BAB 62

2.8K 267 92
                                    


      SEJAK tadi, telefon tak lepas dari pegangannya. Sekejap jari-jemarinya bermain di atas skrin, sekejap lagi dibawa gajet itu ke telinga. Harraz mundar-mandir di luar bilik resortnya.

"Mana isteri abang ni pergi? Kenapa tak jawab call? Sayang marah abang ke?" Dia mengomel seorang diri.

Selama dua hari berada di Johor, baru saat ini Harraz ada kesempatan untuk menelefon isterinya. Kalau tidak, dia memang sibuk sangat-sangat. Sampai waktu makan pun dia buat tidak endah.

Memang sejak dua menjak ini Harraz sibuk. Segala kerjanya cuba disiapkan dan diselesaikan seawal boleh. Sebab selepas ini, Harraz ingin bercuti panjang. Dia mahu membawa Marissa melancong ke luar negara.

Selama tempoh perkahwinan mereka, belum pernah lagi dia dan Marissa bercuti dan meluangkan masa bersama. Dan disebabkan itulah segala kerja, cuba diselesaikan. Tak mahu nanti waktu dia tengah bercuti dengan si isteri, ada yang mengganggu mereka dek hal kerja tersebut.

"Sayang... Jawablah call abang ni..." Masih sama, resah tetap bertapak di segenap ruang dinding hati. Masuk kali ini, sudah 25 missed call dibuatnya. Mesej pula tidak terkira. Ada beratus agaknya.

Harraz hela nafas berat. Dia kemudian berjalan ke arah sebuah kerusi dan meja kopi di luar biliknya. Angin malam menampar lembut pipinya. Damai dan tenang.

"Sayang abang ni mesti tengah merajuk dengan abang kan? Marahlah tu sebab abang tak call..." Harraz ketawa kecil. Dapat dibayangkan muncung si isteri yang panjang. Macam mulut itik!

Rasa rindu terhadap Marissa semakin membuak-buak. Baru dua hari tak tatap wajah wanita itu, Harraz dilanda tidak keruan. Ingin sekali dia menghidupkan kereta dan balik ke Kuala Lumpur. Tapi disabarkan dulu hatinya itu. Ada berbaki lagi satu hari dia di sini.

Harraz hidupkan telefonnya. Terpampang di skrin wajah manis Marissa yang sedang tersenyum. Diusap perlahan skrin tersebut seakan mengusap wajah sebenar isterinya. Sungguh, tak tertahan rindu ini.

"I miss you so much, sayang..." bisik Harraz perlahan. Matanya tak berkalih dari menatap telefon. Rasa tak sabar nak balik rumah. Sampai je dekat rumah nanti, memang tubuh isterinya akan dipeluk tidak mahu lepas.

"Hai Encik Bos! Termenung seorang diri nampak?" Tiba-tiba, ada satu suara lunak yang menegur. Bila diangkat kepalanya, kelihatan Natalia sedang tersengih-sengih. Di tangan wanita itu pula terdapat dua cawan air. Natalia ni asal nak jumpa Harraz je mesti bawa air.

"Natalia? Awak buat apa dekat sini? Bilik awak bukan dekat sana ke?" tanya Harraz, hairan. Berkerut dahinya. Jari menunjuk sebuah bilik yang tidak jauh dari biliknya.

"Saya dari kafe tadi. Saja beli air sambil ambil angin dekat luar bilik. Then, saya nampak bos pula dekat sini. Kebetulan, saya ada beli air lebih. Bos minumlah," terang Natalia seraya menghulurkan cawan kertas itu kepada Harraz. Masih panas lagi air tersebut.

"Awak kalau jumpa saya, tak bawa air memang tak sah. By the way, thanks," gurau Harraz dan tidak teragak-agak untuk mengambil air yang dihulurkan.

"Sama-sama!"

"Wah, bos tengok gambar Puan Marissa rupanya... Patutlah fokus semacam aje saya tengok bos tadi..." komen Natalia lantas menarik kerusi di tepi Harraz.

Harraz cuma angguk dan minum sedikit air yang Natalia beri. Keningnya terangkat senget. Lain macam pula rasa air teh ni.

"Cantik Puan Marissa. Nampak makin berseri-seri," puji Natalia, tidak ikhlas. Senyuman kepura-puraan dilemparkan.

1.0 | DENDAM CINTA [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now