BAB 78

3.6K 327 163
                                    

MARISSA mengemas pakaian-pakaiannya. Murung aje wajah dia ketika masukkan baju ke dalam bagasi. Seketika, helaan berat dilepaskan laju. Tak tahulah kenapa dia berat hati sangat nak ikut Harraz balik.

Lelaki itu awal pagi lagi dah keluar. Katanya nak beli sarapan. Marissa angguk saja. Sejak dia tahu Natalia mengandung dan melihat Harraz yang seolah-olah sudah dapat menerima wanita itu, hati Marissa jadi sakit. Dia cemburu ke? Haih, tipu sangat kalau dia kata tak cemburu.

"Kita gerak pukul 10 eh sayang? Natalia dekat rumah tu dah merengek tanya abang bila nak balik." Harraz yang baru keluar dari bilik air itu dipandang. Marissa memerhatikan suaminya yang sedang mengelap rambut.

Marissa senyum tawar. Merengek? Mengada-ngada betul ya perempuan tu? Mentang-mentang Harraz dah boleh terima dia, makin menjadi-jadi perangai gediknya.

"Ris tengok abang macam dah boleh terima dia." Suaranya bergetar. Marissa menarik nafas bagi menenangkan hatinya yang kian remuk.

Harraz menyengih. Dia merapati sang isteri yang duduk di birai katil.

"Tak salahkan kalau abang buka hati untuk dia? Sayang juga yang suruh abang kenali Natalia dengan lebih mendalam. Lagipun dia tengah mengandungkan anak abang sekarang. Takkanlah abang nak layan dia macam dulu? So, abang rasa dah sampai masa untuk abang terima dia dan sayangkan dia macam mana abang sayang Ris."

Tak perlu digambarkan lagi perasaannya tika ini. Dia menutup rasa sakit itu dengan senyuman palsu. Marissa kerlipkan matanya beberapa kali. Dia tak mahu menangis di depan Harraz.

"Tahniah. Tak sangka cepat betul Natalia mengandung." Rahangnya diketap perlahan. Spontan tangannya naik memegang dada yang terasa mencucuk. Dalam tak suka Natalia tu, suaminya tetap menyentuh wanita itu. Jika tidak, macam mana pula Natalia boleh mengandung?

Memang matanya tidak mengalirkan air jernih itu. Tapi hatinya siapa saja yang tahu? Dalam diam, hati Marissa merintih. Jiwanya berkecai ibarat kaca yang jatuh menyembah lantai. Retak.

Harraz cuma senyum. Masih tidak dapat mengesan nada perlian wanita itu.

"Abang nak bersiap dulu. Kejap lagi abang nak keluar beli sarapan. Sayang nak makan apa?"

"Apa-apa pun boleh. Cuma nak kirim kuih seri muka. Dah lama tak makan."

"Okey, nanti abang cari. Tapi kalau tak ada, abang tak beli tau. Malaslah nak singgah banyak gerai." Sambil bercakap, Harraz menyarungkan bajunya.

Kecil hati Marissa mendengarnya. Betullah, Harraz memang dah banyak berubah. Sebulan dia tak ada, lelaki itu memang lain dari yang dia kenal.

"Okey." Sepatah Marissa membalas. Dia kemudian bangun dan berlalu keluar dari bilik itu. Dapur dituju.

"Kalau Shafqi, mesti dia akan cari sampai dapat. Tapi abang lain." Akhirnya, air mata yang ditahan menitis juga. Sungguh, sebak sangat hatinya tika ini. Sebulan ini, Marissa selalu ceria. Tapi sejak semalam, mendung dan duka yang tiba.

"Sayang! Abang keluar dulu!" jerit Harraz. Dia terus membuka pintu dan pergi begitu saja. Langsung tak melihat keadaan isterinya yang sedang menangis di dapur.

•••

HARRAZ membuka pagar rumah sewa Marissa. Di tangannya penuh dengan plastik yang berisi makanan yang dibelinya tadi. Ketika dia ingin membuka pintu, jiran sebelah menegurnya.

"Eh, kamu ni siapa? Kawan Marissa ke?" Tanpa memberi salam, makcik yang kelihatan agak berumur itu menegur Harraz. Dia memanjangkan leher untuk mengitai. Tengok gaya makcik tu ala-ala makcik bawang. Kepochi semacam aje. Mata tuanya menilik pakaian Harraz atas bawah.

1.0 | DENDAM CINTA [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now