13'

68 12 5
                                    

"Johnny Suh!"

Johnny tersentak kerana namanya dijerit oleh seseorang. Mati terus lamunan dia diluar tingkap tadi. Matanya juga beralih kearah suara yang menyebut namanya itu.

"Kerja kau termenung je. Takde kerja ke?" tanya rakan sekerjanya, Jeonghan. Johnny hanya mengeluh berat dan dia meletakkan kepalanya di atas meja kerjanya.

"Aku penatlah. Penat fikir masalah."

"Masalah apa? Rumah tangga? Isteri kau? Dia bukan kacau buat kerja pun. Yang kau nak stres kenapa?" balas Jeonghan dengan ayat pedasnya itu.

Johnny menggaru kepalanya. Susah juga dapat kawan mulut bangkai macam Jeonghan ni. Kita cakap sepatah, beratus-ratus dia balas. Ayat pun boleh tahan pedasnya. Pedih juga telinga kadang-kadang.

Memanglah Hyesu tak kacau dia buat kerja tapi situasi Hyesu dan dia tu yang mengganggu kepala otaknya itu. Macam mana nak berbaik dan berbagai lagi. Penat dan lelah juga klu hari-hari dia macam tu.

"Kau nak stres boleh, Johnny. Tapi jgn sampai kerja kau terabai." Jeonghan memesan sambil melihat fail kerja yang terletak diatas meja.

Johnny memandangnya lama. "Lain macam kau ni. Ada pape ke?"

"Ketua kita dah marah pasal kita. Or more specifically pasal kau. Aku rasa kau tahu yang kerja kau sekarang tak sebagus yang dulu."

Johnny mengeluh. "Berapa kali dah aku kena panggil ngan ketua."

"Tahu pun. Jadi fokus kerja kau tu. Wlupun kita punya syarikat kita ni taklah besar mana, kerja kena jaga juga. Aku risau......kau kena buang kerja. Sia-sia je nanti." pesan Jeonghan panjang lebar.

Johnny mengangguk kepalanya perlahan. Dia faham dengan teguran Jeonghan itu. Jadi, dia perlu kosongkan fikirannya yang serabut itu dengan menyelesaikan masalah yang patut dia selesaikan.

───※ ·❆· ※───

Hyesu berjalan turun dari tangga dan berjalan pergi ke dapur. Dia mahu mengambil air. Lagipun, Johnny dah kasi dia guna dapur jadi dia tak perlulah risau sangat. Takut tu masih ada sebenarnya tapi dia cuba tolak ke tepi saja.

Pada waktu yang sama, pintu bilik itu terbuka. Hyesu memandang kearah pintu dan ternampak Johnny. Senyuman manis dimunculkan dibibir selepas bertemu mata dengan Johnny.

Johnny membalas senyumannya dengan senyuman kecil. "Hai....."

Muka Johnny yang nampak keletihan itu diperhati oleh Hyesu. Johnny memang selalu balik lambat untuk beberapa minggu ni. Hyesu pun hari-hari nampak muka Johnny pucat sebegitu. Waktu tidur, Johnny akan terus memeluknya diatas katil kemudian tidur dalam beberapa minit. Memang nampak sangatlah yang dia penat tu.

"Johnny......duduk sini kejap." Hyesu menarik kerusi meja makan yang berdekatan dengannya dan memanggil Johnny. Johnny hanya mengikut arahannya dan duduk di kerusi itu.

Tak berapa lama selepas itu, Hyesu kembali di meja makan dengan dua cawan di tangannya. Dia meletakkan satu cawan di hadapan Johnny kemudian duduk disebelahnya.

"Apa ni?" tanya Johnny sambil melihat cawan itu dan mengacau airnya sedikit.

"Night oat."

"Takde kopi ke?"

"Awak tu dah penat. Minum kopi nanti, tak tidur pulak. Besok tak bangun tidur." balas Hyesu kemudian dia menghirup yang ada didepannya itu.

Johnny hanya mencebik lalu minum air oatnya itu. Dahinya berkerut selepas minum. Air apa Hyesu bagi ni? Tak sedap. Manis giler.

Hyesu tergelak kecil semasa melihat Johnny. Johnny hanya membalas pandangan Hyesu lama. Dah kenapa pulak isterinya ini tiba-tiba gelak? Seronok ke tengok dia terseksa?

"Tak sedap." kata Johnny dan dia meletak cawan didepan Hyesu.

"Night oat memang tak sedap, sayang. Awak fikir saya minum sebab saya suka ke?"

"Habis tu kenapa minum? Minunlah air lain."

Hyesu menunjuk perutnya yang sudah buncit itu pada Johnny. "Anak awak ni. Saya minum sebab dia. Saya mana boleh minum air apa-apa sesuka hati. Klu jadi something macam mana?"

Ayat Hyesu itu hanya membuatkan Johnny diam. Johnny tak mahu membalas. Nanti terasa pulak isterinya nanti. Dia hanya senyap dan melihat Hyesu minum airnya itu.

"Ada misai." Johnny menegur Hyesu. Ada sisa air yang melekat di atas bibir Hyesu. Dia ingin mengelapnya menggunakan lengan baju tapi Johnny menghalangnya.

"Jgn membazir. Tak elok." bisik Johnny. Dia merapatkan mukanya dengan Hyesu dan menyatukan bibir mereka. Bibir Hyesu dihisap lembut untuk membersihkan sisa air di bibir itu.

Hyesu memejam matanya rapat. Sebelah tangannya juga menggenggam bahu Johnny erat. Perutnya terasa yang anaknya menendang tiba-tiba. Macam tahu-tahu saja yang Hyesu sedang berdebar.

Ciuman mereka dilepaskan dan pandangan mereka bertemu lama. Johnny mengusap pipi dan perut Hyesu serentak menggunakan kedua-dua belah tangannya.

"Saya nak mintak something kat awak boleh?" tanya Johnny lembut. Hyesu hanya mengangkat keningnya pada Johnny sebagai tanda izin untuk Johnny beri soalan.

"Awak sukakan saya layan awak macam ni. Jadi, sebagai balasan-----" Johnny menarik nafasnya dalam. "-----saya nak awak gugurkan bayi dalam perut ni."

Hyesu menepis tangan Johnny yang memegang perutnya itu. "Apa?"

《 To Be Continued 》

───※ ·❆· ※───

Hah, sudah.

(C) Fall In Love In Heaven || Johnny ※ NCT 127Where stories live. Discover now