BABAD 36

55 15 1
                                    

Berdiri di atas puncak tebing landai terakhir sebelum turun menuju ke Lembah Ebrima ,mereka melihat gerombolan kaum Gasar di bawah sana tidak ubahnya seperti sekawan semut hitam yang perlahan-lahan mengerubungi timbunan gula.

Putera Amadeus menghela nafasnya berat melihat gerombolan yang diketuai oleh Aduria menunggang kuda masing-masing dengan bersahaja bagaikan sedang mempamerkan kemegahan mereka dalam sebuah perarakan.

Panji-panji khas kaum tersebut berkibar ditiup angin dan ketika semakin mendekat sayup kedengaran bunyi derapan ladam kuda yang ditunggangi mereka. Berderak-derak. Megah dan menyebarkan aura menakutkan kerana reputasi mereka yang terkenal tangguh  dan tidak gentar menghadapi musuh.

Mengerling ke kanan,jelas dilihatnya Panglima Agean tegak di atas pelana. Menatap tunak ke hadapan memerhatikan gerombolan kaum Gasar yang semakin lama semakin hampir. Lalu di sebelah Panglima Agean ada Athreyu sementara di sebelah kirinya Kaii senyap sahaja. Seperti abangnya, dia juga memerhatikan kedatangan kaum Gasar itu tanpa banyak bicara.

Dalam keadaan kaum Gasar tersebut semakin hampir,Putera Amadeus tahu tidak ada apa lagi yang boleh dilakukannya dalam situasi sedemikian. Tuntutan melampau dari Aduria dia tahu tidak semudah itu.Lihat sahaja bagaimana mereka diserang hendap semasa dalam perjalanan ke Lembah Ebrima.

Mujur. Sangat mujur Kaii dan Athreyu tiba pada saat yang sangat genting. Jika tidak, dia tidak tahu apa yang akan berlaku kepada mereka.Ketika ini, Putera Amadeus hanya berharap agar Panglima Madeia tidak apa-apa.

Melihat kepada gerombolan kaum Gasar yang berhenti sebaik sahaja tiba di tebing sungai cetek yang membelah Lembah Ebrima, Putera Amadeus mengisyaratkan agar mereka segera bergerak bagi menyonsong kumpulan tersebut.

Kontra dengan rumput-rumput tinggi berwarna perang kecoklatan yang tumbuh memenuhi Lembah Ebrima, keempat-empat mereka memacu kuda masing-masing dengan laju sebelah menyebelah. Angin bertiup kencang membawa rumput-rumput tua itu berolak seperti gulungan ombak.

Semakin dekat dengan gerombolan tersebut yang jelasnya menunggu kedatangan mereka, semakin jelas kumpulan yang mengiringi Aduria bukan dalam jumlah yang sedikit. Panji hitam khas mereka berkibar-kibar sementara Aduria duduk megah di atas pelananya. Para pengikutnya berdiri siaga siap memegang hulu pedang masing-masing.

Panglima Agean memerhatikan keadaan dengan saksama. Jika diukur dari segi jumlah, sesiapa pun tahu keadaan tidak memihak kepada mereka. Ratusan orang berbanding hanya mereka berempat kerana para pengawal diraja yang bersama mereka dihalangi daripada sampai ke Lembah Ebrima oleh serangan hendap semasa melalui Bukit Uurish.

Aduria mengangkat tangannya ke udara sebaik sahaja  para pengikutnya serentak menghunus pedang dan menghalakan ke arah Putera Amadeus manakala pasukan pemanah mereka juga bersedia mengacu busur silang.

" Nineveh.. "

Seorang pemuda mencelah dari deretan pengikut Aduria lalu tunduk separuh melutut membuatkan Putera Amadeus tergamam tidak mampu mencerna apa yang sedang berlaku di hadapannya itu.

" Mudahkan perjalanan tuan-tuan ke
sini? " Kaii menuruni pelana dengan bersahaja lalu menghampiri pemuda yang masih tunduk hormat itu.

" Tanah Darmenta merupakan tanah kelahiran kami, Nineveh.Anggap sahaja kami datang untuk melawat kampung halaman.. "

*                  *                *

Putera Amadeus tidak tahu bagaimana hendak mentafsir kejadian tersebut.Melalui unggun api yang sedang menyala membiaskan cahaya terang kekuningan, bingkai wajah Aduria sesekali ditatapnya seakan-akan tidak percaya.

Babad Saribu BhyangkaraWhere stories live. Discover now