya sambil menundukkan wajah. Persis seorang pesalah.

Marissa gigit bibir. Dia tahu, kalau dia bagitahu Harraz perkara sebenar, pasti lelaki itu mengamuk. Tapi nak buat macam mana lagi? Mahu atau tidak, Marissa kena jujur. Sebelum amarah Harraz semakin memuncak, baik dia berterus-terang.

"Jawab soalan abang, Marissa..." Dingin Harraz menyuruh. Kesepian isterinya membuatkan sekeping hati Harraz tidak tenang. Pelipisnya diurut kuat.

"Em... Empat bulan lepas..."

"What?" Bergema bilik itu dengan suara Harraz yang mula memetir.

"Empat bulan lepas?" soal Harraz untuk memastikan telinganya tidak salah dengar. Empat bulan dia tak tahu apa-apa pasal hal tersebut? Bermakna, sejak awal perkahwinan mereka lagi Marissa sudah diugut? Damn it!

Marissa angguk dan terus menerpa ke arah Harraz. Tangan suaminya dipegang. Dia tahu Harraz marah.

"Ris minta maaf abang... Ris cuma tak nak abang risau. Itu je... Lagi pun, itu last Ris terima ugutan tu... Lepastu dah tak ada dah... That's why, Ris sorokkan hal ni daripada abang. Maafkan Ris..."

Harraz menepis perlahan tangan Marissa. Dia betul-betul terasa hati dengan isterinya. Sampai hati Marissa sorokkan hal penting itu daripada pengetahuannya? Wajah si isteri langsung tidak dipandang.

"Four months and I know nothing about this? Alasan, sebab tak nak bagi abang bimbang?"

"Then, yang tengah berdiri dekat depan Ris ni siapa? Bukan suami Ris? Hmm?"

1.0 | DENDAM CINTA [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now