BAB 66

3.2K 321 96
                                    

      SEMENTARA menunggu Harraz membawa makanan, Marissa melelapkan matanya buat seketika. Kepala masih terasa berdenyut. Minyak angin di tepi katil diambil lantas disapukan pada dahinya. Jari-jemari mula memicit perlahan dahinya.

Bip!

Mata terbuka sedikit saat mendengar notifikasi whatsapp. Telefon pintarnya dicapai lantas mesej tersebut dibuka. Seketika, kening Marissa bercantun rapat.

Unknown number.

Sekarang dah terbukti yang suami kau curang. Jadi, bila kau nak berambus dari hidup dia?

Marissa membaca mesej itu. Giginya diketap menahan lahar marahnya. Apatah lagi mesej itu disertakan sekali dengan gambar Natalia yang sedang berbaring di dada Harraz.

Hati yang tadi mula sembuh dari lukanya, kini berdarah semula. Terasa bagai direntap tangkai jantungnya. Kejam dan tiada langsung empati.

Kini, Marissa memainkan video yang dihantar. Kelihatan jelas Harraz yang sedang merangkul leher Natalia dan berjalan masuk ke dalam bilik. Gaya suaminya berjalan seakan orang mabuk saja. Marissa menggelengkan kepala.

Kalau gambar-gambar sebelum ini, bolehlah Harraz tidak mahu mengaku. Walaupun firasat Marissa mengatakan Harraz memang tak buat kerja terkutuk itu, namun video yang baru ditontonnya tadi sudah menjelaskan segala-galanya.

Memang tersangat jelas Harraz yang merangkul leher Natalia dan membawa perempuan itu masuk ke dalam bilik resort tersebut. Apa lagi yang mahu dinafikan saat semuanya sudah terbukti? Suaminya memang penipu! Harraz berlaku curang!

Kalau tadi hatinya masih boleh berlembut kerana air mata palsu suaminya. Tapi kini tidak lagi. Marissa tidak akan termakan dengan lakonan suaminya! Tidak sama sekali!

"Papa curang dengan mommy, sayang... Papa memang tak sayang mommy..." Dia mengongoi di atas katil. Sedih hatinya bila teringat akan bayi yang sedang membesar ini. Anak ini hasil cinta mereka. Tapi kenapa Harraz tegar menduakannya?

Atau lelaki itu berkahwin dengan dia semata-mata mahu membalas dendam terhadap apa yang berlaku dulu? Tak mustahil kan? Harraz menggunakan alasan cinta supaya dia tunduk dan jatuh hati kepada lelaki itu? Ayat-ayat cinta yang dizahirkan selama ini hanyalah palsu semata-mata! Semua itu dilakukan kerana ingin mengaburi matanya. Harraz cuma mempermainkan hatinya saja!

Perutnya diusap untuk sekian kali. Sebu kembali bertapak tatkala otaknya memikirkan anak yang sedang dikandung. Adakah Harraz menyentuh dirinya hanya kerana nafsu atau kerana cinta? Argh! Mulalah pelbagai andaian buruk yang hendak difikirkan tika ini.

Cerai.

Tiba-tiba perkataan itu yang menjelma di mindanya. Marissa kaku seketika. Bercerai? Adakah itu jalan yang terbaik untuk mereka?

Tapi kalau dia dan Harraz bercerai, bagaimana dengan nasib si kecil yang tidak bersalah ini? Adakah anaknya akan turut sama terkena tempias daripada penceraian tersebut?

Air mata diseka lembut. Perlu ke dia pentingkan diri dan ketepikan perasaan anaknya nanti? Boleh ke dia membesarkan si kecil ini seorang diri tanpa suami di sisi? Sanggupkah dia memisahkan bayinya daripada Harraz nanti? Sedangkan Harraz ialah bapa kepada anaknya ini.

Rungsing.

Hatinya berbolak-balik.

"Eh, sayang dah bangun? Sorry, abang baru siap masak bubur. Sayang lapar? Nak makan tak?" tegur Harraz, lembut menyapa halwa telinga Marissa. Dia yang sedang duduk di atas katil berpura-pura tak pedulikan lelaki itu.

1.0 | DENDAM CINTA [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now