BAB 84

5.4K 504 111
                                    

SENYAP-SENYAP Harraz masuk ke dalam wad VIP yang menempatkan isterinya. Daun pintu ditolak perlahan. Tidak mahu Marissa sedar yang dia curi-curi masuk untuk melihat keadaan dirinya.

Kakinya melangkah setapak demi setapak. Perlahan dan tiada bunyi tapak kasut. Risau juga kalau Marissa tiba-tiba sedar. Memang gamat bilik ni nanti dengan suara nyaring isterinya.

Katil isterinya dituju. Harraz melepaskan helaan panjang tatkala melihat wajah polos yang sedang nyenyak tidur itu. Makin serba salah Harraz dibuatnya saat wajah pucat itu menyapa pandangan. Ingin sekali dibelai rambut Marissa. Tapi Harraz gusar jika isterinya tersedar dari lena dan terus menghalaunya keluar seperti tadi.

"I'm so sorry, sayang..." bisiknya perlahan. Dadanya terasa sebu. Tidak dapat menahan diri lagi, Harraz lantas melabuhkan ciumannya di dahi putih milik Marissa. Lama.

Tatkala ada gerakan daripada Marissa, Harraz cepat-cepat menjauhkan diri. Jantung semakin kencang saat melihat isterinya yang menggeliat kecil. Tahu pun takut dengan bini. Namun tidak lama, seulas bibirnya tersenyum lebar dengan aksi comel itu.

"Erm... Haus la pula," omel Marissa perlahan. Matanya digosok lembut dan dibuka luas-luas bagi mengusir kantuk. Ni semua gara-gara ubat penenang yang doktor berikan kepadanya tadi. Seketika, dia menguap kecil. Kehadiran Harraz di hujung pintu masih tidak diperasan.

"Aduh, jauh betul si Aini ni letak air. Kenapa tak letak je dekat atas sofa sana tu?" rungutnya lalu bergerak sedikit ke tepi katil. Terkapai-kapai dia hendak mengambil jug. Dalam pada itu, sempat lagi Marissa menceceh sambil mengutuk Aini.

Tergelak kecil Harraz mendengar bebelan isterinya. Suaranya dikawal. Hanya sipi-sipi terdengar di hujung telinga. Dia cuma memerhati gerak geri sang isteri.

"Nak abang tolong?"

"Opocot!" Terkejut Marissa dibuatnya tatkala koklea disapa dengan suara garau itu. Dadanya diurut. Laju rentak jantungnya tika ini. Mata meliar mencari suara yang cukup dikenalinya.

"Awak buat apa kat sini?" Kasar Marissa bertanya. Renungannya tajam menghantar langkah Harraz yang mendekat. Bibirnya tiada segaris senyuman pun. Hilang terus rasa hausnya tadi. Kini yang bertapa adalah rasa marah yang kian membuak-buak.

Tenang seraut wajah kacak itu. Dari tadi, sengihan kerang busuknya tak terpadam dari wajah. Entah apalah yang disukakan sangat tu.

"Abang nak teman sayanglah..."

Marissa rasa nak muntah mendengar perkataan sayang itu. Sayang konon! Masa suka, sayang. Masa tak suka, dibuang. Ingat Marissa ni apa? Barang? Tak ada hati, tak ada perasaan?

"Awak tak payah nak bersayang-sayang dengan sayalah! Geli telinga ni dengar," getus Marissa lalu menyilangkan tangannya. Wajahnya dipalingkan menghadap dinding bilik itu. Tenang sikit tengok dinding putih itu berbanding melihat wajah suaminya.

Harraz menyabarkan hati. Dia tak boleh cepat melatah untuk memujuk Marissa.

"Mestilah kena panggil sayang. Sebab abang sayang Ris," pujuknya.

Sekonyong-konyongnya, bilik VIP itu gamat dengan tawa Marissa. Sinis.

"Kalau awak sayang saya, awak takkan buat saya macam ni, Harraz. Apa yang awak buat kat saya ni, bukan menunjukkan yang awak sayang saya. Please, stop jadi hipokrit. Saya menyampah." Mati hilaiannya. Diganti dengan panahan mata yang tajam memanah ke arah Harraz.

Harraz bungkam sendiri. Terasa hati? Tipu sangat jika dia kata tidak. Tapi apa yang Marissa cakap itu, memang betul belaka. Menyakiti hati sang isteri bukanlah definisi sayang yang sebenar. Itu mendera perasaan namanya.

1.0 | DENDAM CINTA [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now