Enam puluh satu

1.2K 208 454
                                    

Changbin berjalan menuju ke mamak dengan penuh ketenangan sebelum tiba-tiba mulutnya ditekup dari belakang dan dirinya dibawa ke lorong yang agak sunyi.

"Jangan bising kalau nak selamat!" ugut orang itu. Changbin memutarkan mata lalu menghempaskan tangan lelaki itu daripada mulutnya.

"Kau lupa ke aku pandai silat? Nak aku practice silat aku kat badan kau?" tanya Changbin, sarkastik.

"Lagipun aku tahu kau cuma nak suruh aku belikan makanan, kan?" sambung Changbin lagi. Haknyeon, si pelaku hanya mengangguk sambil tersenyum malu-malu. Changbin macam tahu-tahu sahaja niat hatinya ini.

"Asal tak beli je sendiri? Bukan jauh pun."

"Memang tak jauh tapi ada Farish kat sana, takut doh." bisik Haknyeon. Sekali lagi Changbin memutarkan mata namun sebelum dia membalas, seseorang menghulurkan sebungkus nasi ayam dan seikat air sirap kepada Haknyeon.

"Nah." Changbin dan Haknyeon tergamam melihat makanan dan minuman itu, selalunya Haknyeon akan mengambil dengan senang hati tetapi sekarang hatinya sedikit ragu-ragu.

"U-Untuk aku ke?" tanya Haknyeon. Dia gagap bukan kerana malu tetapi dia benar-benar tak percaya Yeosang sanggup membelanjakan duit untuknya.

"Yelah, untuk Mirza lah." jawab Yeosang. Tangan Haknyeon perlahan-lahan mengambil nasi ayam dan air sirap itu sebelum berlari pergi. Lelaki itu sempat menjerit terima kasih kepada Yeosang kerana berbaik hati memberi makanan secara percuma.

Kini tinggal Changbin dan Yeosang di lorong itu.

"Rish, effect broken kau lain macam eh? Dari straight terus jadi gay." tanya Changbin. Yeosang tersenyum, tanpa bersuara dia mendekati Changbin.

"Kau nak buat apa? Jangan memacam, aku ada karate wacha wachaー"

"Bulu mata kau jatuh." potong Yeosang, dia mengambil buku mata Changbin yang jatuh itu.

"Orang tua-tua kata kalau bulu mata jatuh maksudnya ada yang rindu. Betul rasanya sebab aku tengah rindukan kau sekarang." kata Yeosang sebelum mengenyitkan mata, berniat untuk menggoda rakannya.

Changbin menolak Yeosang lalu berlari sekuat hati.

"AHHH GHISAU! RISH, KAU JANGAN CAMNI RISH! SOKEY WEI, AKU AKAN SURUH ATUK AKU UBATKAN KAU NANTI!"

Buk!

Ketika sibuk berlari, Changbin tidak sengaja melanggar Yunho. Dua-dua terjatuh seperti nangka busuk di tepi jalan.

"Riz, awat lari-lari ni? Chill lah." tanya Yunho.

"Tak boleh, Farish bebetul dah terpesong akidah dia! Kita kena tolong tegakkan dia balik!" jawab Changbin. Yunho mengerutkan dahi.

"Hah?"

"Dia belok wei! Belok!" ujar Changbin, Yunho terdiam.

"Khai? Oi, hidup tak?"

"Aduh, rasa berdosa pula." gumam Yunho.

"Apa?" tanya Changbin kerana dia tidak mendengar dengan jelas apa yang dikatakan Yunho tadi.

"Riz, kau nak tahu sesuatu?" Changbin mengangguk. Yunho menghela nafas.

Han FamilyWhere stories live. Discover now