BAB 76

3.4K 280 123
                                    

Seminggu kemudian...

       NAFAS ditarik dalam. Marissa terduduk kemengahan di atas katil solonya. Dia baru selesai mengemas rumah sewanya itu. Ya, dia menyewa rumah lain kerana dia tidak mahu menyusahkan Aini untuk menumpangkannya di rumah wanita itu.

Lagipun, Marissa kesian dekat Aini kerana wanita itu perlu menghadap Harraz yang akan datang tiap-tiap hari untuk menanyakan keberadaannya. Daripada dia terus menyusahkan Aini, lebih baik dia mencari rumah sendiri.

Pejam celik pejam celik, dah sebulan Marissa menyewa rumah teres ini. Dan selama sebulan jugalah dia berjauhan daripada Harraz. Rindu terhadap lelaki itu semakin hari semakin mencengkam sukmanya. Hari-hari dia menatap gambar sang suami bagi meleraikan rindu yang ditanggung.

Memang Marissa sengaja menyorokkan dirinya jauh daripada lelaki itu. Dia tika ini berada di negeri Pahang. Memang jauh dia merantau semata-mata nak larikan diri daripada Harraz. Aini hatta kedua-dua ibu bapanya juga tidak tahu dimana keberadaan sebenarnya. Dia cuma meninggalkan pesanan yang mengatakan dia baik-baik saja. 

"Mommy rindu papa." Marissa membisik perlahan. Perutnya yang mula nampak bentuk itu diusap. Anak inilah penguatnya sekarang. Kalau dia rindu Harraz, pasti dia akan bercakap dengan si kecil ini. Sedikit sebanyak, rindunya akan terubat juga.

Seketika, dia merenung siling putih yang sudah kusam itu. Rumah ni kecil saja. Tak besar macam rumah yang Harraz hadiahkan untuknya. Tapi Marissa bersyukur. Dia masih ada tempat untuk berteduh. Meskipun dia mampu untuk menyewa rumah yang lebih besar, tapi Marissa tak nak semua tu. Biarlah kecil, asalkan ada serinya. Kalau rumah besar, duduk seorang diri, bosan juga.

"Apalah khabar abang sekarang kan? Sihat ke? Mesti abang dah bahagia dengan Natalia..." Mengingatkan hal itu, hati Marissa dipagut sebak. Lupa pula yang dia mempunyai madu. Pasti Harraz sedang bergembira dengan madunya itu. Entah kenapa, dia berasa cemburu pula.

"Tak apalah sayang... Mommy faham kalau papa dah lupakan kita. Sebab mommy yang minta semua ni. Maafkan mommy ya, sayang..." Diusap lagi perutnya. Ya, memang dia yang minta semua ni terjadi. Jadi, dia tak boleh salahkan Harraz kalau lelaki itu sudah melupakannya.

Tapi betulkah lelaki itu sudah melupakannya? Sebab hari-hari Aini akan menelefon dia dan memberitahu bahawa Harraz masih setia mencarinya meskipun sudah sebulan dia menghilangkan diri.

Marissa mengeluh. Entahlah, dia tiada jawapan. Boleh jadi ya, boleh jadi tidak. Namun, jauh di sudut hati yang paling dalam, dia mengharapkan agar Harraz tidak melupakannya. Sifat bagi semua perempuan. Mahu dipujuk sehingga hatinya lembut untuk pulang ke pangkuan suaminya. Mungkin Marisssa juga begitu. Dia mahu melihat sejauh mana kesungguhan Harraz untuk mencarinya.

Kejamkah dia kerana berbuat demikian?

Sama, tiada jawapan.

Bip!

Lamunannya melayang pergi. Telefonnya lekas diambil. Mesej daripada seseorang dibaca berkali-kali. Seketika, terbit satu senyuman manis yang terlakar.

Shafqi.

Hari ni awak nak makan apa pula? Saya boleh tolong carikan. Nanti kita makan sama-sama. Btw, anak angkat saya dengan mommy dia sihat tak? Mommy ada muntah-muntah lagi?

Marissa tersenyum-senyum dengan mesej itu. Laju tangannya membalas semula mesej ringkas tadi.

Marissa

Mommy dengan baby sihat je. Hari ni saya tak ada muntah-muntah. Cuma tekak saya buat hallah, Shafqi. Rasa macam nak makan something.

1.0 | DENDAM CINTA [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now