EPILOGUE

9.2K 633 595
                                    

Last chapter utk Dendam Cinta. Tak minta byk pun, spam ❣️ utk author yg tgh bengkak mata di sini 🤣
Sambil2 tu, penuhkan komen korang masa baca epilogue ni. And jgn lupa tekan bintang bwh tu *menyempat* 😂🙏

End : 16/12/21

_______________

"NAH, air untuk kau." Nana meletakkan secawan air teh panas di atas meja. Dia memandang Natalia yang leka dengan gajetnya. Entah apalah yang wanita itu sibukkan sangat. Dari tadi, telefon pintar itu tidak lepas dari pegangannya.

"Kau mesej dengan siapa tu?" Nana menyoal, hairan. Dia menongkat dagu.

"Dengan kesayangan akulah!" jawabnya penuh keterujaan. Tersengih-sengih wanita itu.

"Siapa? Harraz ke?"

"Harraz?" Terus mengekek Natalia ketawa. Nana pula yang pelik melihatnya.

"Dia nak bercakap dengan aku pun susah, apatah lagi nak bermesej panjang berjela macam ni. Hisy, bukan Harraz tapi Irfan." Dengan sisa tawa yang masih meluncur keluar, Natalia membalas ringkas.

Nana mempamerkan riak wajah toya. Menyampah pula dia mendengar. Dengan perangai tak semenggah itu, macam manalah Harraz nak suka? Tah hairan kalau lelaki itu meluat dengan Natalia.

"Irfan kat mana?" Sengaja Nana bertanya. Mencari topik untuk mereka berbual-bual lebih panjang. Entah angin mana yang melanda Natalia, tiba-tiba aje wanita itu terjengul di rumahnya.

"Rumah madu aku."

Jawapan yang menyentakkan Nana. Matanya membulat besar.

"Dia buat apa kat situ?" Nana merapatkan badannya di meja. Tunak dia merenung Natalia yang kelihatan bersahaja. Malah, di bibir wanita itu tidak pudar dengan senyuman lebar. Apa yang disukakan sangat oleh perempuan gedik itu?

Tersengih-sengih Natalia mendengar soalan Nana. Dia menghulurkan telefonnya kepada wanita muda itu.

"Tengok tu," ujar Natalia lalu memuncungkan mulutnya.

Makin membulat mata Nana. Dia memandang skrin telefon milik Natalia dengan riak wajah tidak percaya.

Gambar Irfan bersama Marissa di atas katil. Irfan tersenyum sumbing. Kelihatan wanita itu memejamkan matanya dengan rapat. Nana tebak, Marissa pengsan. Jika tidak, sudah pasti wanita itu akan melarikan diri.

"Gilalah kau ni, Talia! Haritu, Harraz. Sekarang ni Marissa pula?" Nana menggelengkan kepala. Diberikan semula telefon itu kepada Natalia.

"Well, idea kena tangkap basah tu datang dari kau. Ni, idea nak kenakan Marissa pula datang dari otak aku sendiri. Bijak kan aku ni? Takkanlah aku nak biar je Marissa bahagia?"

Terdiam Nana. Terkena dengan Natalia. Dia memerhati Natalia yang sedang mencicip air yang dibuatnya tadi.

"Sampai bila si Irfan tu nak duduk berdua dengan Marissa?"

Natalia menjongketkan keningnya. Soalan yang bagus!

"Sampai Harraz balik. Lagipun, aku tipu Harraz cakap yang aku balik kampung. Padahal tak pun. Aku malas nak duduk dalam rumah tu. Nanti tak pasal-pasal Harraz ingat aku yang rancangan semua ni. Jadi, baik aku keluar dari rumah tu and masa aku balik nanti, aku buatlah drama tak berbayar aku tu. Konon-kononnya aku tak tahu apa yang dah jadi. Padahal tu semua rancangan aku dengan Irfan. Hahaha." Begitu angkuh sekali Natalia berkata. Jelas dia gembira atas penderitaan Marissa. Memang itu yang dimahukannya!

Nana menelan liurnya. Dalam diam, dia akui kebijakan Natalia ni. Dia ingat, Natalia tu bodoh sangat.

"And... Aku dah boleh bayang reaksi Harraz nanti bila nampak bini kesayangan dia tu berdua-duaan dekat atas katil dengan lelaki lain. Mesti bergaduh besar punya! Tapi aku harap bukan setakat gaduh je, aku nak Harraz ceraikan Marissa sekali!"

1.0 | DENDAM CINTA [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now