BAB 63

2.9K 325 61
                                    

PANG!

Pipi Harraz ditampar kuat. Marissa memejamkan matanya. Tidak sanggup melihat suami sendiri ditampar oleh bapa mertuanya, Dato Imran. Dapat dirasakan pedih ditampar sebegitu rupa. Dengar bunyi tamparan itu saja sudah membuatkan Marissa kecut perut. Tubuh Datin Kalsom dipeluk kejap.

Selepas menerima panggilan daripada pegawai yang menelefon Marissa tadi, mereka sekeluarga terus berangkat ke Johor. Sepanjang perjalanan itu, tak henti-henti air matanya deras mengalir. Tak usah dikata betapa remuknya hati dia. Isteri mana yang boleh terima perkhabaran yang mengatakan suami sendiri kena tangkap khalwat?

Kena tangkap basah dengan pekerja sendiri? Kelakar kan? Tapi tidak untuk Marissa. Hakikat itu memang sakit untuk dia terima. Tegarnya Harraz melakukan perbuatan terkutuk itu bersama Natalia. Masa Marissa sampai di Johor tadi pun, kelihatan wanita itu beria benar menangis.

Rasa mahu ditampar saja muka Natalia tika itu! Kalau tak kenangkan air muka keluarga mertuanya, memang Natalia dihambur cukup-cukup!

Suaminya pula langsung tidak dipedulikan. Hatinya bagai dicarik-carik tanpa empati. Kepercayaan dia terhadap Harraz, musnah begitu saja. Kenapa saat mereka ingin kecapi bahagia, ada saja dugaan yang tiba?

Perut diusap. Berita yang satu ini tidak diberitahu kepada sesiapa lagi. Baik Harraz mahupun keluarga mertuanya. Tidak ada seorang di antara mereka pun yang tahu bahawa dia sedang hamil. Dengan keadaan genting itu, Marissa tak rasa kandungannya penting untuk dihebahkan sekarang.

Biarlah dia diamkan dulu akan berita ini. Kalau dia nak cakap sekalipun, mungkin Dato Malik dan Datin Syarifah saja yang akan diberitahu. Harraz? Perlu ke suaminya tahu tentang kewujudan anak di dalam rahimnya ini? Memang tak dapat disangkal, Harraz ialah bapa kepada anak yang sedang dikandung. Ini benih daripada suaminya. Lelaki itu layak untuk tahu.

Ingatkan kepulangan suaminya nanti, dia hendak memberi sebuah kejutan tentang berita kehamilannya. Tapi lain yang jadi. Dia pula yang mendapat kejutan mengatakan bahawa Harraz kena tangkap basah. Kejutan yang tak disangka-sangkakan.

Dilema. Ya, Marissa sedang buntu. Patutkah dia memberitahu Harraz? Seketika, kepala menggeleng kecil. Jawapannya, tidak. Biarlah Marissa simpan rahsia ini. Hanya masa yang boleh menentukan. Lama-lama nanti, Harraz akan tahu juga. Semakin hari, perutnya akan semakin membesar. Dan tika itulah, Marissa akan membuka mulut memberitahu hal tersebut.

"Harraz sedar tak apa yang Harraz dah buat? Kenapa bersekedudukan dengan perempuan lain? Tak ingat isteri? Lupa yang kamu tu dah berkahwin?" tengking Dato Imran. Kalau diikutkan hati yang tengah baran ni, memang anak lelakinya itu ditampar lagi.

Harraz menunduk seakan seorang pesalah di ruang tamu itu. Wajah si isteri dipandang lama. Mengharapkan wanita itu akan membelanya. Tapi, hampa. Marissa langsung tidak menoleh malah dia tidak dipandang langsung. Sudah terang lagi bersuluh, isterinya terlalu marah. Bahkan mungkin ada rasa kecewa juga.

"Harraz tak buat semua tu, pa... Percayalah cakap Harraz..." Lemah suaranya. Seakan menyerah kalah. Dia melutut demi mengemis secebis kepercayaan.

Dia dah tak tahu cara apa lagi untuk mempertahankan dirinya. Manusia-manusia di dalam rumah ini seperti menyalahkan dia atas apa yang sudah berlaku. Sedangkan, Harraz sendiri tak pasti apa sebenarnya yang telah menimpa dirinya.

"Tak buat? Habistu sampai orang dari pejabat agama serbu, Harraz nak kata Harraz tak bersekedudukan dengan pekerja sendiri? Kamu jangan nak tipu papa, Harraz!"

Tegang wajah tua itu. Jelas dia marah dengan tindakan bodoh anaknya. Sanggup Harraz menconteng arang di mukanya! Habis tercemar maruah keluarga mereka!

1.0 | DENDAM CINTA [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now