Enam puluh tiga

1.2K 209 541
                                    

Miss me? Haha, aku memang sengaja nak update lambat hshshhshs. Btw mungkin awal part ni cliche, cringe and boring, tapi layankan jelah ye.

"Abang Farish..." Hyunjun memanggil Yeosang, dia menghela nafas secara diam-diam kerana Yeosang kini duduk di atas dahan pokok rambutan. Lelaki itu betul-betul bertekad tidak mahu bertatap mata dengannya.

"Turunlah bang, kena gigit kerengga nanti sakit tahu." pujuk Hyunjun.

"Biarlah, abang lebih rela digigit semut daripada dilukai dengan kata-kata Dianaー AKH SAKIT!" baru saja Yeosang kata tak mahu turun, seekor kerengga menggigit lehernya hingga menyebabkan dia mengelibas dan jatuh ke tanah.

"Aduh, bodoh betul kembar aku tu." ujar Yunho yang sedang bersembunyi di balik semak bersama rakan-rakannya.

"Tulah, sejak broken makin hilang kewarasan akal dia." sokong Mingi.

Hyunjun mencangkung di hadapan Yeosang yang sedang memarahi kerengga.

Dia tersenyum.

"Hai, abang." sapa Hyunjun namun Yeosang lebih memilih untuk bercakap dengan kerengga itu.

"Abang Farish tak nak tahu kenapa Diana jauhkan diri daripada abang ke?" tanyanya. Yeosang yang tadi memarahi serangga kerana cuma mahu mengalihkan perhatian daripada Hyunjun langsung terdiam. Gadis itu menganggap Yeosang mengiyakan soalannya tadi.

Hyunjun mengeluarkan sebuah surat dari beg dan menyerahkan kepada Yeosang.

"Nah." surat itu ditatap seketika sebelum diambil.

"Apa ni?" tanya Yeosang. Hyunjun mengambil nafas dan menghembuskan dengan perlahan-lahan.

"Esok... Diana dah tak duduk Korea lagi."

"Hah?!" Itu bukan suara Yeosang namun suara Kamal Kai. Mereka yang menyorok tadi keluar dan menghampiri Hyunjun dan Yeosang.

"Kenapa pula tiba-tiba kau nak pindah ni?" tanya Yunho. Hyunjun terdiam dan memandang Yeosang yang sedang membaca surat itu.

"Diana kena pindah Amerika Syarikat sebab Diana kena buat rawatan kat sana." jawabnya perlahan.

"Kenapa? Kau sakit ke?" tanya Haknyeon pula.

"Barah otak tahap dua..." gumam Yeosang, dia pantas menatap Hyunjun.

"Sebab ni Diana minta putus?" tanya Yeosang. Hyunjun mengangguk kecil.

"Jadi selama ni kau dekat dengan Harith bukan sebab Harith dah santet kau ke?" tanya Kamal Kai.

"Tak, Diana dekat dengan abang Harith sebab nak buat abang Farish bencikan Diana. Abang Harith tak bersalah pun. Diana yang salah." Hyunjun mengambil nafas sebentar sebelum menyambung berbicara.

"Mak Diana kata rawatan tu boleh sembuhkan sakit Diana tapi Diana takut kalau rawatan tu tak berjaya. Jadi Diana fikir lebih baik kalau Diana minta putus dengan abang Farish, abang Farish boleh pengganti yang lebih baik daripada Diana. Kak Ad contohnya." ujar Hyunjun. Doyeon memutarkan mata, tolonglah di dalam hati Doyeon sudah ada akhi Jaehyun.

"Tapi boleh je jadi yang rawatan tu berjaya, kau kena fikir positif lah!" marah Haknyeon. Hidung dan matanya sudah berair, begitu juga dengan Changbin.

Dua-dua hati tisu jadi tidak hairan mengapa secepat itu mereka boleh menangis.

"Tulah! Kau fikir mak kau bayar rawatan mahal-mahal tu untuk suka suka je ke? Untuk kau sembuh tahu tak!" marah Changbin pula. Mingi menyerahkan tisu kepada mereka berdua. Takut jika hingus mereka meleleh ke dagu.

Han FamilyWhere stories live. Discover now