BAB 59

2.9K 289 9
                                    

     HARRAZ tolak daun pintu dengan perlahan. Dia tak mahu mengganggu lena isterinya. Pintu ditutup semula dan Harraz menapak ke arah katil. Ruang kosong di sebelah Marissa diambil. Tersenyum kecil dia melihat si isteri yang sedang tidur sambil memeluk teddy bear.

Rasa bersalah menghimpit jiwa. Kenapalah dia tergamak melayan isterinya sampai begitu sekali? Sepatutnya Harraz kena faham dilema yang Marissa hadapi tatkala menerima ugutan tersebut. Kalau dia berada di tempat Marissa pun, sudah pasti perkara tersebut disorokkan juga. Nak salahkan isterinya saja, rasa tak adil pula.

Lepas solat tadi, barulah Harraz sedar tindakannya itu salah. Terburu-buru meletakkan kesalahan kepada Marissa seorang. Sedangkan dia? Lagi banyak rahsia yang disimpan daripada pengetahuan isterinya. Begitu hebat bisikan syaitan, hampir-hampir saja Harraz mengagungkan egonya.

"I'm so sorry sayang..." Dahi Marissa dikucup mesra. Sisa air mata yang masih ada di hujung mata, pantas diseka. Pasti isterinya menangis ketika dia melangkah pergi tadi. Keluhan dilepaskan.

Tangan Marissa yang memeluk teddy bear diangkat berhati-hati. Diletakkan anak patung itu di bawah. Harraz luaskan tangannya dan kepala Marissa diangkat lalu diletakkan di atas lengannya. Pinggang isterinya dipeluk.

Setiap malam, memang begitulah cara mereka tidur. Marissa akan lelap di atas lengan dia manakala Harraz akan mendakap tubuh isterinya. Sekilas, bibir lembab Marissa dikucup.

Marissa bergerak-gerak tidak selesa. Laju saja Harraz menepuk-nepuk punggung isterinya seakan mendodoi budak kecil. Memang tak ubah seperti bapa yang sedang menidurkan anaknya.

Wajah polos si isteri yang sedang tidur itu direnung lama. Rasa sesal meninggalkan Marissa menghantui diri. Pula tu, isterinya sanggup tidak masuk tidur dulu semata-mata nak tunggu dia pulang. Dahlah tinggalkan bini, lepatu biarkan bini kelaparan sampai perut masuk angin. Dan Harraz boleh pula makan sendiri sebelum pulang ke rumah.

Kalau ya pun marah, janganlah sampai abaikan si isteri. Sekarang ni nak buat apa? Dah tentu Marissa berkecil hati dengannya. Konon, nak tidur asing. Padahal hati dah meronta-ronta tidak mahu mengasingkan diri dari Marissa. Tapi sebab ego kan?

"Maafkan abang sayang... Abang terlalu ikutkan hati. Abang tahu, sayang mesti sedih dengan apa yang dah jadi tadi. I'm so sorry, sweetheart..." bisik Harraz antara dengar tak dengar. Ingin sekali dia mengelus pipi gebu itu. Tapi ditahan. Takut Marissa terjaga pula nanti. Dahi Marissa menjadi mangsa ciumannya entah keberapa kali.

Sebelum melelapkan mata, sempat lagi Harraz tersenyum kecil sambil mencuit hidung isterinya. Gatal betul tangan tu nak sentuh anggota badan Marissa. Dan beberapa minit kemudian, perlahan-lahan matanya terkatup rapat.

•••

SEPI.

Suasana di meja makan pada pagi itu kelihatan sunyi tanpa sebarang bicara daripada Harraz hatta mulut murai Marissa juga tidak berceloteh. Mereka cuma diam dan menunduk menikmati sarapan bersama. Nampak gayanya, perang dingin sudah tercetus. Tapi siapa yang memulakannya?

Harraz berdehem. Tak boleh jadi ni! Mana boleh kalau tak dengar suara manja si isteri. Macam mana dia nak bekerja nanti? Ah! Tak boleh! Tak boleh! Marissa kena bercakap dengan dia juga! Titik!

Jap.

Tapi macam mana nak buat wanita itu buka mulut? Dari tadi Marissa hanya menekur pinggan yang berisi nasi goreng. Cubalah pandang dan tenung wajah Harraz yang kacak ni! Cis, perasan lebih!

Serius, dari bangun tidur sampailah masing-masing nak keluar pergi kerja, Marissa langsung tak bercakap walau sepatah huruf. Harraz pula yang berasa sunyi dek kebisuan dan kedinginan yang isterinya lakukan. Sepatutnya, Harraz yang merajuk. Ini terbalik pula? Pening kepala dibuatnya!

1.0 | DENDAM CINTA [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now