BAB 60

3.4K 306 28
                                    

     TAK boleh jadi ni! Satu kerja pun Harraz tak boleh fokus. Fikiran asyik menerawang jauh. Dalam otaknya tak ada benda lain yang difikirkan melainkan isterinya, Marissa. Sedari tadi telefon pintar ditenung. Kut-kut Marissa nak call dia ke kan? Tapi hampeh. Tak ada satu panggilan pun yang dibuat oleh isterinya.

Selalunya, Marissa akan call dia pada waktu makan tengahari untuk mengajaknya makan sekali. Kalau Harraz busy, wanita itu akan datang ke ofisnya. Dan ia tidak berlaku pada hari ini. Dari tadi telefonnya sunyi sepi.

Cuma tadi, ada orang call dia. Melonjak gembira Harraz dibuatnya kerana dia ingatkan Marissa yang call. Namun, saat melihat nama si pemanggil bukan daripada wanita itu, terus merudum mood happy Harraz. Nampak gayanya, Marissa betul-betul merajuk dengan dia.

Hisy, macam mana ni? Apa nak buat? Baru sehari tak mendengar suara manja si isteri, Harraz dah jadi sasau. Dia sudah tidak tahan menanggung rindu terhadap wanita itu. Kalau perang dingin itu berterusan, Harraz boleh jadi gila!

"Naim, masuk bilik aku sekarang!" arahnya lalu butang interkom dimatikan. Harraz menanti kedatangan Naim dengan debar. Tapak tangannya digosok laju.

Tak sampai seminit, kedengaran ketukan di muka pintu.

"Masuk!"

"Yes, boss? Bos nak apa-apa ke?" soal Naim sambil tersenyum menampakkan barisan gigi putihnya. Dah macam kat dalam iklan Darlie pula.

"Duduk sekejap. Aku nak tanya kau satu benda ni," tutur Harraz menyuruh pembantu peribadinya untuk mengambil tempat.

"Bos nak tanya apa?" Naim bertanya, hairan. Dia kemudian menarik kerusi tersebut.

Harraz berdehem seketika. Malulah pula nak tanya. Agak-agak, Naim akan gelakkan dia tak? Ah! Kalau lelaki itu gelakkan dia, memang hari ini adalah hari terakhir Naim bekerja di sini.

"Macam mana nak pujuk perempuan merajuk?" Dengan wajah yang menunduk sikit ke bawah, Harraz mengajukan soalan tersebut. Dia menayang wajah serius. Bererti, dia tidak main-main dengan soalan yang diajukannya.

Naim kemam bibirnya. Kening berkerut-berkerut menahan tawa. Tak pernah lagi bosnya itu bertanyakan soalan tersebut kepadanya.

"Kau jangan nak ketawakan aku eh!" Melihat pembantu peribadinya yang seakan ingin menghamburkan tawa, lekas Harraz memberi amaran. Siap pakej dengan jelingan maut.

"Sorry, boss. Tapi lain macam soalan bos ni. Biar saya teka. Bos gaduh dengan Puan Marissa ke?" Naim jongket keningnya.

Ini mesti gaduh dengan bini. Bicara hati Naim.

Bungkam terus Harraz. Dia kemudian angguk kepala dua kali. Jujur ajelah. Takkan dia nak cakap gaduh dengan perempuan lain pula? Sah-sahlah ternganga mulut mamat sepet tu nanti.

"Bos buat salah apa?"

Harraz picit hidungnya. Nak cerita masalah sebenar ke? Ish, tak boleh! Tak boleh! Mulut murai Naim ni bukan boleh percaya. Sekejap lagi, hebohlah satu pejabat.

"Biasalah ada salah faham sikit..."

"Bos dah minta maaf?"

"Dah."

Naim mengherotkan bibir.

"Then, Puan Marissa cakap apa?"

"Dia tak cakap apa-apa pun. Sebab aku minta maaf masa dia tengah tidur," jawab Harraz, selamba.

Spontan, tangan Naim naik menepuk dahinya sendiri. Kepala tergeleng-geleng.

"Memanglah puan marah! Yang bos pergi minta maaf masa puan tengah tidur tu buat apa? Macam mana puan nak dengar?"

1.0 | DENDAM CINTA [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now