Tujuh puluh

1.4K 211 424
                                    

Jisung masuk ke dalam pejabat dengan wajah muram. Satu badannya sakit kerana dipukul dan Hyunjin tidak mahu bercakap dengannya langsung. Padahal Jisung sudah berkali-kali memberitahu bukan dia yang melakukannya.

"Rosli!" panggil Hongjoong. Ada Sangyeon juga di sebelah.

"Kau buat apa kat bini kau semalam?" tanyanya. Jisung menghela nafas dan memberitahu cerita sebenar kepada lelaki itu.

"Masalahnya sekarang, ni bukan salah aku. Kenapa aku yang kena?" tanya Jisung.

"Kalau kau nak tahu, Li. Bukan bini kau je merajuk, bini aku dengan bini Murad pun ikut merajuk sekali. Haih, pening aku." Hongjoong memicit dahi. Baju Hyunjin je yang terkena peluntur tapi Seonghwa dan Joonyoung pun nak ikut merajuk.

Betul lah kata orang-orang tua dahulu. Cubit paha kanan paha kiri terasa juga, usik perempuan seorang perempuan lain terasa juga.

"Bini aku jarang marah aku, Li. Sekarang dia punya marahkan aku dia bagi aku bekal cereal tapi dia letak santan. Santan wei santan bukan susu atau yogurt lagi tahu." ujar Sangyeon.

"Kita kena cari ke dalang sebenar?" tanya Hongjoong.

"Tak payah cari aku dah tahu tu kerja siapa." tolak Jisung.

"Siapa?"

"Bini adik akulah, siapa lagi nak buat benda-benda macam tu selain dia?"

"Lah, kau dah bagitahu Munah fasal ni?" tanya Sangyeon.

"Aku dah cuba nak bagitahu tapi dia tak nak dengar. Malam tadi pun dia tidur kat bilik anak bongsu aku." jawab Jisung. Sangyeon bersandar di kerusi.

"Apa kata kita belikan baju baru untuk diorang?"

"Kenapa pula? Ni bukan salah kita pun." bantah Hongjoong.

"Kau nak bini kita merajuk sampai bila, gila? Kalau kita beli baju baru at least diorang takdelah nak marah lama-lama." balas Sangyeon.

"Nak beli baju apa?" tanya Jisung.

"Entah, tapi yang pasti kena ada gambar bawang."

Seungmin duduk di depan muka pintu sambil memakai kasut, tiba-tiba lehernya dipeluk dari arah belakang.

"Halim..." panggil Minho, Seungmin merinding kerana perangai isterinya sedikit aneh.

"Kau nak apa?"

Minho memandang wajah Seungmin, matanya berkelip-kelip sambil tersenyum.

"Kau tak nak bagi aku tu ke?"

"Tu apa?"

"Alah tu..." Seungmin menghela nafas apabila mengetahui maksud Minho. Benda yang pernah Minho minta beberapa minggu lepas.

"Kenapa nak sangat benda tu?" tanya Seungmin.

"Tak boleh ke?" tanya Minho balik.

"Kalau aku cakap tak?" Minho mendengus, dia melepaskan pelukan dan menggigit bahu Seungmin.

"Aduh!" Seungmin mengusap bekas gigitan itu sementara Minho terus masuk ke dalam bilik. Seungmin merungut, pagi-pagi lagi badannya sudah digigit.

Selepas itu, dia menunggang motorsikal dan pergi ke sebuah tempat. Ada Somi yang sudah menunggu di situ.

Sementara di tempat lain, Juyeon sedang mengalami masalah besar. Minho kembali meminta bantuan daripadanya. Juyeon boleh sahaja memberi apa yang Minho inginkan tetapi mengenangkan wajah Seungmin membuat niat dia terbantut.

"Ah, acik Halim nak buang aku dalam laut ke apa lepas ni lantaklah. Aku bagi jelah apa yang akak Mirah nak."

...

Han FamilyWhere stories live. Discover now