BAB 65

3.1K 291 55
                                    



"UWERK!"

Masuk kali ini, dah tiga kali dia berulang alik ke dalam bilik air untuk muntah. Tekaknya terasa amat perit. Tercungap-cungap Marissa mencuri nafas.

"Sayang? Are you okay?" Cemas nada Harraz. Dia menggosok belakang tubuh isterinya. Marissa yang berasa dirinya disentuh, pantas dia menepis dan menolak Harraz menjauhinya.

"Uwerk!"

Harraz tidak berputus asa. Beberapa kali dirinya ditolak pun, dia tetap kembali mendekati dan menggosok batang tengkuk isterinya. Resah hati dia melihat Marissa yang asyik muntah-muntah. Nak kata isterinya salah makan, dari semalam Marissa tak jamah apa-apa makanan.

Mulut dikumur. Berkerut-kerut dahi Marissa menahan loyanya. Spontan, perut diusap. Sejak berbadan dua ni, boleh dikatakan tiap pagi dia akan muntah. Biasalah, morning sickness.

Mata Harraz melorot jatuh melihat tangan isterinya yang mengusap perut. Lama dia memerhati sehingga Marissa perasan akan renungan tajam itu. Lantas, tangannya dibawa menggaru kening yang tidak gatal. Lebih baik dia cepat-cepat keluar dari bilik air tersebut. Dirinya terasa lemas dengan panahan mata itu.

"Are you hiding something from me?" soal Harraz tidak teragak-agak. Melihat reaksi aneh dari sang isteri, menimbulkan banyak persoalan di mindanya. Perut wanita itu disentuh. Kening Harraz menjongket tinggi.

Terkesima Marissa jadinya. Liur ditelan walaupun terasa berpasir. Laju kepalanya menggeleng. Sedangkan mulut nak sekali memberitahu tentang kehamilannya. Lekas kakinya melangkah keluar dari kamar mandi. Tak betah dia berlama-lama di situ.

"Bukan gelengan yang abang nak dengar sebagai jawapan." Keras nada Harraz. Dia tahu, Marissa ada menyorokkan sesuatu daripada pengetahuannya.

"Then, awak nak dengar jawapan apa daripada saya?" Marissa mula membentak. Mencuka wajahnya tika ini. Katil dituju dan badan direbahkan. Dia terlalu letih dengan apa yang sudah terjadi. Kepala semakin berdenyut. Rasa mahu melelapkan mata saja.

Nafas dihela lemah. Harraz memujuk hatinya agar bersabar. Dia tahu Marissa masih marah. Kalau isterinya menjadi api, seharusnya Harraz menjadi air. Mencari jalan penyelesaian tidak sepatutnya menggunakan emosi.

"Kita dah berjanji yang tiada rahsia di antara abang dan Ris. Abang nak dengar pengakuan jujur sayang." Kalau tadi nadanya kendengaran keras, kali ini Harraz cuba berlembut. Punggungnya dilabuhkan di sisi Marissa. Walaupun mata itu terpejam seakan tidur, namun masih jelas bebola mata wanita itu bergerak-gerak.

"Abang tahu sayang belum tidur. Jawablah pertanyaan abang ni," tegur Harraz menahan rasa. Melihat kebisuan isterinya, hati Harraz semakin mencucuk pedih.

"Saya penatlah Harraz. Bagi saya tidur boleh tak? Saya letih! Letih dengan lakonan awak! Lebih baik awak keluar dari sini dan bincang pasal perkahwinan awak dengan Natalia!" Halau Marissa tanpa mempedulikan perasaan suaminya. Dia mengalihkan tubuh memandang ke sisi lain. Tak sanggup dia nak tengok wajah sayu itu.

Darah Harraz mula naik. Sekejap saja emosi yang dirasakan sudah cukup bertenang tadi berubah arah.

"Boleh tak Ris stop cakap pasal perempuan tu? Sampai bila Ris nak desak abang berkahwin dengan dia? Sampai bila?" Bingkas Harraz bangun. Lengan wanita itu juga turut ditarik menyuruh isterinya bangun.

"Sampai bila-bila! Selagi awak dengan dia tak berkahwin, saya tetap akan desak awak! Cuma satu awak kena tahu, lepas saja awak dengan dia bernikah, tolong lepaskan saya! Sebab saya tak nak bermadu dengan betina tu!" lantang suaranya. Turun naik dada menahan lahar yang mula meletus. Macam mana lajunya nafas Marissa, begitu juga lajunya air mata menhujani pipi.

1.0 | DENDAM CINTA [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now