Tujuh puluh satu

1.3K 211 403
                                    

Klek

"RIZKI AFNAN CHANGBIN HAN! MANA KAU?! TURUN MENGHADAP RATU SEKARANG!" Hyunjin masuk ke dalam rumah lalu menjerit, dia menghempas beg tangan ke sofa. Kelam-kabut Changbin keluar dari bilik dan berlari ke arah ibunya.

"Kenapa, mummy?" tanya Changbin.

"Kau..." Changbin mundur selangkah apabila melihat wajah ibunya yang menyeramkan.

"M-Mummy?"

"Kau bagitahu Mirah yang aku post gambar dia kat insta kau ke?" tanya Hyunjin. Changbin terbeliak, dia cuba berlari ke bilik tetapi Hyunjin lebih cepat menarik lengannya.

"Kenapa nak lari? Betul lah kau bagitahu Mirah fasal ni lepas tu korang rendam baju-baju aku dengan clorox, kan!" marah Hyunjin.

"M-Mummy hiks... Sorry, Riz khilaf masa tu..." mohon Changbin. Mata sudah penuh dengan air mata. Hyunjin ketawa sinis, mudah betul Changbin mahu dimaafkan.

"Riz, yang Riz rendam pakai clorox tu baju mummy tahu. Baju. Favorite. Mummy." kata Hyunjin dengan sedikit penekanan. Yongbok sudah ingin meleraikan pergaduhan antara mak anak itu tetapi Jeongin dan Chan menghalangnya.

"Cinta... Ayyan... Kenapa halang? Nanti berlebam lagi muka si Riz tu." tanya Yongbok.

"Biar jelah, bukan selalu." ujar Jeongin.

"Takpe, tok. Kalau abang Riz ada lebam kita boleh rawat." pujuk Chan. Pengaruh rakan sebaya seperti Sunwoo, Youngjae dan Jongho sudah mengubah tahap kepolosan Chan. Sunwoo adalah penyumbang terbesar.

Klek

Pintu rumah dibuka. Hyunjin tersenyum, Minho tiba di waktu yang sangat tepat.

"Assalamー ah, takpelah aku balik dulu." Minho cepat-cepat berbalik dan ingin keluar namun Hyunjin sudah berada tepat di belakangnya.

"Nak ke mana, Umairah?" tanya Hyunjin. Minho menelan air liur.

"Mak, tolong!" Minho segera berlari dan berlindung di sebalik Jeongin.

"Eh, apa menyorok belakang aku ni? Fikir aku tiang ke?" Jeongin menolak Minho supaya tidak menjadikannya sebagai tempat berlindung. Degup jantung Minho menggila apabila Hyunjin berlari ke arahnya.

Mulut Minho terkumat-kamit mengucap dua kalimah syahadah.

"M-Mummy, jangan!" Changbin menahan Hyunjin daripada memukul Minho.

"Jangan halang mummy, Riz! Syurga kau kat bawah telapak kaki aku bukan dia!" marah Hyunjin. Tangan Hyunjin sudah gatal mahu menarik rambut Minho sampai botak dan menendang-nendangnya sepenuh hati.

"Mummy, jangan mummy! Jangan!" larang Changbin.

"KENAPA?! JANGAN SAMPAI SYURGA KAU NI TIBA KAT MUKA KAU, RIZ! MIRAH, SINI KAU!" teriak Hyunjin sementara Minho menyorok di belakang Yongbok.

"Mummy, jangan pukul mak su! Kesian baby mak su tu nanti!"

"AKU TAK KIRA AKU NAK PUKUL JUGAー eh?" Hyunjin tercengang, dia memandang Changbin sebelum memandang Minho dan  beralih ke Changbin semula. Reaksi Yongbok, Jeongin dan Chan sama seperti Hyunjin.

"Kau cakap apa tadi?" tanya Hyunjin.

"Mummy jangan ganas sangat dengan mak su, nanti bergegar kandungan dia baru tahu! Sian baby mak su!" kata Changbin. Mulut mereka semua kecuali Changbin dan Minho terlopong.

"Kau mengandung ke?!" tanya Jeongin. Minho mengangguk perlahan kerana dia agak malu ditatap oleh semua orang di situ.

"Dah berapa bulan?" tanya Yongbok. Minho menunjukkan jari telunjuk.

Han FamilyWhere stories live. Discover now