Lima puluh sembilan

1.3K 208 606
                                    

Warning, ada scene yang agak meresahkan. SIKIT JE JANGAN RISAU HSHSHSHSH

Ya Allah, aku harap takde readers aku yang 100% innocent. 😂

"Sayang..." Jisung memeluk Hyunjin dari belakang ketika Hyunjin sedang memotong sayur di dapur.

"Eh, awal abang balik." ujar Hyunjin agak terkejut. Jisung mencium pipi isterinya sebelum meletakkan kepala ke bahu Hyunjin.

"Abang saja balik awal sebab abang rindu dekat sayang." Hyunjin mencubit lengan Jisung kerana suka hati sahaja pulang ke rumah tanpa ikut waktu bekerja.

"Eie, mengada! Nanti bos marah baru tahu." ujar Hyunjin. Namun tidak dapat dinafikan bahawa sekarang Hyunjin sedang tersenyum dan sedikit tersipu-sipu malu. Jisung mengeratkan pelukannya.

"Tak apa, asalkan abang dapat lepaskan rindu abang dekat sayang." balas Jisung. Hyunjin menutup muka dengan kedua telapak tangan.

"Ihh, abang ni. Malulah Munah macam ni."

"Atototo comelnya dia malu..."

"Kenapalah aku selalu dapat tayangan perdana macam ni?" rungut Minho. Bukan sekali dua dia harus menghadap sweet moments ini, bahkan dia juga selalu disajikan dengan sweet moments antara mentuanya.

Wanita itu membatalkan niat ingin mengambil jajan di dapur dan pergi ke ruang tamu, dia duduk di sebelah Chan yang sibuk bermain tablet.

"Oi, bocah. Buat apa tu?" tanya Minho.

"Memancing." jawab Chan, selamba. Minho mendengus, mesti Seungmin yang mengajar Chan jadi begini.

"Kau kecil-kecil jangan nak mantul sangat eh, aku botak kan kepala kau baru tahu." marah Minho. Chan melirik ke arah Minho sejenak.

"Mak su bosan ke? Tiba-tiba je mak su duduk dedekat dengan Ayyan." tanyanya.

"Selama ni aku dekat dengan kau kalau aku bosan je ke?"

Chan mengangguk kerana itu adalah fakta.

"Aish, tak kau dengan pak su kau sama jelah perangai. Dua-dua annoying." ujar Minho, dia menyandarkan badan ke sofa.

"Mak su..." panggil Chan setelah beberapa minit mereka berdiam diri. Minho menyahut dengan deheman.

"Ayyan pun bosan sebenarnya tapi Ayyan tak nak main dengan mak su. Mak su membosankan." kata Chan.

"Dasar bocah kampret." guman Minho. Tenang, dia tidak berani mencarut di hadapan Chan. Dia masih ingat dengan jelas bagaimana kakak iparnya menyiksa buah mempelam dahulu.

"Habis tu kau nak main dengan siapa?" tanya Minho.

"Ayyan nak main dengan sepupu Ayyan. Abang Naufal kata kalau main dengan sepupu best." jawab Chan, polos. Minho tersedak air liur.

"Kau mana ada sepupu." ujar Minho.

"Tahu, mak su bagilah Ayyan sepupu. Kalau boleh Ayyan nak esok."

"Oi, bocah. Kau fikir sepupu tu boleh beli kat Target ke? Dahlah meminta pastu demand pula tu nak esok." sindir Minho. Chan menyengetkan kepala, tidak mengerti dengan maksud ayat Minho tadi.

"Habis tu macam mana mak su nak bagi Ayyan sepupu kalau bukan beli kat Target?" tanya Chan.

"Astaghfirullah, budak ni." Minho memicit kepala, boleh naik tekanan darahnya jika lama-lama bersama Chan.

Klek

"Pak su!" kanak-kanak itu berlari ke Seungmin, daripada wajah dan suara sahaja Seungmin pasti mesti ada sesuatu yang diinginkan Chan.

Han FamilyWhere stories live. Discover now